KUALA LUMPUR: Perjalanan udara terus mencatat pemulihan dengan aliran trafik penumpangnya melonjak 76.0 peratus pada Mac 2022 berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam laporan data penumpang bagi Mac 2022 yang dikeluarkan pada Rabu, IATA berkata impak keseluruhan akibat konflik di Ukraine ke atas permintaan perjalanan udara adalah terhad manakala kesan membabitkan Omicron pula lebih ketara di pasaran domestik Asia.
"Walaupun trafik pada Mac 2022 lebih rendah berbanding peningkatan permintaan sebanyak 115.9 peratus tahun ke tahun pada Februari, volum pada Mac adalah menghampiri paras prapandemik 2019 iaitu pada 41 peratus dan ke bawah," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu IATA berkata aliran trafik domestik pada Mac juga meningkat 11.7 peratus berbanding tempoh setahun lepas dan jauh lebih rendah berbanding pemulihan 59.4 peratus tahun ke tahun pada Februari.
"Ini terutamanya disebabkan oleh sekatan pergerakan berkaitan Omicron di China. Jumlah hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) susut 23.2 peratus berbanding Mac 2019," katanya.
RPK antarabangsa melonjak 285.3 peratus berbanding Mac 2021, mengatasi pulangan sebanyak 259.2 peratus pada Februari berbanding tempoh sama setahun sebelumnya.
"Sebahagian besar rantau mencatat prestasi lebih memberangsangkan berbanding bulan sebelumnya dan didahului oleh syarikat penerbangan di Eropah.
"Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan peningkatan trafik sebanyak 197.1 peratus pada Mac berbanding tempoh sama pada 2021 -- menambah pulangan sebanyak 146.5 peratus pada Februari berbanding Februari 2021," katanya.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata peningkatan permintaan yang ketara dan dijangkakan itu dapat direalisasikan susulan kelonggaran sekatan pergerakan di kebanyakan kawasan.
"Malangnya, kami juga melihat berlakunya kelewatan yang lama di sebahagian besar lapangan terbang dengan kekurangan sumber bagi menampung peningkatan bilangan trafik. Perkara ini perlu ditangani dengan segera bagi mengelak rasa teruja penumpang melakukan perjalanan udara, terjejas," katanya.
Walsh juga menyifatkan pemulihan perjalanan udara yang berterusan pada masa ini sebagai berita baik untuk ekonomi global selain menamatkan perpisahan ramai sahabat dan ahli keluarga dan membantu berjuta-juta orang yang bergantung kepada pengangkutan udara sebagai sumber pendapatan.
"Namun, malangnya terdapat tindakan segelintir kerajaan yang menghalang pemulihan ini dengan keadaan paling ketara berlaku di Netherlands," katanya.
Beliau merujuk kepada langkah termasuk tindakan kerajaan negara itu membenarkan lapangan terbang Schipol menaikkan caj sebanyak 37 peratus dalam tempoh tiga tahun ini bagi menampung kerugian yang dialami akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022
![Aliran trafik penumpang udara terus pulih pada Mac 2022 - IATA Aliran trafik penumpang udara terus pulih pada Mac 2022 - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651678398_Globalaircargo.jpg)
Peningkatan permintaan yang ketara dan dijangkakan itu dapat direalisasikan susulan kelonggaran sekatan pergerakan di kebanyakan kawasan. - Gambar fail
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
![Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670227180_TBIATA.jpg)
Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA
Syarikat pengangkutan dari Amerika Utara mencatatkan pertumbuhan kargo sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun pada Mei dan merupakan yang paling lemah antara semua wilayah.
![IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717405475_UnitedAirlinesGen.jpg)
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
![Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717387343_Airplane.jpg)
Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA
IATA turut menekankan kepentingan beberapa pendekatan untuk melonjakkan penggunaan SAF.
![Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus pada Mac 2024 - IATA Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus pada Mac 2024 - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670227180_TBIATA.jpg)
Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus pada Mac 2024 - IATA
Jumlah permintaan penumpang global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 13.8 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023.
![Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670227180_TBIATA.jpg)
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
![MAVCOM akan kemukakan pindaan ke atas levi karbon untuk diwartakan akhir April MAVCOM akan kemukakan pindaan ke atas levi karbon untuk diwartakan akhir April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652192895_mavcom.jpg)
MAVCOM akan kemukakan pindaan ke atas levi karbon untuk diwartakan akhir April
MAVCOM akan mengemukakan pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) berkaitan levi karbon untuk diwartakan menjelang akhir April 2024.
![Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676027336_KapalterbangTiong.jpg)
Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA
Jumlah kapasiti menokok 18.7 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan adalah 80.6 peratus.
![IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670227180_TBIATA.jpg)
IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan
Goh berkata ketelusan diperlukan mengenai cara kos dapat diperoleh semula daripada pengguna lapangan terbang secara adil.
![Permintaan penumpang udara global meningkat pada 2024 - IATA Permintaan penumpang udara global meningkat pada 2024 - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691918392_LandingPlane.jpg)
Permintaan penumpang udara global meningkat pada 2024 - IATA
IATA berkata permintaan antarabangsa melonjak 20.8 peratus manakala permintaan domestik naik 10.4 peratus.
![Permintaan kargo udara global kembali pulih pada 2023 - IATA Permintaan kargo udara global kembali pulih pada 2023 - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669914900_Globalaircargo.jpg)
Permintaan kargo udara global kembali pulih pada 2023 - IATA
Pasaran pengangkutan udara global menunjukkan permintaan kargo udara kembali pulih pada 2023 dengan prestasi suku keempat yang kukuh.