Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Bajet 2017 perlulah dilihat secara positif, kata menteri berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata langkah itu dibuat selaras dengan usaha mengurangkan kebergantungan universiti awam kepada kerajaan selain menggalakkan institusi berkenaan memaksimumkan penggunaan asetnya.
"Ia juga selaras dengan Pelan Tindakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 yang tidak mahu universiti awam terlalu bergantung kepada kerajaan.
"Sekarang, pergantungan universiti awam kepada kerajaan adalah di antara 70 hingga 90 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Alumni University of New Haven (UNH) di sini, malam tadi.
Bajet 2017, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, memperuntukkan RM250 juta kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.
Mengenai majlis itu yang dihadiri kira-kira 200 alumni, Idris yang juga bekas penuntut UNH yang terletak di Connecticut, Amerika Syarikat, berkata ia merupakan usaha baik bagi menghimpunkan bekas penuntutnya.
Sementara itu, bekas penuntut UNH Datuk Serin Sudah @ Masree, 58, berkata beliau menuntut di universiti itu dari peringkat ijazah sarjana muda hingga sarjana dalam bidang ekonomi dari 1982 hingga 1988.
"Suasana di universiti itu kini lebih baik dengan pelbagai kemudahan berbanding ketika saya belajar dahulu," katanya sambil berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengikuti pengajian di universiti itu. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2016

Menurut Jusoh berkata langkah itu dibuat selaras dengan usaha mengurangkan kebergantungan universiti awam kepada kerajaan selain menggalakkan institusi berkenaan memaksimumkan penggunaan asetnya. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Kerajaan mungkin perlu ubah suai bajet 2017 - Taxand Malaysia
Kerajaan mungkin perlu mengubahsuai Bajet 2017 pada tahun depan, memandangkan senario ekonomi mungkin tidak begitu menarik pada masa itu, kata Pengerusi Taxand Malaysia Dr Veerinderjeet Singh.

Bajet 2017: Pengurangan peruntukan KPT perlu dilihat secara positif - Idris Jusoh
Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Bajet 2017 perlulah dilihat secara positif.

Bajet 2017: PM umum bayaran khas RM500 kepada penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar pada awal Januari 2017.

Bajet 2017: Peruntukan RM25 bilion bagi program kesihatan
Sejumlah RM25 bilion diperuntukkan oleh kerajaan dalam Bajet 2017 bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara ini.

Bajet 2017: MyBeautiful New Home bagi kumpulan B40
Kerajaan menyediakan peruntukkan sebanyak RM200 juta untuk projek MyBeautiful New Home khusus bagi kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Bajet 2017: Insentif diskaun untuk peminjam PTPTN
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diberi insentif diskaun bagi menggalakkan mereka membuat bayaran balik.

Bajet 2017: Anggota Parlimen pembangkang keluar Dewan
Sebahagian anggota Parlimen dari pakatan pembangkang hari ini bertindak keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017.

Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.

Bajet 2017: Kadar BR1M dinaikkan
Kerajaan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) meliputi semua empat golongan penerima.

Bersatu bina ekonomi berdaya saing, berdaya tahan hadapi 2017 - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah negara terbuka, Malaysia perlu bersedia menghadapi risiko luaran yang boleh menggugat pertumbuhan ekonominya