DALAM tempoh tidak sampai sedekad Merdeka, Malaysia sudah pun menumpukan kepada sektor pertanian bagi memperbaiki taraf sosial ekonomi masyarakat luar bandar seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Pertama 1966 – 1970.
Pada ketika itu, pelbagai projek telah dirancang termasuklah rancangan Pengairan Pertanian bagi dua kawasan yang berkeluasan 300,000 ekar iaitu Rancangan Pengairan Muda dan Kemubu.
Bagi tujuan itu, maka tertubuhlah Bank Pertanian Malaysia pada 1969.
Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan yang khusus untuk sektor pertanian, peranan tersebut dilihat suatu yang cukup mencabar.
Perkara itu diakui sendiri oleh bekas Presiden Agrobank, Datuk Martini Osman yang bertanggungjawab di atas pengkorporatan Bank Pertanian Malaysia kepada Agrobank pada 2008.
“Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita memerlukan sebuah bank (pertanian), dan kita tidak boleh katakan kita tidak memerlukan bank ini kerana terdapat beberapa sektor seperti pertanian dan agrobiz, dan sektor-sektor ini adalah sektor yang besar.
“Dengan masalah keselamatan makanan, jadi kita memerlukan sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan berasaskan pelanggan.
"Dan seperti yang anda tahu, pertanian adalah sektor yang sangat berisiko tinggi, yang mana bank komersial yang ada pada ketika itu tidak bersedia untuk menyatakan sokongan mereka berbanding penanaman kelapa sawit dan perladangan, kerana sektor itu diketahui menghasilkan pulangan pada ketika itu,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI, baru-baru ini.
Sebagai pemegang mandat bagi tujuan pembangunan pertanian, Agrobank sentiasa berusaha memastikan akses perkhidmatan kewangan terus dipertingkatkan khususnya bagi komuniti luar bandar agar pertumbuhan ekonomi yang lebih terangkum dapat dicapai.
Jelas Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, yang merupakan bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agrobank bagi tempoh 2011 hingga 2017, institusi perbankan itu berjaya mengambil alih peranan bank komersial lain dengan menyediakan pembiayaan kewangan kepada golongan petani terutamanya di luar bandar.
“Saya fikir kita telah mengubah naratif itu kerana pada masa itu, walaupun kita mempunyai banyak cawangan tetapi keupayaan kita adalah untuk turut sama turun padang bersama petani dan bercakap mengenai hal tanah, pembiayaan mikro, malah berupaya untuk menyediakan perkhidmatan asas perbankan.”
“Jadi, secara dasarnya kita bukan sahaja telah melebarkan perkhidmatan kita melangkaui sistem kewangan yang sedia ada malah turut berupaya menyediakan khidmat perbankan pada harga yang berpatutan, mudah diakses.
"Perkhidmatan perbankan sebegini hanya mampu ditawarkan oleh institusi kewangan seperti Agrobank,” katanya.
Agrobank lahirkan usahawan baharu
Seiring dengan hala tuju Kementerian Pertanian, Industri Dan Asas Tani, Agrobank terus memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan taraf sosial ekonomi dan pembangunan dengan membimbing dan melahirkan usahawan baharu.
Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata peruntukan dana yang diberikan oleh kerajaan telah dapat menyediakan pembiayaan kepada usahawan, selain membantu mereka mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan sekaligus menyediakan platform perniagaan yang mampan.
“Berdasarkan statistik pada 2017, kita telah mencapai lebih kurang 80 peratus dalam agenda ‘Kemampanan Perniagaan’ dan ‘Kebolehan mewujudkan peluang pekerjaan baharu’ melalui dana-dana yang kita telah terima namun pada 2018, laporan terkini menunjukkan kita telah mencapai 100 peratus dalam kedua-dua agenda tersebut,” ujar beliau.
Dasar Agro Makanan Negara diwujudkan untuk meningkatkan jaminan keselamatan makanan, mewujudkan industri berdaya saing dan mampan, serta meningkatkan pendapatan kumpulan sasar terutama golongan petani, penternak dan nelayan.
