InvestKL telah mewujudkan 4,658 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dari 2011 hingga 2015.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Amanshah, ini melalui pelaburan di bawah 51 syarikat Multi-Nasional (MNC) dengan nilai pelaburan RM5.88 bilion dalam jangka lima tahun tersebut.
Zainal berkata 32 peratus daripada peluang pekerjaan yang diwujudkan menerima pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000.
Tambah beliau, 83 peratus iaitu 3,885 peluang pekerjaan tersebut diberikan kepada masyarakat tempatan manakala 17 peratus iaitu 773 peluang pekerjaan diberikan kepada ekspatriat.
Beliau yakin lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan susulan sasaran InvestKL untuk menarik 13 lagi syarikat Multi-Nasional (MNC) tahun ini.
Pada 2015, 10 syarikat MNC ditempatkan di Kuala Lumpur dengan jumlah pelaburan komited dan diluluskan RM589 juta.
Zainal berkata InvestKL berada di landasan yang betul bagi mencapai sasarannya untuk menarik pelaburan 100 syarikat MNC ke Kuala Lumpur menjelang 2020.
Beliau berkata pencapaian 5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, menunjukkan bahawa asas ekonomi negara kekal kukuh dan ini akan menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.
Skandal politik Malaysia
Perkembangan politik semasa Malaysia tidak menjejaskan pelaburan asing ke dalam negara.
Pengerusi InvestKL, Datuk Seri Michael Yam menafikan dakwaan Fitch Group Unit, 11 Februari lalu yang menyatakan bahawa skandal politik Malaysia menimbulkan kegusaran dikalangan pelabur.
"Dari perspektif InvestKL, pelabur terus melabur dan syarikat MNC memilih Malaysia untuk menempatkan ibu pejabatnya berdasarkan asas negara, pertumbuhan KDNK, kemajuan infrastuktur, bahasa, sistem perundangan dan kesesuaian negara ini untuk melakukan perniagaan.
"Pelabur juga mempunyai masalah politik di negaranya sendiri. Oleh itu, mereka melihat menjangkaui isu politik yang sedia ada," kata Michael.
InvestKL yakin dengan gabenor baru
Sementara itu, Datuk Zainal Amanshah percaya Bank Negara Malaysia akan mempunyai pengganti gabenor yang mampu membawa institusi itu ke peringkat lebih tinggi.
"Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah melakukan tugasan dengan baik.
"Kami yakin penggantinya akan setanding Tan Sri Zeti," kata Zainal.
Pritha Manivannan
Thu Feb 18 2016

"InvestKL berada di landasan yang betul bagi mencapai sasarannya untuk menarik pelaburan 100 syarikat MNC ke Kuala Lumpur menjelang 2020" - Datuk Zainal Amanshah - Gambar Fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

4,658 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi disediakan InvestKL
InvestKL telah mewujudkan 4.658 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dari 2011 hingga 2015.