Syarikat pengeluar pesawat terkemuka dunia Airbus memilih syarikat Malaysia, SDMK Sdn Bhd sebagai satu daripada pembekal global untuk komponen jig pesawat buatannya.
SDMK berjaya melalui proses pemilihan yang diurus Airbus daripada senarai bakal pembekal yang berpotensi.
Keputusan muktamad itu dibuat dengan termeterainya kontrak di antara Airbus dan SDMK pada 2015.
Menurut Pengarah Kanan Kerjasama Antarabangsa Airbus François de-Botoli, kontrak baharu ini merupakan penyumbang utama terhadap peningkatan keupayaan dan kebolehan industri aeroangkasa tempatan.
“Kami memeterai kontrak untuk pengeluaran jig. Ia tidak berkait dengan pembuatan bahagian pesawat tetapi adalah untuk aktiviti pembaikan yang akan dilakukan di Thailand,” kata de-Botoli ketika berucap di Conformity Inspection Review untuk jig pertama di kilang SDMK di sini hari ini.
SDMK berharap syarikat itu dapat memperluaskan lagi pembekalan komponen pesawat kepada industri aeroangkasa tempatan dan tidak tertumpu hanya pada komponen jig.
“Ini adalah perkhidmatan pembuatan yang kompleks, bukan hanya satu komponen pesawat yang memerlukan kemahiran pembuatan. Projek seperti ini memerlukan banyak sumber kejuruteraan,” kata Pengarah Urusan SDMK Yew Seik Wai.
Airbus mendapat sokongan daripada beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) untuk pembekalan tenaga mahir dalam bidang ini.
Perkembangan itu membolehkan Malaysia membina keupayaan dan kebolehan dalam bidang baharu, sekali gus menjadi sebahagian daripada pembekal perkakasan di peringkat antarabangsa.
SDMK bertanggungjawab mengindustrikan serta mengilangkan jig untuk pembaikan komposit kemudi pesawat dan elevator bagi program A320 dan A330.
Dengan adanya pembekal seperti SDMK, pelbagai perkhidmatan seperti penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) dan kejuruteraan pesawat serta perkhidmatan pembaikan utama dapat Airbus lakukan di rantau ini.
Malik Ridhwan
Tue Feb 23 2016
![Airbus lantik syarikat Malaysia bekal komponen pesawat Airbus lantik syarikat Malaysia bekal komponen pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71456209966_AirbusA.jpg)
SDMK akan mengindustrikan serta mengilangkan jig untuk pembaikan komposit kemudi pesawat dan elevator bagi program A320 dan A330. - Gambar EPA
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630920591_TBBoeingMAX.jpg)
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
![Sayap dua pesawat Japan Airlines berlanggar di Lapangan Terbang Haneda Sayap dua pesawat Japan Airlines berlanggar di Lapangan Terbang Haneda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716446199_JAPANAIRLINES.jpg)
Sayap dua pesawat Japan Airlines berlanggar di Lapangan Terbang Haneda
Tiada kecederaan dilaporkan, namun penerbangan 503 menuju ke Lapangan Terbang Chitose Baru di Hokkaido, Sapporo telah dibatalkan.
![Airbus RACER helikopter terpantas dunia? Airbus RACER helikopter terpantas dunia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714363590_BPHelikopterjpg.jpg)
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
![Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614012187_airbus.jpg)
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
![Airbus jangka permintaan sebanyak 400 pesawat berbadan lebar di Apac dalam masa 20 tahun akan datang Airbus jangka permintaan sebanyak 400 pesawat berbadan lebar di Apac dalam masa 20 tahun akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644856762_airbus.jpg)
Airbus jangka permintaan sebanyak 400 pesawat berbadan lebar di Apac dalam masa 20 tahun akan datang
Pengeluar pesawat Airbus meramalkan permintaan kira-kira 400 pesawat berbadan lebar di Asia Pasifik (Apac) dalam tempoh 20 tahun akan datang.
![Airbus bangunkan mesin pencetak 3D logam untuk Stesen Angkasa Antarabangsa Airbus bangunkan mesin pencetak 3D logam untuk Stesen Angkasa Antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707963230_TBAirbusjpg.jpg)
Airbus bangunkan mesin pencetak 3D logam untuk Stesen Angkasa Antarabangsa
Airbus akan membangunkan dua mesin pencetak 3D ini untuk tujuan penyelidikan terlebih dahulu.
![Pesawat Latam Airlines mendarat tanpa tayar di Sao Paulo Pesawat Latam Airlines mendarat tanpa tayar di Sao Paulo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707519426_TBLatamAirlines.jpg)
Pesawat Latam Airlines mendarat tanpa tayar di Sao Paulo
Pendaratan selamat dilakukan, dan juruterbang membawa pesawat ke landasan diiringi oleh kenderaan kecemasan.
![MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683005236_MalaysiaAviationGr.jpg)
MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya.
![Tempahan 500 pesawat Airbus IndiGo cipta rekod baharu Tempahan 500 pesawat Airbus IndiGo cipta rekod baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687233245_airbus.jpg)
Tempahan 500 pesawat Airbus IndiGo cipta rekod baharu
Syarikat penerbangan terkemuka India mencipta rekod baharu untuk perjanjian pembelian terbesar dalam sejarah penerbangan komersial, umum Airbus pada Isnin.
![Airbus rekod penghantaran paling kukuh pada Mei Airbus rekod penghantaran paling kukuh pada Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614012187_airbus.jpg)
Airbus rekod penghantaran paling kukuh pada Mei
Pengeluar pesawat terbesar dunia Airbus menyerahkan lebih banyak jet komersial pada Mei berbanding bulan lain sejak awal tahun, walaupun mengalami kekurangan alat ganti baru-baru ini.