Tue Aug 27 2024
[TERKINI] Mengeluarkan perkataan menghasut, Muhyiddin mengaku tidak bersalah
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang, Kelantan atas tuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di FELDA Perasu, pada 14 Ogos lalu. Presiden BERSATU itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
AWANI Ringkas: Tanah jerlus di Masjid India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Telegram disiasat pornografi kanak-kanak
Pavel Durov, pengasas aplikasi mesej Telegram, telah ditahan di perancis sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap jenayah termasuk pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah, dan transaksi penipuan di platform tersebut.
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengesahkan penahanan Durov, yang berlaku di lapangan terbang Le Bourget di luar Paris pada petang Sabtu.
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengesahkan penahanan Durov, yang berlaku di lapangan terbang Le Bourget di luar Paris pada petang Sabtu.
Empangan pecah di Timur Sudan, 30 terkorban dan ratusan hilang
Empangan pecah di timur Sudan telah menyebabkan 20 kampung dibawa arus air dan menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terkorban.
Pembangunan harus ambil kira risiko geologi
Berapa banyak kajian yang ada berkaitan dengan geologi KL.
Bagaimana pembangunan dirancang dan dilaksanakan mengikut risiko geologi yang ada.
Bagaimana pembangunan dirancang dan dilaksanakan mengikut risiko geologi yang ada.
[TERKINI] Tanah jerlus Masjid India: Teknik ‘jetting’ gagal kesan mangsa
Kerja 'jetting' dan pemeriksaan saluran paip kumbahan dan 'manhole' yang dijalankan pasukan mencari dan menyelamat sehingga setakat pagi tadi, gagal mengesan mangsa.
Pengendali kereta kabel Langkawi rugi RM300,000
Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi), syarikat pengendali perkhidmatan kereta kabel (Langkawi SkyCab), di Oriental Village di sini, menanggung kerugian RM300,000 selepas banyak harta benda syarikat itu rosak akibat kepala air Jumaat lalu.
[TERKINI] Mahkamah Sesyen tolak permohonan Daim kes didengar di mahkamah lain
Mahkamah Sesyen hari ini menolak permohonan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin untuk kes gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytihar harta, didengar hakim Mahkamah Sesyen lain.
AWANI Ringkas: Muhyiddin minta bicara dakwaan keluar perkataan menghasut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Filipina kecam tindakan agresif China di Laut China Selatan
Kerajaan Filipina mengecam China pada Isnin atas tindakan "agresif, tidak profesional dan tidak sah" di Laut China Selatan selepas beberapa pertembungan dan insiden di udara dan laut sepanjang minggu lalu.
Majlis maritim nasional Filipina mengatakan bahawa pesawat China melakukan manuver berbahaya terhadap pesawat awam yang menjalankan rondaan di atas terumbu Scarborough dan Subi.
Majlis maritim nasional Filipina mengatakan bahawa pesawat China melakukan manuver berbahaya terhadap pesawat awam yang menjalankan rondaan di atas terumbu Scarborough dan Subi.
Tindak balas kepada pembunuhan Haniyeh adalah pasti - Iran
Tindakan balas Iran terhadap pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh adalah "pasti," - itu kata jeneral utama Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, Mohammad Bagheri pada Isnin.
MAG kurangkan penerbangan antarabangsa - AeoroRoutes
Malaysia Airlines Bhd, anak syarikat penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), telah mengurangkan sementara kekerapan penerbangan untuk 13 destinasi antarabangsa dalam rangkaian laluannya.
Menurut AeroRoutes, destinasi yang terlibat termasuk Bangkok-Suvarnabhumi, Denpasar, Ho Chi Minh, Jakarta, Jeddah, Medan Kualanamu, Mumbai, Osaka Kansai, Seoul Incheon, Shanghai Pu Dong, Singapura, Tokyo-Narita, dan Yangon dari Kuala Lumpur.

Rujuk pakar geologis jika ada tanda kegagalan struktur
Pemilik premis, kediaman atau orang awam dinasihatkan untuk sentiasa melihat tanda-tanda kegagalan struktur pada kawasan masing-masing bagi memastikan tindakan awal yang bersesuaian dapat diambil
[TERKINI] SAR Jalan Masjid India: Gas beracun, mudah terbakar cabaran besar
Gas berbahaya yang terkumpul di dalam tangki najis setinggi 15 meter di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini, menjadi cabaran utama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
[TERKINI] Remaja 17 tahun didakwa bunuh Nuraina Humaira
Seorang remaja Orang Asli berusia 17 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak pada Selasa atas tuduhan membunuh Nuraina Humaira Rosli, 10 tahun dua minggu lalu.