“Sektor Agro makanan mengambil kira semua aspek daripada peladang itu sendiri sehinggalah penghasilan produk bagi tujuan pemasaran.
“Justeru, kami di Agrobank menyediakan bantuan kewangan dan projek pembiayaan. Menerusi projek pembiayaan, kita menyediakan produk seperti urusan beli tanah dan tanah pertanian.
"Saya percaya pembiayaan tanah pertanian ini jarang sekali ditawarkan oleh bank komersial, dan jika ada sekalipun, bank komersil ini pastinya menawarkan margin pembiayaan yang tinggi atau jumlah pembiayaan yang ditawarkan juga tidak setinggi yang ditawarkan di Agrobank.
“Jadi, setelah kita bantu mereka dari segi perladangan, kini mereka mungkin sudah bersedia untuk maju selangkah lagi dengan mempunyai kilang bagi tujuan pemprosesan makanan mereka sendiri.
"Dan sudah pasti, kami di Agrobank mempunyai penawaran produk yang bersesuaian bagi merealisasikan hasrat para peladang ini untuk mempunya kilang mereka sendiri,” tambah Khadijah.
Ujarnya lagi, Agrobank turut membantu pelanggan dengan memberikan kadar pembiayaan yang kompetitif serendah 3.75 peratus bagi sektor pengeluaran makanan.
Peningkatan aset pembiayaan
Pertambahan populasi dan permintaan makanan antara penyumbang pertumbuhan yang memberangsangkan.
Pembangunan industri agro makanan kini diutamakan agar ia terus kompetitif dan mampan, selain industri ini mampu meningkatkan daya saing kumpulan sasar.
Analisis Agrobank merekodkan peningkatan aset pembiayaan dalam kebanyakan sektor berkaitan agro makanan.
“Statistik menunjukkan peningkatan yang positif bagi sektor pertanian, terutamanya bagi sektor perikanan.”
“Kalau kita melihat industri perbankan komersial, sektor perikanan sebenarnya penyumbang kepada 2.2 peratus tetapi bagi Agrobank, setakat September 2019 telah mencatatkan peningkatan kepada 17.5 peratus.
"Dan yang lebih membanggakan, ia bukan setakat peningkatan kadar semata, malah dari segi jumlah pembiayaan juga.
“Bagi Agrobank, pembiayaan kewangan untuk sektor ini sahaja telah melebihi RM5 juta, di mana ia adalah salah satu contoh sokongan berterusan yang kita mahu tawarkan kepada mana-mana industri,” katanya.
Selain itu, Khadijah turut memaklumkan sektor tanaman makanan turut mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu sebanyak 10.2 peratus.
Teknologi bantu tingkatkan produktiviti
Penggunaan teknologi moden seperti penggunaan dron serta automasi pastinya mampu meningkatkan produktiviti dan pemasaran produk sektor agro makanan.
Ia termasuk beberapa projek kerjasama pertanian pintar yang sedang diusahakan atau yang sudah pun membuahkan hasil.
Pengurus Flow Studios Sdn Bhd, Muzaffar Tajuddin mengakui bahawa kecanggihan teknologi 5G telah memberi banyak manfaat kepada sektor pertanian.
“Banyak peserta ataupun pemain industri boleh saling berhubung menggunakan satu platform yang sama dan ia pastinya menjimatkan kos dan petani itu sendiri
boleh mengendalikan teknologi ini dengan sendirinya. Misalnya, alat bantuan seperti telefon pintar.
“Boleh dikatakan dengan bantuan teknologi seperti telefon pintar, para petani boleh melakukan pelbagai aktiviti termasuk perbankan atas talian, dan juga urusniaga jual beli hasil pertanian.
"Jadi, saya tidak nampak petani menghadapi sebarang sekatan atau kekangan untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi,” kata Muzaffar.
