Sorotan laporan kewangan ASTRO Malaysia Holdings Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2019 (FY19):
• Pendapatan stabil pada kadar RM5.5 bilion
• Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) menurun -12% dari tahun ke tahun kepada RM1.6 bilion.
• Keuntungan Selepas Cukai Dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) berkurangan sebanyak -40% dari tahun ke tahun kepada RM463 juta; keputusan ini didorongi oleh kos pelaburan kandungan sukan yang tinggi, kos pembayaran secara ‘one-off’ untuk pekerja yang terlibat dengan Skim Pemisahan Sukarela dan kerugian tukaran mata wang asing yang masih belum direalisasikan ke atas liabiliti pajakan kewangan; (‘Normalised’ PATAMI -17% dari tahun ke tahun kepada RM563 juta, tidak termasuk kos pembayaran secara ‘one-off’ untuk pekerja yang terlibat dengan Skim Pemisahan Sukarela dan kerugian tukaran mata wang asing yang masih belum direalisasikan ke atas liabiliti pajakan kewangan).
• Aliran Tunai Bebas (FCF) yang kukuh bernilai RM 1.3 bilion membolehkan dividen interim ke-empat dicatatkan pada kadar 1.50 sen sesaham
• Hasil Purata Setiap Pelanggan (ARPU) yang terjana dari perkhidmatan TV berbayar (‘Pay TV’) kekal pada RM 99.9
• Pendapatan dagangan meningkat pada kadar dua digit; +29% dari tahun ke tahun kepada RM374 juta
• Jumlah perbelanjaan pengiklanan (Adex) susut -5% dari tahun ke tahun kepada RM687 juta; Adex bagi segmen Digital melonjak sebanyak +43% kepada RM50 juta
Tun Zaki Azmi, Pengerusi Astro
“Dalam landskap media yang penuh kompetitif ini, Astro berterusan menjana pendapatan tunai, mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan modal syarikat. Justeru, pihak Lembaga Pengarah dengan sukacitanya mengumumkan dividen interim ke-empat bernilai 1.50 sen sesaham.”
Ketua Pegawai Eksekutif Astro
“Melihat kepada persekitaran operasi yang begitu mencabar, Astro kini sedang melaksanakan kajian strategik dari setiap ruang lingkup perniagaan bagi memastikan kami akan terus efisien dan cekap dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan.
"Fokus utama kami adalah untuk terus menyediakan perkhidmatan kepada 5.7 juta isi rumah di Malaysia dan 23 juta individu menerusi platform perkhidmatan TV berbayar dan NJOI, dengan menyediakan kandungan premium yang unik dan berbeza serta mampu menarik perhatian penonton merentasi setiap platform.
"Dengan memanfaatkan pangkalan data pelanggan yang dimiliki dan kemampuan kami untuk menjangkaui dan memenangi hati peminat menerusi televisyen, radio dan digital, perolehan pendapatan dari segmen-segmen berkaitan seperti Perdagangan, Adex, perlesenan kandungan dan hasil jualan tiket filem menunjukkan trajektori pertumbuhan yang cukup positif.”
Sorotan Utama Operasi:
• Kadar jumlah tontonan secara keseluruhan meningkat: Perkhidmatan Astro dan NJOI di 5.7juta, atau 77% isi rumah di Malaysia mencatatkan jumlah tontonan bersama sebanyak 75% (‘TV viewership share’). Jumlah tontonan video pula meningkat seiring dengan pertambahan perkhidmatan ‘set dekoder bersambung’ atau ‘set-top-boxes’ sebanyak 25% dari tahun ke tahun seterusnya melepasi sasaran awal iaitu sebanyak satu juta. Kejayaan ini rata-ratanya dipacu oleh kandungan hebat yang dimuat turun oleh pengguna di platform On Demand meningkat sehingga 135% menjadikannya 54 juta video (dimuat turun) sepanjang tahun. Dalam pada itu, pelanggan Astro turut dilihat menonton program-program kandungan menerusi alat peranti masing-masing, yang mana mencatatkan pertumbuhan jumlah pengguna Astro GO sebanyak 32% kepada 2.2 juta.
