KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia telah meluluskan lima pemohon yang berjaya tersenarai mendapatkan lesen bank digital dengan kelulusan Menteri Kewangan Malaysia.

BNM dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pemohon yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) termasuk:
• Konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd dan RHB Bank;
• Konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte. Ltd. dan Kuok Brothers Sdn. Bhd; dan
• Konsortium yang diterajui oleh Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.


Pemohon yang berjaya dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) ialah:
• Konsortium AEON Financial Service Co., Ltd, AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc,;
• Konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn. Bhd.

Kesemua 29 pemohonan yang diterima telah dinilai secara menyeluruh mengikut Seksyen 10 (1) APK dan APKI1 yang menghendaki BNM mengambil kira semua faktor dalam Jadual 5, menurut BNM.

Akta-akta tersebut dan keperluan dasar lain yang berkaitan. Kriteria penilaian merangkumi kewibawaan dan integriti pemohon, bentuk dan kecukupan sumber kewangan, kekukuhan dan kebolehlaksanaan pelan perniagaan dan teknologi serta keupayaan untuk menangani jurang rangkuman kewangan secara berkesan.

Permohonan dinilai mengikut merit pemohon serta perbandingan yang dibuat dengan permohonan lain berdasarkan penilaian yang konsisten bagi setiap kriteria penilaian.

Semakan mendatar (horizontal review) dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang digunakan terhadap semua pemohon bagi menentukan kekukuhan relatif setiap permohonan dan mengenal pasti pemohon yang berjaya. 

Dalam menilai permohonan yang dibuat dengan sempurnanya di bawah Seksyen 9 untuk menjalankan apa-apa perniagaan berlesen, BNM  telah mengambil kira semua faktor yang dinyatakan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2 Jadual 5 dan apa-apa perkara lain yang BNM berpendapat adalah berkaitan.

Sepanjang proses penilaian, BNM melaksanakan prosedur tadbir urus dan pertimbangan yang rapi bagi memastikan penilaian yang mantap, objektif dan konsisten bagi semua 29 permohonan yang diterima.

Penilaian yang dilaksanakan melalui empat tahap yang disokong oleh satu pasukan teknikal bersilang fungsi, satu pasukan yang menyemak permohonan dan pemerhati bebas dalaman daripada jabatan risiko dan jabatan undang-undang BNM.

Syor muktamad kepada Menteri Kewangan telah dibincangkan dan disahkan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pengurusan BNM. 

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah berkata, “bank digital dijangka dapat meningkatkan lagi rangkuman kewangan. Melalui penerapan teknologi digital secara lebih meluas untuk transaksi harian, kami dapat memberikan lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam kegiatan ekonomi dengan mengatasi halangan geografi, mengurangkan kos transaksi dan menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih baik.

“Bank digital boleh membantu individu dan perniagaan mendapatkan akses yang lebih baik kepada penyelesaian yang lebih khusus berteraskan analisis data. Apabila perniagaan dilakukan secara dalam talian, perbankan digital turut menyediakan cara membuat transaksi yang lebih selamat dan mudah,” tambah Nor Shamsiah. 

BNM turut menambah, berikutan pengumuman ini, pemohon yang berjaya akan melalui tempoh persediaan dari segi operasi yang akan disahkan oleh BNM melalui audit sebelum pemohon boleh memulakan operasi. Proses ini mungkin mengambil masa antara 12 hingga 24 bulan.

Sejajar dengan lima teras strategik yang digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan 2022-2026, BNM akan terus bekerjasama dengan industri kewangan dan fintech serta pihak berkepentingan yang berkaitan untuk terus