KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat-saat akhir, khususnya bagi saham-saham telekomunikasi dan perbankan, kata peniaga.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.25 peratus atau 3.64 mata kepada 1,456.38 daripada paras 1,452.74 pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka susut 0.74 mata kepada 1,452.0 dan bergerak dalam jajaran 1,450.09 hingga 1,456.52 sepanjang sesi dagangan hari ini.
Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 467 berbanding 432 manakala 435 kaunter tidak berubah, 988 tidak diniagakan dan 27 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.23 bilion unit bernilai RM2.26 bilion daripada 4.25 bilion unit bernilai RM4.97 bilion, semalam.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata ketidaktentuan mengenai prospek serantau kian ketara berikutan data ekonomi China yang bercampur-camnpur sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur.
"Di peringkat domestik, kami menjangkakan prospek bagi jangka masa terdekat ini adalah positif, disokong oleh prestasi pendapatan suku ketiga 2023 serta belian asing yang berterusan," katanya Bernama.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik dua sen kepada RM9.00, Public Bank meraih lima sen kepada RM4.32, CIMB untung 12 sen kepada RM5.77, Maxis meningkat enam sen kepada RM3.96 manakala Telekom Malaysia menambah 3.0 sen kepada RM5.30.
Bagi kaunter paling aktif, Velesto, Reneuco dan Widad masing-masing meraih setengah sen kepada 22.5 sen, 19.5 sen dan 47 sen; Leform naik 2.0 sen kepada 34 sen manakala Sarawak Consolidated tidak berubah pada 77 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 1.75 mata kepada 10,725.65, Indeks FBMT 100 susut 1.77 mata kepada 10,394.78 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 51.78 mata kepada 10,877.58.
Indeks FBM 70 merosot 123.84 mata kepada 14,048.05 manakala Indeks FBM ACE naik 67.71 mata kepada 5,133.16.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Kewangan melonjak 157.62 mata kepada 16,379.57; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.28 mata kepada 171.99, Indeks Tenaga turun 13.50 mata kepada 815.60 manakala Indeks Perladangan berkurangan 51.00 mata kepada 6,990.41.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.90 bilion unit bernilai RM1.98 bilion daripada 2.68 bilion unit bernilai RM4.65 bilion pada Khamis.
Selain itu, jumlah waran susut kepada 639.84 juta unit bernilai RM68.94 juta daripada 806.07 juta unit bernilai RM99.02 juta, sebelum ini.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan turun kepada 686.81 juta saham bernilai RM205.18 juta berbanding 758.20 juta saham bernilai RM221.65 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 342.10 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (413.96 juta); pembinaan (97.14 juta); teknologi (180.31 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (108.75 juta); hartanah (168.36 juta); perladangan (22.96 juta); REIT (10.29 juta), dana tertutup (3,500); tenaga (292.02 juta); penjagaan kesihatan (119.57 juta); telekomunikasi dan media (35.67 juta); pengangkutan dan logistik (37.89 juta) serta utiliti (74.51 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 0.25 peratus atau 3.64 mata kepada 1,456.38 daripada paras 1,452.74 pada Khamis. - Gambar fail/Bernama
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.