KOTA BHARU: Sebanyak 31 projek pembangunan fasiliti kesihatan di Kelantan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM623 juta telah diluluskan di bawah Rolling Plan (RP) 1 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata projek-projek itu terdiri daripada 24 projek sambungan RMK11 dengan kos RM582 juta dan tujuh projek baharu dengan kos RM40.1 juta.
Beliau berkata antara projek baharu yang diluluskan adalah projek menaik taraf asas bekalan air alternatif di sembilan Klinik Kesihatan Luar Bandar serta pembinaan Klinik Kesihatan Gantian (Jenis 3) di Bachok dengan kos RM35 juta.
"Kelulusan projek pembangunan fasiliti kesihatan ini menjadi bukti bahawa kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat Kelantan, " katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Penambang, Kota Bharu dan Klinik Kesihatan (Jenis 7) dengan Kuarters, Bahagia, Kuala Krai di Klinik Kesihatan Penambang, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah.
Khairy berkata projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Penambang, Kota Bharu itu telah diluluskan di bawah RP3, RMK10 dengan kos keseluruhan sebanyak RM24.874 juta.
Beliau berkata pembinaan projek itu bermula pada 11 Dis 2017 dan disiapkan sepenuhnya pada 28 April lepas.
"Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Bahagia, Kuala Krai pula telah diluluskan di bawah RP1, RMK11 dengan kos keseluruhan sebanyak RM5.108 juta.
"Projek ini telah dimulakan pembinaannya pada 22 Jan 2019 dan telah disiapkan sepenuhnya pada 2 Sept 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 06 2021

Khairy berkata projek-projek itu terdiri daripada 24 projek sambungan RMK11 dengan kos RM582 juta dan tujuh projek baharu dengan kos RM40.1 juta. - Gambar fail
Perang dagang tidak halang pertumbuhan sektor teknologi
Sektor teknologi diramal masih mampu berkembang kukuh, walaupun wujud ketidaktentuan susulan perang dagang amerika syarikat dan china, kata penganalisis

Kes Syed Saddiq: 'Saya hadir sebagai seorang sahabat' - Bella Astilah
Bella Astilah akan hadir ke Mahkamah Rayuan mengikuti prosiding kes membabitkan Syed Saddiq.
TNB terus kekal sebagai pelaburan stabil
Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilihat sebagai pelaburan stabil berikutan daya tahan pendapatannya selain penilaian yang sederhana di sebalik ketidaktentuan pasaran

Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung turun tiga sen
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Syarikat OGSE perlu jalin kersama strategik sesama mereka
Ada keperluan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia, menjalin kerjasama strategik sesama mereka

Boling: Muhammad Hafiz sedia pertahan gelaran di Terbuka Malaysia 2025
Muhammad Hafiz menganggap usahanya untuk mempertahankan gelaran dalam Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2025, sebagai pertarungan antara dirinya dan jatuhan pin.
Sektor Perdagangan Runcit Meningkat 8.2% pada Januari 2025
Pada Januari 2025, sektor perdagangan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 8.2% tahun ke tahun, mencerminkan permulaan yang positif untuk tahun ini. Peningkatan perbelanjaan dalam kategori makanan, minuman, tembakau, dan kedai bukan khusus menjadi pendorong utama, meskipun ada penyesuaian dasar seperti harga diesel yang lebih tinggi. MIDF Research optimis terhadap daya beli pengguna, yang didorong oleh kestabilan pasaran pekerjaan dan sokongan dasar kerajaan. Selain itu, sektor pelancongan yang berkembang pesat dan peningkatan kedatangan pelancong antarabangsa memberikan potensi besar untuk perniagaan berfokuskan pengguna.
AI, E-Dagang pacu kestabilan sektor logistik domestic
Sektor logistik domestik dijangka kekal stabil pada 2025, dengan dipacu pertumbuhan E-Dagang dan kitaran menaik teknologi global yang dipacu permintaan kecerdasan buatan (AI)
10 serangan AS sasar kawasan di Yaman
Sekurang-kurangnya 10 serangan Amerika Syarikat (AS) menyasarkan kawasan di Yaman, termasuk ibu kota Sanaa pada awal pagi Rabu.
Skim harga barangan sempena Aidilfitri bermula 24 Mac
Kerajaan akan melaksanakan skim kawalan harga maksimum musim perayaan sempena musim Aidilfitri selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.