KUALA LUMPUR: Pengeluar pesawat, Airbus SE hari ini mengesahkan penyertaannya dalam tender pesawat peronda maritim (MPA) Malaysia, menawarkan C295MPA, pesawat udara taktikal generasi baharu dalam segmen ringan dan sederhana, untuk bidaan.
Dalam menyatakan keyakinannya, Ketua Pertahanan dan Angkasa Airbus, Asia Tenggara Johan Pelissier berkata C295MPA adalah pilihan yang tepat untuk keperluan Malaysia, mewakili gabungan nilai dan keupayaan yang terbaik.
Beliau berkata model itu adalah satu-satunya MPA dalam kategorinya yang berada dalam perkhidmatan hari ini.
"C295MPA adalah program pesawat yang terbukti dan rujukan global dalam pengawasan maritim yang menawarkan risiko terendah, namun pemerolehan, operasi dan kos kitaran hayat yang terbaik dalam kategorinya, yang paling sesuai untuk Malaysia," katanya pada taklimat media secara maya mengenai prospek Airbus untuk pertahanan dan angkasa di Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Negara Airbus Malaysia Raymond Lim.
Menurut Pelissier, Brazil, Kanada, Chile, Oman dan Portugal telah menggunakan C295MPA dengan jayanya.
C295 menjalankan pelbagai operasi di seluruh dunia dalam semua keadaan cuaca. Ia telah diperakui sepenuhnya dan beroperasi secara rutin siang dan malam dalam misi pertempuran dalam semua keadaan cuaca yang melampau, dari padang pasir hingga persekitaran maritim, daripada suhu yang amat panas hingga amat sejuk.
Faktor penting kepada keupayaan meronda dan pengawasan C295 yang unik ialah sistem taktikal bersepadu sepenuhnya (FITS), yang menyepadukan, mengawal dan memaparkan sensor misi -- meningkatkan kesedaran misi dan memudahkan untuk membuat keputusan.
Pada Ogos lepas, Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan notis tender mencari dua MPA untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejajar dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).
Taklimat dalam talian telah dijalankan pada 1 Okt, 2020, melibatkan pihak berkuasa dan syarikat antarabangsa yang berminat dengan tender tersebut.
Selain MPA Airbus, pesawat lain yang berpotensi termasuklah Leonardo ATR-72MPA, Boeing P-8A Poseidon, Kawasaki P-1 dan PTDI CN-235MPA.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Brazil, Kanada, Chile, Oman dan Portugal telah menggunakan C295MPA. - Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pesawat Hawaiian Airlines berpatah balik selepas asap memasuki kokpit
Hawaiian Airlines memaklumkan bahawa asap itu tidak kelihatan dan menggambarkannya sebagai wap.

Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit
Pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Perkhidmatan terbaik bakal jadikan Malaysia peneraju sektor penerbangan - Loke
Loke berkata MAG memainkan peranan besar dalam menjadikan KLIA hab penerbangan utama dunia.

Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.

Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus
Airbus mengunjurkan sektor penerbangan Asia Pasifik memerlukan kira-kira 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.

Sayap dua pesawat Japan Airlines berlanggar di Lapangan Terbang Haneda
Tiada kecederaan dilaporkan, namun penerbangan 503 menuju ke Lapangan Terbang Chitose Baru di Hokkaido, Sapporo telah dibatalkan.

Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.

Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.