Sekiranya wakil Amerika Syarikat yang sedang merundingkan perjanjian perniagaan secara sulit ini berjaya, tidak lama lagi cukai ke atas tembakau di negara-negara Asia yang miskin akan diturunkan dengan banyaknya dan negara-negara itu akan berdepan dengan kesukaran untuk melindungi rakyatnya menghadapi hargarokok yang lebih murah.
Selama beberapa dekad, Amerika Syarikat bersungguh-sungguh menentang penggunaan tembakau. Kempen iklan anti tembakau, label amaran yang jelas, larangan merokok dan cukai yang tinggi telah menunjukkan kesan. Kadar merokok telah turun dan tahun ini mencecah kadar paling rendah iaitu 18 peratus di kalangan mereka yang berumur 18 tahun ke atas di negara itu.
Amerika Syarikat sekarang ini sedang berusaha membantu syarikat tembakau mencari perokok baru di luar negara dengan membenarkan akses yang lebih mudah ke atas negara-negara membangun di Asia. Caranya ialah melalui perjanjian perdagangan menyeluruh yang pada asalnya meningkatkan keupayaan negara-negara berkenaan untuk melindungi rakyatnya daripada tembakau tetapi sekarang tidak lagi.
"Sekiranya pasaran itu berubah, kita akan lihat kadar penyakit yang luar biasa di kalangan mereka yang tidak bersedia (menghadapi perubahan itu)," kata Greg Connolly, pengarah Pusat Kawalan Tembakau Antarabangsa di Sekolah Kesihatan Awam Harvard. "Kita sebenarnya sedang berpatah balik dan menyokong punca sebenar penyakit dan menambah kemampuan (tembakau) untuk membunuh satu bilion nyawa dalam masa satu abad."
Empat pengeluar rokok terbesar dunia — Altria (sebelum ini Philip Morris), British American Tobacco, Japan Tobacco dan R.J. Reynolds — telah mencari pasaran baru untuk mengimbangi kerugian domestik sejak beberapa dekad lalu. Pada tahun 1980-an dan 1990-an, pegawai perdagangan Amerika banyak menolong dengan merundingkan langkah-langkah dua hala yang membantu membuka pasaran untuk syarikat-syarikat Amerika itu. Kadar merokok meningkat sehingga memaksa Kongres mengharamkan kakitangan agensi kerajaan Amerika menggalakkan jualan rokok. Larangan itu dikeluarkan melalui satu perintah eksekutif oleh Presiden Bil Clinton pada 2001.
Langkah itu bagaimanapun tidak jadi apa-apa kepada syarikat tembakau. Apabila sesebuah negara cuba mengambil langkah-langkah tertentu misalnya menyekat pengiklanan ke atas kanak-kanak dan mengharamkan rokok berperisa, Philip Morris dan syarikat-syarikat lain membuat aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bahawa tindakan negara berkenaan mengakibatkan diskriminasi yang tidak adil ke atas barangan import seperti yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu.
Sebagai contoh, sekarang ini ada kes-kes aduan yang masih berjalan terhadap Uruguay dan Australia berhubung syarat yang mereka kenakan ke atas jualan rokok iaitu dijual sama ada dalam kotak yang generik atau kotak yang memaparkan label yang jelas.
Presiden George W. Bush mengukuhkan kedudukan syarikat-syarikat itu apabila enggan menyertai perjanjian antarabangsa WHO berkaitan dengan kawalan tembakau dan melobi untuk melemahkan beberapa peruntukan utama perjanjian berkenaan, sekaligus membenarkan jualan antarabangsa.
Presiden Barack Obama diharapkan membantu membendung pemasaran tembakau ke negara-negara membangun melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), satu perjanjian perdagangan bebas yang telah dirundingkan masuk tahun ketiga sekarang.
Pada Mei, Wakil Perdagangan Amerika Michael Froman menggariskan cadangan yang memperakui bahaya unik tembakau dan mewujudkan "kelonggaran" kepada negara-negara terlibat untuk mengawalnya sendiri.
Pendokong kesihatan awam termasuk wakil rakyat California, Henry Waxman daripada parti Demokrat mengalu-alukan langkah itu dan berharap ia akan diperkukuhkan lagi.
Cadangan itu bagaimanapun tidak ke mana kerana berdepan dengan kempen bantahan daripada wakil rakyat dari negeri-negeri pengeluar tembakau dan syarikat tembakau. Mereka menyokong sektor bisnes Amerika yang tidak mahu melihat adanya pengecualian kepada mana-mana produk atas alasan kesihatan kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada makanan segera.
