DHAHRAN (ARAB SAUDI): Saudi Aramco (Aramco), salah satu syarikat tenaga dan bahan kimia bersepadu terbesar dunia, berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.
Ketika berkongsi hasrat itu, Presiden (Hiliran) Aramco Mohammed Y. Al Qahtani berkata selain teruja dengan projek di Pengerang, syarikat berkenaan juga berharap untuk tidak hanya kekal beroperasi tetapi turut membabitkan potensi pengembangannya di masa depan.
Ditanya sama ada syarikat yang telah bertapak selama 90 tahun itu turut mempertimbang operasi peruncitan di Asia Tenggara, beliau berkata aspek berkenaan sememangnya sedang diusahakan oleh Aramco di peringkat global.
"Kami sentiasa meneliti aset-aset yang ada untuk melihat sebarang potensi bagi tujuan peningkatan, pengembangan dan paling penting usaha bagi menukar cecair kepada bahan kimia.
"Itulah perkara yang kami nilai dari segi prospek untuk masa depan," katanya dalam temu bual dengan BERNAMA dan wakil media terpilih dari China, Korea Selatan dan Jepun, di ibu pejabat Aramco di sini.
Dalam pada itu, mengulas tindakan Aramco mengambil alih 100 peratus ekuiti Esmax, peruncit bahan api dan pelincir hiliran terkemuka Chile, Mohammed menyifatkannya sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengembangkan perniagaan runcit, pelincir dan perdagangan di serata dunia.
Malah, katanya, pengambilalihan itu akan membolehkan Aramco memasuki pasaran runcit Amerika Selatan memandangkan aktiviti segmen hiliran syarikat merangkumi penapisan petrokimia, minyak asas dan pelincir, operasi runcit, pengedaran, bekalan serta perdagangan dan penjanaan tenaga.
Pada masa sama, kesemua aktiviti berkenaan menyokong operasi huluan dan hiliran Aramco dengan membolehkan pengoptimuman jualan minyak mentah serta tawaran produk menerusi rangkaian infrastruktur saluran paip dan terminal penting selain akses ke atas sumber penghantaran dan logistik.
Menyentuh PIC yang dibangunkan bersama syarikat Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Mohammed berkata fasiliti itu beroperasi dengan potensi sepenuhnya selain meningkatkan kebolehpercayaan dan keuntungan serta memberi jaminan dari segi platform yang tepat untuk pertumbuhan pada masa depan.
Dalam lawatan ke Riyadh pada Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Aramco komited dalam usaha memperluas fasilitinya di Pengerang itu dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia serta gas untuk muncul sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata komitmen itu telah dinyatakan kepada beliau oleh Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah Alkassabi dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin H Nasser.
Syarikat itu telah bekerjasama dengan Petronas bagi menubuhkan Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd, di Pengerang, dengan usaha sama itu membabitkan pelaburan AS$7 bilion.
PIC mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 300,000 tong minyak mentah sehari dan menghasilkan rangkaian produk petroleum bertapis, termasuk bahan api jet bersulfur rendah, gasolin dan diesel yang menepati spesifikasi Euro 5.
Saudi Aramco yang beribu pejabat di Dhahran, mempunyai kira-kira 197 bilion tong simpanan minyak mentah dan pada masa ini disokong oleh kira-kira 70,000 pekerja di peringkat global.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
![Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/51505389891_SaudiAramco.jpg)
Saudi Aramco berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara. - Gambar fail/REUTERS
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
Dialog Tiga Penjuru: CPI: Kita boleh jadi top ‘25’
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57.
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
AWANI Sabah+: Pacu sektor pendidikan demi kemajuan generasi muda
Menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Kerajaan Sabah terus komited dan menyokong sepenuhnya usaha memperkasa modal insan menerusi pembangunan sektor pendidikan.
![Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715047401_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
![Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/51505389891_SaudiAramco.jpg)
Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara
Saudi Aramco berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.
![Saudi Aramco komited perluaskan fasiliti di Pengerang, Johor - PM Anwar Saudi Aramco komited perluaskan fasiliti di Pengerang, Johor - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697938845_AnwarIbrahim.jpg)
Saudi Aramco komited perluaskan fasiliti di Pengerang, Johor - PM Anwar
Perkara itu dinyatakan kepimpinan Saudi Aramco pada sesi perbincangan bersama Anwar di Hotel Ritz-Carlton di Riyadh pada pagi Sabtu.
![Belum ada perbincangan mengenai pelaburan Saudi Aramco di Terengganu - Tengku Zafrul Belum ada perbincangan mengenai pelaburan Saudi Aramco di Terengganu - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691652739_ZafrulTengkuAbdul.jpg)
Belum ada perbincangan mengenai pelaburan Saudi Aramco di Terengganu - Tengku Zafrul
Pihaknya bersedia menerima cadangan dan berbincang dengan syarikat minyak dan gas terbesar di dunia itu.
![PM Anwar minta Saudi Aramco melabur di Kemaman PM Anwar minta Saudi Aramco melabur di Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691599540_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar minta Saudi Aramco melabur di Kemaman
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, Saudi Aramco untuk melabur di Kemaman, Terengganu.
![Geely, Saudi Aramco berminat jadikan Malaysia hab terbesar di Asia Tenggara - PM Anwar Geely, Saudi Aramco berminat jadikan Malaysia hab terbesar di Asia Tenggara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689478380_AnwarIbrahim.jpg)
Geely, Saudi Aramco berminat jadikan Malaysia hab terbesar di Asia Tenggara - PM Anwar
Anwar mengumumkan syarikat pengeluar kenderaan Geely Automobile Holdings Ltd dari China bakal menjadikan Proton City Tanjung Malim sebagai kota automobil terbesar di Asia Tenggara.
![Syarikat minyak dan gas dijangka raih keuntungan tinggi pada 2023 dan seterusnya - Ahli Ekonomi Syarikat minyak dan gas dijangka raih keuntungan tinggi pada 2023 dan seterusnya - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645063228_ShanSaeed.jpg)
Syarikat minyak dan gas dijangka raih keuntungan tinggi pada 2023 dan seterusnya - Ahli Ekonomi
Menurut Shan, pasaran minyak bergerak antara landskap geopolitik dan ekonomi geostrategik yang sangat berbeza daripada 2008.
![Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/81518756437_OilRig.jpg)
Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini
Fitch Ratings melaporkan pandemik COVID-19 dijangka mengakibatkan kejatuhan pendapatan syarikat pengeluar dan penerokaan minyak dan gas sebanyak AS$1.8 trilion tahun ini.
![Apple jadi syarikat AS pertama bernilai AS$2 trilion Apple jadi syarikat AS pertama bernilai AS$2 trilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-10/61475289242_Applestore.jpg)
Apple jadi syarikat AS pertama bernilai AS$2 trilion
Saham Apple telah meningkat hampir 60 peratus pada tahun ini ketika ia mengatasi penutupan kilang di China yang menghasilkan iPhone dan penutupan kedai fizikalnya akibat COVID-19.
![Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco - Tun Mahathir Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41522252781_petronas.jpg)
Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata terserah sepenuhnya kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memutuskan sama ada mahu mengambil bahagian dalam tawaran IPO Saudi Aramco.