KUALA LUMPUR: Aktiviti membeli pada sesi awal dagangan pagi ini membantu memacu pemulihan Bursa Malaysia untuk memulakan urus niaga tinggi di tengah-tengah keyakinan pelabur bahawa pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan berlaku lebih awal daripada jangkaan.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46.
Indeks utama menambah 1.45 mata pada 1,450.91 semasa sesi pembukaan dagangan.
Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 145 berbalas 101, manakala 216 kaunter tidak berubah, 1,852 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 80.21 juta unit bernilai RM48.08 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata laporan mengenai pembukaan pekerjaan AS pada hari perniagaan terakhir Oktober, yang jatuh ke paras terendah sejak awal 2021, memungkinkan Rizab Persekutuan menamatkan kitaran naik kadar faedahnya, malah penurunan kadar dijangka boleh dilihat seawal Mac tahun hadapan.
Sementara di dalam negara, Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Kenny Yee mengunjurkan FBM KLCI kekal stabill dan berlegar dalam julat 1,445-1,455 untuk hari ini.
Bagi saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals menambah enam sen kepada RM7.13, CIMB menokok empat sen kepada RM5.79 manakala Public Bank, Maybank dan Genting masing-masing peroleh dua sen kepada RM4.27, RM9.03 dan RM4.60.
Saham paling aktif pula, Sarawak Consolidated, Reneuco dan Sunzen Biotech, kesemuanya meningkat setengah sen kepada 78.5 sen, 22 sen dan 30.5 sen.
Reach Energy dan Eduspec pula tidak berubah, masing-masing mencatatkan harga 3.5 sen dan 6.5 sen manakala Zelan meraih satu sen kepada 6.0 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 10.67 mata kepada 10,693.04, Indeks FBMT 100 meningkat 10.63 mata kepada 10,363.69, Indeks FBM 70 meraih 8.21 mata kepada 14,033.48 dan Indeks ACE FBM peroleh 7.13 mata kepada 5,085.94.
Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Syariah kerugian 8.54 mata kepada 10,828.13.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 53.21 mata kepada 16,393.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.45 mata menjadi 170.28, Indeks Perladangan meningkat 3.75 mata kepada 6,992.65 tetapi Indeks Tenaga turun 3.70 mata kepada 805.52.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
![Aktiviti belian pacu dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini Aktiviti belian pacu dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606389623_BURSAMALAYSIA.jpg)
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46. -Gambar fail/Bernama
![Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721891818_ParisOlympics.jpg)
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
![Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah
Siasatan awal mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza.
Rakyat Palestin berlindung di bekas penjara
Selepas berbulan-bulan serangan tentera Israel di Gaza tanpa henti, puluhan ribu rakyat Palestin terhimpit dengan isu kemanusiaan paling dahsyat yang mana mereka menjadi pelarian di tanah kelahiran mereka sendiri.
Barack Obama, isteri sokong penuh Kamala Harris
Barack Obama berkata, beliau dan isterinya yakin Harris akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang hebat.
Polis Sepanyol rampas 4 tan kokain di pelabuhan Barcelona
Sepanyol merampas empat tan kokain yang disembunyikan dalam guni beras di Barcelona pada Jumaat.
Kesedaran tentang anti diskriminasi perlu ditingkatkan di IPT
Kesedaran tentang anti diskriminasi terhadap pesakit HIV dan AIDS perlu dipergiatkan di peringkat institusi pendidikan tinggi bagi mengurangkan stigma.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi pada Sabtu
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung pada Sabtu malam.
MCMC rampas 138 walkie-talkie tak diperakui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) merampas 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dari tiga premis di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur dalam operasi baru-baru ini
Keluhan pengusaha bas kilang akan dibawa ke kabinet: Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini ke Kabinet.
MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak RM570 juta penalti dikenakan terhadap semua syarikat yang didapati bersalah.
![Bursa Malaysia ditutup rendah dalam persekitaran ketidaktentuan ekuiti global Bursa Malaysia ditutup rendah dalam persekitaran ketidaktentuan ekuiti global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam persekitaran ketidaktentuan ekuiti global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini kerana peserta pasaran sebahagian besarnya memilih untuk berada di luar pasaran dan kekal berhati-hati terhadap turun naik yang tinggi dalam ekuiti global.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, didorong oleh prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur.
![Bursa Malaysia alami penurunan sederhana, indeks komposit susut 0.37 peratus Bursa Malaysia alami penurunan sederhana, indeks komposit susut 0.37 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia alami penurunan sederhana, indeks komposit susut 0.37 peratus
Indeks utama Bursa Malaysia mengalami penurunan sederhana untuk ditutup rendah pada Khamis, berikutan prestasi suram di Wall Street dalam tempoh semalaman yang turut mempengaruhi pasaran serantau.
![Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.03 mata kepada 1,611.11 daripada penutupan Rabu pada 1,621.14. Indeks dibuka 4.06 mata lebih rendah pada 1,617.08.
![Reformasi ekonomi, petunjuk positif pacu dana asing beli saham Malaysia - Tengku Zafrul Reformasi ekonomi, petunjuk positif pacu dana asing beli saham Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721868158_TengkuZafrulAziz.jpg)
Reformasi ekonomi, petunjuk positif pacu dana asing beli saham Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, tindakan sedemikian turut memaparkan keyakinan berterusan pelabur terhadap negara ini.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam persekitaran prestasi Wall Street yang lemah.
![Bursa Malaysia meningkat dipacu belian semasa harga murah Bursa Malaysia meningkat dipacu belian semasa harga murah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia meningkat dipacu belian semasa harga murah
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, dipacu pembelian semasa harga murah susulan penurunan semalam.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.48 mata atau 0.89 peratus kepada 1,622.07 daripada paras penutup 1,636.55 pada Jumaat minggu lepas.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.41 mata kepada 1,633.14 daripada 1,636.55 pada Jumaat lepas.
![Bursa Malaysia hampir mendatar pada awal dagangan Bursa Malaysia hampir mendatar pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia hampir mendatar pada awal dagangan
Indeks utama Bursa Malaysia hampir mendatar semasa awal dagangan pada Jumaat berikutan pasaran secara keseluruhannya suram.