KUALA LUMPUR: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$105.23 bilion (AS$1=RM4.50) pada akhir Oktober 2022, berdasarkan format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dalam kenyataan Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Oktober 2022 hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.8 juta.
Bank pusat itu berkata butiran terperinci rizab antarabangsa tersebut memberi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, aset mata wang asing lain selain jangkaan, prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.
"Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$13.52 bilion.
"Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh Kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara. Kedudukan jualan hadapan adalah sebanyak AS$24.38 bilion pada akhir Oktober 2022, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," katanya.
Menurut BNM, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Selain itu, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$1.94 billion untuk tempoh 12 bulan akan datang.
BNM berkata satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh setahun berjumlah AS$399.4 juta.
"Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.
"BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," katanya.
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Oktober 2022 adalah tetap boleh guna, kata BNM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.8 juta.- Fail
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$109.71 bilion pada akhir November - BNM
Bank Negara Malaysia turut menjelaskan, aset mata wang asing lain berjumlah US$4.9 juta.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$105.23 bilion pada akhir Oktober - Bank Negara
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$105.23 bilion pada akhir Oktober 2022.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$108.24 bilion pada akhir Ogos - BNM
Sehingga akhir Ogos 2022, aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.3 juta.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.1 bilion
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.1 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$732.2 juta pada akhir Jun 2021.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$104.41 bilion pada akhir Ogos
Aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia setakat 31 Ogos, 2020 berjumlah AS$104.41 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (IMF SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).