Sektor pelaburan dan pelancongan Malaysia tidak terjejas walaupun wujud ancaman kumpulan militan Daish, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa berkata keyakinan pelabur dan pelancong untuk terus datang ke Malaysia masih tinggi kerana negara ini terkenal dengan kestabilan politik dan ekonomi yang dijana menerusi perpaduan serta toleransi penduduknya yang berbilang kaum dan agama.
"Setakat ini, Malaysia tak terjejas (dengan ancaman militan Daish). Kita masih terkenal dengan negara yang aman makmur dan kita tak mahu imej ini tercalar dengan tindak tanduk sebuah kumpulan ekstremis yang nak menghancurkan negara kita.
"Kita tak rela negara kita dihancurkan oleh kumpulan ini...setakat ini sektor pelaburan dan pelancongan tak terjejas dan kita doakan supaya keadaan terus terkawal," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Darul Falah, Batu 10 di sini, hari ini.
Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan serangan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor didalangi kumpulan militan Daish atas arahan anggota kumpulan pengganas rakyat Malaysia di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.
Siasatan awal polis mendapati dua lelaki tempatan yang ditahan pada 1 Julai lepas berhubung insiden itu memperoleh bom tangan itu dari negara jiran.
Mustapa berkata isu keselamatan tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat kerana ia bakal memberi kesan negatif terhadap pembangunan negara pada masa depan jika tidak dipertahankan.
"Kalau kita porak peranda, kalau negara kita huru hara, kalau kita bertelagah sesama sendiri, kalau kita berperang sesama sendiri maka ini akan melemahkan perpaduan dan ekonomi kita.
"Kita tak mahu negara kita berada dalam satu keadaan yang sukar untuk kita pulihkan. Kita kena jaga sebelum ia berlaku," katanya.
BACA: Media yang beri ruang kepada kumpulan Daish akan dikenakan tindakan
Bernama
Fri Jul 08 2016

MUSTAPA: Setakat ini sektor pelaburan dan pelancongan tidak terjejas dan kita doakan supaya keadaan terus terkawal.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalin kerjasama rapat dengan Angkatan Tentera DiRaja Thailand bagi mengatasi ancaman militan di kedua-dua negara.

Polis pertingkat keselamatan menjelang Hari Malaysia - KPN
Polis akan meningkat kesiapsiagaan di seluruh negara bagi menghadapi sebarang ancaman sama ada dari Daish atau mana-mana kumpulan pengganas sekalipun.

Ancaman Daish: Sektor pelaburan, pelancongan Malaysia tidak terjejas
Setakat ini sektor pelaburan dan pelancongan masih tidak terjejas dan Datuk Seri Mustapa Mohamed mendoakan supaya keadaan terus terkawal.

Pasukan petugas khas saring kemasukan pelarian Syria - KDN
Langkah keselamatan yang dilakukan kerajaan itu bagi memastikan pelarian tersebut bebas daripada idelogi keganasan dan tidak menggugat keamanan negara.