MELBOURNE: AirAsia X Bhd (AAX) hari ini meraikan penyambungan semula penerbangannya ke Melbourne, Australia yang merupakan salah satu destinasi utamanya selepas pandemik.
Penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Melbourne mendarat pada jam 6.17 pagi dan berlepas dari Melbourne pada 7.40 pagi.
Dengan muatan penumpang yang menggalakkan pada kedua-dua penerbangan, perkhidmatan baharu ini menandakan pemulihan permintaan untuk perjalanan udara jarak sederhana tambang rendah, seterusnya merangsang sektor pelancongan di kedua-dua negara.
Sambutan penerbangan sulung dan penyambungan operasi AirAsia X di Lapangan Terbang Melbourne diumumkan hari ini oleh Pengerusi AirAsia X, Tunku Datuk Mahmood Fawzy; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Melbourne Airport, Lorie Argus dan Ketua Pegawai Eksekutif Visit Victoria, Brendan McClements.
Sebelum pandemik, AirAsia X menyumbang 45% bahagian pasaran untuk penerbangan antara Australia-Malaysia dan mengendalikan sehingga 92 penerbangan seminggu ke empat destinasi.
Dalam sidang akhbar pagi ini, Benyamin berkata, AirAsia X akan meningkatkan frekuensi penerbangan kepada tujuh hari seminggu menjelang suku pertama 2023 (Q1) bagi operasinya di Australia dan New Zealand.
Ketika ini, katanya, ia mengendalikan tiga penerbangan secara terus dari Kuala Lumpur ke Sydney, Melbourne, Perth dan Auckland.
"Hakikatnya, sukar bagi kapasiti kumpulan untuk kembali ke tahap sebelum pandemik, memandangkan kami tidak mempunyai pesawat yang mencukupi buat masa ini. Kebanyakan perlu diservis sebelum kembali beroperasi semula.
"Setakat ini, kita mungkin mencapai hampir 70% tetapi kumpulan di dalam proses untuk mendapatkan lebih banyak pesawat.
"Oleh itu, kami berharap menjelang akhir tahun hadapan, kapasiti ini akan kembali ke tahap sebelum pandemik. Ini akan diikuti dengan pengumuman lebih banyak pelancaran laluan baharu," katanya.
Selepas menyambung semula perkhidmatan ke Sydney baru-baru ini diikuti Melbourne dan Perth, AirAsia X akan mengendalikan 24 penerbangan mingguan ke tiga destinasi utama di Australia.
Syarikat penerbangan itu juga merancang untuk memulihkan lebih 50% kekerapan penerbangannya berbanding sebelum pandemik ke Australia menjelang suku ketiga 2023.
Penyambungan semula perkhidmatan ke Melbourne yang mempunyai aliran trafik yang seimbang, membolehkan AAX menambah lebih banyak perkhidmatan untuk memenuhi permintaan yang kukuh untuk perjalanan jarak sederhana tambang rendah.
Menurut Benyamin, sehingga Mac 2020, AirAsia X telah membawa lebih 12.7 juta tetamu antara Malaysia dan Australia dengan hampir empat juta tetamu ke Melbourne sahaja.
Katanya, dengan pelancaran semula laluan itu, pengembara di seluruh Asia akan mendapat lebih nilai dan pilihan dengan akses mudah dan berpatutan ke Australia.
"Pengembara dari Australia juga akan mempunyai akses kepada lebih 130 destinasi AirAsia ke destinasi popular dalam rangkaian penerbangan jarak dekat dan sederhana seperti Thailand, Vietnam, India, Indonesia, Korea dan Jepun.
"Komitmen kami kepada para tetamu di Asia Pasifik tidak berakhir di sini, kerana kami turut meraikan penyambungan semula perkhidmatan dari Sydney ke Auckland dan Kuala Lumpur ke Perth bermula minggu ini," katanya.
Beliau berkata, AirAsia X akan meneruskan fokus untuk memanfaatkan momentum positif ini dengan menambah lebih banyak perkhidmatan dan kekerapan sejajar dengan permintaan pada masa hadapan.
Sempena meraikan perkhidmatan baharu ke Melbourne dan pada Auckland hari ini, AirAsia X menawarkan tambang termasuk semua bernilai hebat bermula hari ini sehingga 6 November 2022 untuk tempoh perjalanan antara 1 Januari dan 28 Oktober 2023.
Dari Kuala Lumpur, terbang ke Melbourne daripada RM1,399 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau RM4,499 sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed.
Dari Kuala Lumpur ke Auckland melalui Sydney, nikmati tambang daripada RM1,799 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau RM6,999 sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Nov 02 2022
AirAsia X berlepas dari klia2 pada pukul 7.30 malam tadi dengan penerbangan D7218. - Foto AirAsia X/DagangNews
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.