Komuniti luar bandar juga turut didedahkan dengan pelbagai usaha agresif oleh Agrobank bagi membaiki taraf hidup dan merapatkan jurang ekonomi dengan pembiayaan mikro.
Golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) adalah sasaran utama kewangan terangkum dalam sektor pertanian.
Sejak program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa' dilancarkan, sebanyak RM1.5 juta jumlah pembiayaan telah diluluskan kepada 250 usahawan tani wanita pada 2019.
Menurut usahawan Agro, Julita Gutong, dengan adanya pembiayaan Mikro Agro Nisaa’, ia telah berjaya meningkatkan kualiti produktiviti tanamannya, selain menambah hasil pendapatan serta mampu digunakan sebagai modal pusingan.
Sementara, Irene Tony pula berkata program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa' telah memberikan banyak pendedahan kepada beliau mengenai pengurusan modal dan pertanian.
Visi dan hala tuju Agrobank
Bermula dengan pembiayaan kewangan sebanyak RM500,000 yang disediakan kepada lebih kurang 3,000 petani di kawasan pertanian Muda pada 1969, aset pembiayaan Agrobank kini telah mencapai lebih kepada RM11 bilion.
Mengulas mengenai perkara itu, Khadijah berkata sepanjang tempoh lima puluh tahun ini, Agrobank telah mencatatkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan terutamanya dari segi pembiayaan kewangan.
“Penunjuk (kepada pencapaian tersebut) adalah jumlah keseluruhan pelanggan dalam sektor pertanian yang sudah kita bantu. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, setakat September 2019, secara keseluruhan bank komersial hanya berkembang kira-kira 3.8 peratus.
“Namun bagi Agrobank, setakat September 2019 sahaja, kita sudah mencatatkan pertumbuhan dua digit yang membanggakan iaitu sebanyak 11.7 peratus,” tambahnya.
Demi kelansungan yang lebih mampan, Agrobank terus giat mengorak langkah bagi mencapai visi baharu yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed pada November lalu iaitu “Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan”, selain misi meningkatkan taraf pertanian dan menyediakan sokongan yang berterusan untuk manfaat komuniti, ekonomi dan pemegang taruh.
Ia termasuklah memainkan peranan dari segi memartabatkan sektor pertanian dan menggalakkan perlibatan golongan belia.
“Jadi, bila kita bercakap soal ‘Melangkau Perbankan’, selama ini kita mungkin hanya mengfokuskan kepada pembiayaan kewangan semata dan ia mungkin nampak hanya terhad di situ sahaja. Jadi kini, kita mahu melangkaui daripada sekadar menyediakan pembiayaan kewangan, dengan menawarkan produk-produk baharu yang pastinya ‘Melangkau Perbankan’.
“Maknanya, tidak terhad kepada soal pembiayaan sahaja, kini dan seterusnya mungkin kita boleh menarik minat orang ramai untuk turut sama dengan kita bagi melabur dalam teknologi-teknologi baharu yang mampu membantu sektor pertanian. Antara yang ingin saya realisasikan secepat mungkin adalah berkaittan penawaran perlindungan takaful bagi sektor pertanian yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.
“Kita melihat perkara sebegini adalah peluang penawaran yang sudah menjadi keperluan kepada kita, terutamanya kepada para petani dan pelanggan. Kita juga ingin membuat sesuatu berkaitan pengurusan aset dan khidmat nasihat. Kita telah pun ada Pusat Kecemerlangan atau ‘Center of Excellence’, maka dengan adanya visi baharu, kita mahu mengembangkan lagi khidmat nasihat yang sedia ada kepada yang lebih menyeluruh,” katanya.
Untuk temu bual penuh, anda boleh menonton dokumentari ulang tahun Agrobank yang ke-50 menerusi pautan di bawah
Astro Awani
Mon Jan 13 2020
Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan yang khusus untuk sektor pertanian, peranan tersebut dilihat suatu yang cukup mencabar bagi Agrobank.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.