KUALA LUMPUR : Majlis Industri Tenaga (EIC) terus komited untuk memacu pertumbuhan industri tenaga global terutama menerusi inovasi berkenaan kelestarian dalam mencapai sasaran sifar karbon (net zero) menjelang 2050.
Ketua Pegawai Eksekutif Global EIC, Stuart Broadley dalam lawatannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, pendirian majlis itu dalam perkara berkenaan adalah jelas, yang mana jurang antara dasar kerajaan sesebuah negara dan realiti industri perlu dirapatkan.
"Kita menyeru agar para penggubal dasar (sesebuah negara) bekerjasama dengan pihak berkepentingan (dalam industri rantaian bekalan tenaga) duduk berbincang untuk menangani cabaran sebenar dalam usaha kita untuk mencapai sasaran sifar karbon.
"Rantaian bekalan tenaga global, termasuk syarikat-syarikat di rantau Asia-Pasifik tidak dapat memenuhi potensi sebenar mereka terutama dalam ruang matlamat 'sifar karbon' ini kerana tidak banyak projek yang dapat dilaksanakan sehingga mereka mendapat pendanaan sewajarnya.
"Bagaimanapun, bagi projek hijau yang telah mendapat kelulusan dari segi pendanaan pula, kebanyakannya mempunyai margin yang rendah," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Beliau berada di ibu negara bagi menghadiri 'EIC Regional Awards Asia Pacific' yang diadakan di Ampang pada 30 November lalu.
Anugerah itu mengiktiraf seramai 10 syarikat yang cemerlang dari pelbagai aspek invovasi, eksport dan peralihan tenaga serta budaya sepanjang tahun, yang mana ia diadili 70 pakar dari seluruh dunia.
Sementara itu, Pengarah Serantau EIC bagi Asia Pasifik, Azman Nasir berkata, anugerah itu akan menjadi wadah pencapaian cemerlang dan dedikasi tidak berbelah bahagi dalam industri rantaian bekalan tenaga.
"Kami bertekad dalam misi kami untuk membantu ahli-ahli syarikat kami di Asia untuk berkembang maju melalui eksport mereka, mempelbagaikan aktiviti dan mengembangkan perniagaan," ujar beliau.
Dalam majlis itu, syarikat Arup dari Filipina mendominasi acara dengan memperoleh tiga anugerah merangkumi 'Pengoptimuman', 'Khidmat dan Penyelesaian' serta 'Peralihan Tenaga dan Kelestarian.
Sementara itu, syarikat Alypz membawa pulang dua anugerah iaitu 'Kepelbagaian dan Eksport' serta anugerah syarikat 'Berdaya Tahan.
Acara itu berlangsung selepas anugerah gilang-gemilang makan malam EIC peringkat kebangsaan yang diadakan di London pada 19 Oktober lalu, yang mana syarikat-syarikat berkaitan diiktiraf dalam pelbagai kategori industri yang dipertandingkan termasuk inovasi, eksport, digital dan kepelbagaian.
EIC yang berpangkalan di United Kingdom adalah antara persatuan perdagangan tenaga terbesar di dunia yang membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada industri tenaga di seluruh dunia.
Ditubuhkan pada 1943, EIC adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dengan keahlian melebihi 900 syarikat di seluruh dunia dan ahli-ahlinya terdiri daripada kontraktor antarabangsa utama serta operator dan pengilang kepada syarikat produk dan perkhidmatan yang lebih khusus.
Nickyson Nyambar
Sat Dec 09 2023
Broadley berada di ibu negara bagi menghadiri 'EIC Regional Awards Asia Pacific' yang diadakan di Ampang pada 30 November lalu. - Foto EIC
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Aspirasi Karbon Sifar: EIC iktiraf, terus rai inovasi berkaitan kelestarian
CEO Global EIC menyeru para penggubal dasar dan pemain industri duduk berbincang dalam mencari penyelesaian untuk menangani cabaran sebenar industri.