KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), menerima kemudahan pinjaman berjangka berjumlah RM400 juta daripada Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Bhd (SMBC).
Syarikat media tersebut berkata, kemudahan pinjaman kepada MBNS itu adalah secara tidak bercagar.
"Pengeluaran pertama pinjaman hendaklah dibuat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh perjanjian kemudahan dan tersedia untuk lebih banyak pengeluaran selepas itu.
"Kemudahan itu akan dibayar balik sepenuhnya pada atau sebelum tamat tempoh empat tahun daripada tarikh pengeluaran pertama, dengan pilihan satu tahun untuk dilanjutkan. Ini adalah kemudahan pelunasan prinsipal dengan ansuran pertama perlu dibayar oleh MBNS 24 bulan daripada tarikh pengeluaran pertama," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.
Astro Malaysia berkata tujuan pinjaman itu adalah untuk membiayai kos MBNS yang berkaitan dengan pengeluaran, pembelian dan pelesenan kandungan, program atau saluran, serta pembelian peranti set-top box, termasuk penyelesaian pembiayaan vendor.
"Selain itu, pinjaman tersebut juga adalah untuk perbelanjaan operasi dan perbelanjaan modalnya, termasuk pemerolehan aset untuk penyiaran dan transmisi, serta pemerolehan perisian dan platform. Ia juga bagi tujuan membiayai semula kemudahan pinjaman berjangka sedia ada sebanyak RM380 juta daripada SMBC, yang diperoleh pada 9 Ogos, 2018," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Tujuan pinjaman itu adalah untuk membiayai kos MBNS yang berkaitan dengan pengeluaran, pembelian dan pelesenan kandungan, program atau saluran, serta pembelian peranti set-top box, termasuk penyelesaian pembiayaan vendor. - Astro
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
Astro Malaysia peroleh pinjaman RM400 juta dari Sumitomo Mitsui
Tujuan pinjaman itu adalah untuk membiayai kos MBNS yang berkaitan dengan pengeluaran, pembelian dan pelesenan kandungan.