Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menasihatkan penduduk di daerah yang terjejas banjir agar segera berpindah ke pusat pemindahan apabila diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
Abdul Rahim, yang juga Anggota Parlimen Kudat, berkata penduduk tidak perlu menunggu sehingga keadaan bertambah teruk sebelum bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan.
Katanya Jawatankuasa Bencana Banjir peringkat daerah melibatkan semua agensi kerajaan diwujudkan yang dopengerusikan oleh Pegawai Daerah masing-masing.
"Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua Kampung perlu bersikap proaktif dan sentiasa bersiap sedia menghadapi bencana dengan menghubungi bilik operasi banjir di Pejabat Daerah masing-masing apabila perlu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa banjir dan menyampaikan bantuan berupa makanan dan minuman kepada lebih 900 mangsa di pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Sikuati, di sini hari ini.
Katanya anggota Markas Briged Kelima Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, sentiasa bersiap sedia untuk digembleng bagi membantu operasi banjir.
Abdul Rahim berkata dalam menangani bencana banjir di kawasan utara Sabah, khususnya di Kota Belud, Pitas dan Kudat, Briged Kelima juga telah menghantar 64 anggota, enam bot dan lapan trak tiga tan untuk membantu proses pemindahan di samping menyediakan pasukan perubatan bagi memberi perkhidmatan kesihatan.
Bernama
Sun Jan 04 2015
![Penduduk perlu berpindah jika diarah pihak berkuasa - Abdul Rahim Penduduk perlu berpindah jika diarah pihak berkuasa - Abdul Rahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61373290358_295x200.jpg)
ABDUL RAHIM: Penduduk di daerah yang terjejas banjir dinasihat agar segera berpindah ke pusat pemindahan apabila diarah berbuat demikian. -Gambar fail
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Azalina tegur menteri kewangan, timbalan tiada dalam Dewan Rakyat Azalina tegur menteri kewangan, timbalan tiada dalam Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604385719_AzalinaOthman.jpg)
Azalina tegur menteri kewangan, timbalan tiada dalam Dewan Rakyat
Azalina menegaskan sekiranya menteri tidak dapat hadir, timbalannya perlu berada dalam Dewan Rakyat mendengar perbahasan tentang Belanjawan 2021.
!['Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi 'Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599565110_MasidiManjundanVe.jpg)
'Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi
Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian.
!['Cuba kau masuk kampung pedalaman' - Abang Veveonah cabar dua Timbalan Menteri 'Cuba kau masuk kampung pedalaman' - Abang Veveonah cabar dua Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599480593_zahidizainulveveonah.jpg)
'Cuba kau masuk kampung pedalaman' - Abang Veveonah cabar dua Timbalan Menteri
Mekvin Mosibin mahu Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri turun sendiri ke perkampungan untuk melihat realiti sebenar kehidupan penduduk di sana.
![PRN Sabah: Anak muda Sabah seperti Veveonah adalah 'kingmaker' PRN Sabah: Anak muda Sabah seperti Veveonah adalah 'kingmaker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599546270_VeveonahM.jpg)
PRN Sabah: Anak muda Sabah seperti Veveonah adalah 'kingmaker'
Pengundi antara 21 hingga 40 tahun paling agresif, sukar dijangkakan, mudah bertukar pendirian, beremosi serta berani mengambil risiko.
![Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599480593_zahidizainulveveonah.jpg)
Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri mendedahkan isu Veveonah Mosibin yang kontroversi sebelum ini adalah berdasarkan laporan pegawai lapangan di daerah berkenaan.
![Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598413924_ABDULRAHIMBAKRI.jpg)
Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan
Identiti penyumbang dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
![Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020 Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591157630_parlimen.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020
Rang undang-undang itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak Ahli Parlimen.
![Kementerian Kewangan teliti cadangan rakyat berhubung Belanjawan 2021 Kementerian Kewangan teliti cadangan rakyat berhubung Belanjawan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51595172868_TimbalanMenteri.jpg)
Kementerian Kewangan teliti cadangan rakyat berhubung Belanjawan 2021
Kerajaan akan cuba melakukan yang terbaik untuk negara dengan merangka instrumen terbaik dan pada masa sama memerhati kejayaan dan kegagalan negara lain sebagai panduan.
![Decision to implement CMCO based on win-win situation - Abdul Rahim Decision to implement CMCO based on win-win situation - Abdul Rahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61588555052_Covid.jpg)
Decision to implement CMCO based on win-win situation - Abdul Rahim
Decision to implement CMCO based on win-win situation - Abdul Rahim
![Dakwaan Sabah berjuang sendiri perangi COVID-19 tidak berasas - Abdul Rahim Dakwaan Sabah berjuang sendiri perangi COVID-19 tidak berasas - Abdul Rahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439802696_ABDULRAHIMBAKRI.jpg)
Dakwaan Sabah berjuang sendiri perangi COVID-19 tidak berasas - Abdul Rahim
Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat turut menyifatkan dakwaan itu sebagai serkap jarang dan mengelirukan rakyat.