• Peningkatan capaian di platform radio dan digital: Jenama radio di bawah payung Astro terus cemerlang dengan merekodkan 16.2 juta pendengar pada setiap minggu, manakala kehadiran jenama radio ini di ruangan digital turut diterima baik apabila secara purata mencatatkan kadar aliran digital (‘digital streams’) sebanyak 14.8 juta, kenaikan mendadak sehingga 53% dari tahun ke tahun. Pada masa yang sama, jenama digital lain seperti Astro Gempak, Xuan, Astro Ulagam, Astro Awani dan Stadium Astro terus menyerlah dengan purata 8.3 juta pengunjung unik pada setiap bulan.
• Pemulihan Adex berjaya menampakkan momentum positif: Nilai Adex Astro terus memperlihatkan aura positif apabila memberi impak membangun pada prestasi suku tahunan; +10% dari tahun ke tahun kepada RM196 juta pada Q4FY19. Adex TV dan Radex terus kukuh yang mana masing-masing mencatatkan 44% dan 76%, manakala Adex bagi segmen digital pula kekal pada kadar 5%.
• Prestasi Perdagangan Mencatatkan Rekod: Go Shop menyaksikan pangkalan data pelanggan mereka meningkat sehingga 38% dari tahun ke tahun kepada 1.8 juta, dan pada masa yang sama memecah rekod jualan suku tahunan yang paling tinggi sebanyak RM99 juta pada Q4FY19. Go Shop akan terus menyajikan produk-produk bernilai hebat, memperluaskan lagi capaian jualannya; dan menyediakan kandungan yang penuh variasi di setiap platform bagi menepati kehendak pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang.
Inisiatif Utama:
• Jalur Lebar: Keunikan pakej perkhidmatan jalur lebar Astro yang didatangkan bersama dengan pengisian kandungan akan meningkatkan kadar penglibatan pelanggan, sekaligus membolehkan mereka menikmati kandungan yang ditawarkan menerusi kotak dekoder ataupun alat peranti pilihan seperti telefon bimbit dan tablet.
• Kandungan tempatan terus mendapat sambutan hangat: Gegar Vaganza 5 mencatatkan sebanyak 26 juta jumlah tontonan digital dan 3.9 juta jumlah tontonan di platform televisyen. Manakala Maharaja Lawak Mega 2018 pula meraih 27 juta jumlah tontonan digital dan 3.9 juta untuk jumlah tontonan televisyen.
• Karya terbitan Astro menerajui filem ‘box office’ tempatan dengan lebih 60% pegangan saham: Kejayaan filem-filem blockbuster terbitan Astro sepanjang tahun 2018 seperti ‘Paskal The Movie’, ‘Hantu Kak Limah’, ‘Polis Evo 2’ dan ‘Dukun’ yang berjaya memperolehi keuntungan kasar lebih RM100 juta.
• Penyiaran 4K UHD: Menyiarkan siaran langsung musim terbaharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan paparan 4K UHD yang pertama di Malaysia, menawarkan pengalaman tontonan premium kepada peminat sukan bola sepak
• Tahun temasya sukan utama: Antara penganjuran temasya sukan utama termasuklah Piala Dunia 2018, Sukan Olimpik Musim Sejuk, Sukan Asia, Sukan Komenwel dan Liga Perdana. Piala Dunia 2018 mencatatkan jumlah pengunjung unik sebanyak 11.6 juta di platform televisyen dan 1.7 juta di platform OTT dengan 120 ribu jumlah pas perlawanan Piala Dunia berjaya terjual.
• Saluran eGG Network menyerlah di tahun 2018: Menerusi platform e-sukan serantau, kami turut bekerjasama dengan penganjur utama kejohanan terkemuka Dota 2 yang bertempat di Malaysia menerusi acara berbayar ‘Kuala Lumpur Major’. Acara tersebut berjaya menarik lebih 8,000 peminat sukan elektronik dan turut tersenarai di kedudukan ketujuh bagi kategori kejohanan e- sukan paling banyak ditonton pada peringkat global sepanjang tahun 2018.