"Mereka langsung tidak mengaku secara terbuka bahawa pendirian awal mereka telah tersilap," kata Robert Stumberg, pengarah Institut Undang-Undang Awam Harrison di Universiti Georgetown. Beliau merupakan perunding perdagangan Amerika.
"Apa yang mereka lakukan sebaliknya adalah merujuk kepada kritikan daripada industri iaitu mereka sedang membuka ruang kepada keadaan yang lebih sukar. Semua orang tahu bahawa tembakau adalah perkara utama yang perlu dikawal untuk menangani penyakit tidak berjangkit. Jika mereka boleh mempertahankan tembakau, mereka boleh mempertahankan diri sendiri."
Pada Jumaat, Froman memberi taklimat kepada Stumberg dan kumpulan beberapa orang ahli akademik dan badan bukan berasaskan keuntungan mengenai perubahan dasar yang akan mengenakan langkah-langkah baru kepada negara-negara untuk menjustifikasikan sekatan ke atas jualan tembakau dan menghapuskan "kelonggaran" daripada tindakan mahkamah.
Badan bukan kerajaan, The Campaign for Tobacco-Free Kids menyelar langkah patah balik itu: "Cadangan baru wakil perdagangan Amerika tidak mengiktiraf tembakau sebagai produk yang bahaya atau memberikan kelonggaran kepada negara-negara untuk mengawal penggunaan tembakau sepertimana yang terkandung dalam cadangan asal," kata kempen itu dalam satu kenyataan media.
"Pada akhirnya, komitmen tegas pentadbiran Obama untuk mengurangkan penggunaan tembakau di Amerika Syarikat boleh dicabar oleh perdagangan antarabangsa."
Pelan baru itu mengekalkan status quo yang membenarkan syarikat tembakau untuk menyaman mana-mana negara berhubung langkah-langkah kesihatan awam mereka dengan alasan ia melanggar peraturan perdagangan bebas.
Tetapi ia juga mengukuhkan bahawa: TPPA akan mengetatkan lagi syarat perdagangan bebas melalui peruntukan sifar cukai dan melindungi penggunaan cap dagang (yang memberi hak kepada syarikat untuk mengiklan). Negara-negara yang tidak mampu untuk menentang tindakan undang-undang perdagangan itu yang mencecah berjuta-juta dolar mungkin tidak akan melindungi rakyatnya lagi.
Froman dalam satu kenyataan pada lewat Rabu berkata "cadangan ini, buat pertama kalinya dalam perjanjian perdagangan, akan menangani secara khusus isu-isu kesihatan awam yang berkaitan dengan tembakau… dan pada masa sama terus konsisten dengan objektif dasar perdagangan kita dalam merundingkan perjanjian yang menyeluruh yang tidak mewujudkan dahuluan mengecualikan produk pertanian." — The Washington Post
Lydia DePillis
Fri Aug 23 2013
![Amerika Syarikat mahu turunkan cukai tembakau di Asia Amerika Syarikat mahu turunkan cukai tembakau di Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81377262371_295x200.jpg)
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
Polis teruskan operasi di lokasi kedua
Polis meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah lagi kawasan di Perak.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
![Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721093818_JoeBiden.jpg)
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
![Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080824_chargingdocument.jpg)
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
![Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721009267_DonaldTrump.jpg)
Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee
Pesawat Trump mendarat sehari sebelum acara empat hari itu bermula, disambut ribuan penyokong dalam kalangan ahli Parti Republikan.
![Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720938687_DonaldTrump.jpg)
Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh
Dalam kejadian itu, penembak yang dinamakan oleh FBI sebagai Thomas Matthew Crooks, dibunuh oleh ejen Perkhidmatan Rahsia AS.
![Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720935938_DonaldTrump.jpg)
Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan
FBI dilaporkan masih belum mendedahkan nama penembak yang disyaki.
![Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931385_bayigeneric.jpg)
Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.
![Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720929828_PresidentDonaldTru.jpg)
Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump
Kejadian tembakan itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
![Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720926690_DonaldTrump.jpg)
Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia
Anggota Perkhidmatan Rahsia AS telah 'meneutralkan' penembak berkenaan yang kini telah meninggal dunia.
![Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720925779_DonaldTrump.jpg)
Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania
Jurucakap Trump, Steven Cheung berkata, bekas presiden itu "dalam keadaan baik."