Fri Jul 19 2024
Perkembangan di Istana Negara
Malaysia sekali lagi bakal melakar detik bersejarah dalam Sistem Raja Berperlembagaan dan semua mata bakal tertumpu pada Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Singgahsana Istana Negara kini bersedia sepenuhya bagi melangsungkan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Bersedia di pintu 1, Istana Negara, rakan setugas Nursyazwani Saiful kongsikan perincian setakat awal pagi ini.

Situasi terkini di Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 | 20 Julai 2024 | 8.30AM
Ikuti siaran secara langsung bersama Nursyazwani Saiful Sham yang berada di Pintu 1 Istana Negara bagi melaporkan situasi terkini di perkarangan pintu masuk Istana Negara, Kuala Lumpur.
#AgongKita
#AgongKita
AWANI Ringkas: #AgongKita | Kunjungan hormat PM ke atas Raja Bahrain
Biden tetap mahu terus bertanding, bakal kembali berkempen
Presiden Joe Biden pada Jumaat berikrar akan tetap meneruskan kempen meskipun mendapat tentangan daripada lapan ahli Demokrat dalam kongres untuk menarik diri.
Beliau turut berikrar akan mendedahkan segala ancaman dibawa 'project 2025', sebuah inisiatif kepada rakyat Amerika Syarikat yang diusulkan saingannya dari Republikan, Donald Trump.
Beliau turut berikrar akan mendedahkan segala ancaman dibawa 'project 2025', sebuah inisiatif kepada rakyat Amerika Syarikat yang diusulkan saingannya dari Republikan, Donald Trump.
Gangguan siber: Perniagaan di Thailand terjejas
Perniagaan di Thailand, termasuk syarikat penerbangan dan hospital telah terjejas akibat gangguan siber global.
Wartawan WSJ dihukum penjara 16 tahun intip Rusia
Mahkamah Wilayah Sverdlovsk menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap wartawan Wall Street Journal Evan Gershkovich atas tuduhan pengintipan.
wartawan itu didapati bersalah serta dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun dan ditempatkan di koloni keselamatan tinggi.
wartawan itu didapati bersalah serta dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun dan ditempatkan di koloni keselamatan tinggi.
Malaysia alu-alukan keputusan ICJ, israel henti kekejaman
Malaysia mengalu-alukan keputusan bersejarah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memihak kepada Palestin.
Keputusan Mahkamah disampaikan melalui Pendapat Nasihat berkaitan dengan Kesan Perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, pada Jumaat.

Wilayah Palestin akan dilindungi dan dihormati - ICJ
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat memutuskan bahawa Wilayah Palestin yang diduduki merupakan "kesatuan wilayah tunggal," yang akan dilindungi dan dihormati.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong
Singgahsana Istana Negara kini bersedia sepenuhya bagi melangsungkan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sultan Ibrahim yang melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas, akan ditabalkan dalam istiadat penuh tradisi kesultanan Melayu hari ini.
Sultan Ibrahim yang melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas, akan ditabalkan dalam istiadat penuh tradisi kesultanan Melayu hari ini.
Perkembangan di Istana Negara
Malaysia sekali lagi bakal melakar detik bersejarah dalam Sistem Raja Berperlembagaan dan semua mata bakal tertumpu pada Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Singgahsana Istana Negara kini bersedia sepenuhya bagi melangsungkan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Bersedia di pintu 1, Istana Negara, rakan setugas Nursyazwani Saiful kongsikan perincian setakat awal pagi ini.
Singgahsana Istana Negara kini bersedia sepenuhya bagi melangsungkan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Bersedia di pintu 1, Istana Negara, rakan setugas Nursyazwani Saiful kongsikan perincian setakat awal pagi ini.
Malaysia-Bahrain bincang tingkat kerjasama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Bahrain bincang usaha kerjasama politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan, dan kesihatan. Sambut ulang tahun diplomatik ke-50.
Raja Bahrain tiba di Malaysia
Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa tiba di sini, hari ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara pada Sabtu.
Dua kapal tangki terbakar di luar pantai Singapura
Pihak berkuasa Singapura, hari ini memaklumkan dua kapal tangki minyak terbakar di luar pantainya dan dua anak kapal dihantar ke hospital.
Britain sambung pembiayaan kepada UNRWA
Kerajaan Buruh Britain memaklumkan mereka akan menyambung semula pembiayaan kepada agensi pelarian Palestin PBB, UNRWA pada Jumaat.
Isteri PM Sepanyol enggan jadi saksi
Begona Gomez - isteri kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengunci mulut setiap kali ditanya berkenaan kes rasuah termasuk soalan yang berkait dengan pengaruh suaminya oleh hakim di mahkamah Madrid. Soalan itu diajukan sebagai sebahagian dari proses siasatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar pemimpin itu ingin melepaskan jawatan berkenaan pada April lalu.
Semua pelajar Malaysia di Dhaka selamat
Semua pelajar Malaysia di Dhaka, Bangladesh kini selamat setakat jam 4 petang Jumaat menurut laporan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.