KUALA LUMPUR: Aliran masuk asing bersih yang berterusan dalam pasaran ekuiti Malaysia selain potensi pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah, menjadi antara pendorong lonjakan ringgit pada Khamis sehingga mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh enam bulan, kata penganalisis.
Ringgit diniagakan pada paras 4.6590 berbanding dolar AS pada 8.44 pagi Khamis yang juga paras tertinggi sejak catatan pada 6 petang, 12 Jan, 2024, apabila mencecah 4.6455, dipacu oleh peningkatan sentimen optimis dalam kalangan pelabur asing terhadap pasaran ekuiti tempatan.
Pelabur asing juga kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu kedua berturut-turut dengan belian bersih berjumlah RM478.2 juta, minggu lepas.
Bercakap kepada Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tindakan beberapa agensi asing yang diiktiraf di peringkat global menaikkan penarafan terhadap Malaysia, juga terbukti memberi suntikan positif ke atas mata wang tempatan itu.
Ini termasuk tindakan Fitch Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada BBB+ dengan prospek stabil, disokong oleh kepelbagaian ekonomi serta asas eksport.
Selain itu, JP Morgan pula menaikkan penarafannya terhadap Malaysia kepada 'neutral' daripada 'underweight' atau di bawah wajaran selepas hampir enam tahun, didorong oleh dasar pembaharuan negara ini, pelaburan pussat data serta pembangunan prasarana.
Mengulas selanjutnya, Mohd Afzanizam berkata komitmen kerajaan terhadap usaha mengurangkan defisiti belanjawan, turut mendapat momentum menerusi langkah penyasaran subsidi diesel baru-baru serta pelaksanaan sistem e-Invois yang meningkatkan aspek ketelusan dan pematuhan cukai.
Malah, sentimen optimis terhadap jangkaan penurunan kadar faedah AS terus memacu prestasi mata wang negara pesat membangun, termasuk ringgit, katanya.
Laporan media menyatakan Gabenor Fed Christopher Waller telah membayangkan bahawa tempoh bagi penurunan kadar faedah di AS kini semakin hampir.
Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada masa ini di paras 5.25 peratus daripada 5.5 peratus manakala Kadar Dasar Semalaman (OPR) di Malaysia di paras 3.0 peratus.
"Faktor itu menjadi penggerak utama bagi mata wang pasaran sedang pesat membangun kerana sebarang pengurangan FFR akan mengecilkan lagi jurang kadar faedah antara AS dengan rantau lain, termasuk Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Pelabur asing juga kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu kedua berturut-turut dengan belian bersih berjumlah RM478.2 juta, minggu lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Consider This: 2024 US Election (Part 1) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Saeed Khan, Founding member of the Institute for Social Policy and Understanding. He’s also an associate professor of Near Eastern and Asian Studies at Wayne State University.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Consider This: 2024 US Election (Part 2) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Hayg Oshagan, Founder and Director of New Michigan Media. He’s also an Associate Professor in the Department of Communication at Wayne State University.
AWANI Ringkas: KDN beri penjelasan di Dewan Rakyat Khamis ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
Aliran masuk asing, potensi AS turun kadar faedah pacu lonjakan ringgit - Ahli ekonomi
Pelabur asing juga kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu kedua berturut-turut dengan belian bersih berjumlah RM478.2 juta, minggu lepas.
Bursa Malaysia catat aliran masuk asing sebanyak RM152.9 juta minggu lalu
Pelabur asing hanya menjual ekuiti pada Selasa sebanyak RM14 juta sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS.
Pelabur asing jual ekuiti tempatan bernilai RM288.2 juta bersih minggu lepas
Pelabur antarabangsa memulakan minggu berkenaan dengan melupuskan sejumlah RM199.7 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.