• Kandungan IP animasi kanak-kanak lebar sayap di peringkat global: Didi & Friends, kandungan IP siri animasi nombor 1 kami meraih pencapaian yang membanggakan sekaligus menawan hati peminat peringkat global apabila berjaya meraih 1.4 bilion jumlah tontonan serta peningkatan jumlah pengikut di YouTube sebanyak 106% dari tahun ke tahun iaitu kepada 1.8 juta. Manakala Omar & Hana - kandungan IP animasi kanak-kanak terbaharu kami juga berada di kedudukan 10 saluran YouTube utama di Malaysia dengan jumlah tontonan sebanyak 686 juta dan 1.5 juta pengikut. Ia turut tersenarai dalam ‘Top 10’ video YouTube paling trending sepanjang 2018 di Indonesia.
• Kerjasama strategik serantau & perlesenan kandungan: Kolaborasi dengan Telkomsel di Indonesia untuk menerbitkan mini siri berjudul Nawangsih. Bagi meluaskan skala demi menjana lebih keuntungan, kami turut menjual perlesenan kandungan hak harta intelek (IP) untuk karya- karya seperti Demon’s Path, Jason’s Market Trails, Jason Can't Cook, Festive Foods, Hantu Kak Limah dan Paskal The Movie kepada pembekal kandungan platform OTT di peringkat global.
Perspektif Keseluruhan
Dalam dunia digital yang memperlihatkan persaingan tanpa sempadan ini, Astro menjangkakan tahun kewangan berakhir 2020 (FY20) ini akan lebih mencabar dan kami perlu terus bertindak dengan pantas dan cekap dalam mengukuhkan lagi pelan kategori nilai pelanggan menerusi pelbagai inisiatif membina seperti pengenalan pakej jalur lebar, tontonan lancar merentasi semua skrin paparan, menawarkan perkhidmatan pelanggan yang lebih cemerlang dan menggandakan lagi program-program yang melibatkan pelanggan.
Pihak Kumpulan Astro juga bercadang untuk memperkukuhkan lagi kedudukan menerusi faktor unik yang membezakan kami dengan pemain lain – melalui kandungan.
Kami akan menguatkan lagi kehadiran kami dengan menampilkan kandungan-kandungan vernakular yang lebih mantap dan menzahirkan siri-siri original Asia yang hebat menerusi kolaborasi strategik dengan banyak pihak demi menepati kehendak penonton tempatan dan serantau.
Sebagai sebahagian dari usaha Kumpulan untuk mempelbagaikan hasil perolehan, kami akan terus menggunakan kelebihan yang ada di sistem pangkalan data pelanggan dengan menyediakan peluang pemasaran dan penyelesaian pengiklanan yang didayakan oleh analitik dan data, bagi menjana pendapatan dari segmen pengiklanan dan perdagangan.
Kenyataan Media
Tue Mar 26 2019

Astro catat pendapatan RM5.5 bil bagi tahun kewangan berakhir 2019. -Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Separuh daripada perbelanjaan pengiklanan tahunan disalurkan terus ke media sosial - Fahmi
Sebanyak RM2.5 bilion daripada RM4.5 bilion perbelanjaan pengiklanan (adex) tahunan disalurkan terus ke platform media sosial.

Adex akhbar 2Q24 merosot ke paras terendah, kini tinggal 12.2% bahagian pasaran - Kenanga Research
Menurut firma penyelidikan itu, pada suku pertama 2016 (1Q16), adex untuk akhbar pernah mencecah 52.5% bahagian pasaran.

Adex dijangka bertambah baik pada Q2FY22 selepas perniagaan beroperasi pada tahap optimum
Ia juga disokong oleh permintaan yang kukuh daripada pasaran domestik yang akan menggalakkan aktiviti periklanan.

Nilai saham Astro dijangka meningkat pada separuh kedua 2020 - Penganalisis
Perkembangan positif itu antara lain disumbang oleh program televisyen, Go Shop yang membantu meningkatkan pendapatan kumpulan secara signifikan.