Thu Nov 28 2024
Pendirian tentang kezaliman konsisten tidak kira agama, kumpulan etnik - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan pendirian Malaysia terhadap keganasan di seluruh dunia tidak mengira latar belakang agama, politik dan kumpulan etnik.
Walaupun Malaysia tidak suarakan secara terbuka, PM mengambil peluang dalam pertemuan empat mata dengan mana-mana pemimpin menjelaskan pendirian Malaysia tentang kedudukan masyarakat yang tertindas atau dizalimi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

JENDELA Fasa 1: 1,385 menara telah siap, 808 telah beroperasi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberitahu Parlimen projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)Fasa 1 masih dalam pelaksanaan.
Menurut Fahmi setakat 31 Oktober 2024 sebanyak 1,385 daripada 1,661 menara telah siap, hanya 808 menara telah beroperasi.
Menurut Fahmi setakat 31 Oktober 2024 sebanyak 1,385 daripada 1,661 menara telah siap, hanya 808 menara telah beroperasi.
Dera kanak-kanak: 2,240 kes direkodkan lapan bulan pertama 2024
Sebanyak 2,240 kes penderaan kanak-kanak direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sehingga Ogos lalu.
Isu GISBH: Program rehabilitasi ahli GISBH dibuka semula - MKN
Kerajaan mengumumkan pembukaan semula pendaftaran bagi program rehabilitasi sukarela kepada ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Buku mengupas akar keganasan dilancar
Buku Senandika Selatan Thailand Luka Sembuh Parut Tetap Ada tulisan Dr Azlinariah Abdullah mengenai usaha mencari kebenaran punca sebenar keganasan di tiga wilayah bergolak di Selatan Thailand dan bagaimana Malaysia boleh berperanan sebagai perantara proses damai, dilancar hari ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024.
Kelantan hasrat jadikan banjir sebagai produk pelancongan
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamarudin Md Noor berkata, usaha itu akan dibuat memandangkan Kelantan ‘sepi’ tanpa kehadiran pelancong bila tiba musim tengkujuh.
Langkah pantau banjir kilat libat dua peringkat - KPKT
Langkah pemantauan di peringkat Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) melibatkan dua peringkat melalui Jawatankuasa Pemandu Bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat.
Kontrak pajakan helikopter Leonardo bukan rundingan terus - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan faktor penyelenggaraan, pembaikan dan 'overhaul' antara faktor pemilikan helikopter dilaksanakan secara pajakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Parlimen konsep pajakan helikopter ini perlu memastikan tahap ketersediaan dan kesiagaan helikopter yang dibekalkan pada tahap 85 peratus.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Parlimen konsep pajakan helikopter ini perlu memastikan tahap ketersediaan dan kesiagaan helikopter yang dibekalkan pada tahap 85 peratus.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
AWANI Ringkas: NADMA diarah perkemas penyelarasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sarawak tingkat pegangan dalam Affin Bank
Kerajaan negeri Sarawak mengukuhkan pegangannya dalam Affin Bank Berhad, susulan keputusan Boustead Holdings Bhd dan LTAT untuk melupuskan 26 peratus pegangan mereka dalam kumpulan perbankan itu.
Menteri Pertahanan China disiasat tuduhan rasuah
Menteri Pertahanan China, Dong Jun, sedang disiasat sebagai sebahagian daripada siasatan anti-rasuah besar-besaran yang melibatkan kepimpinan tertinggi Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
Dong menjadi menteri pertahanan ketiga berturut-turut yang disiasat atas dakwaan rasuah, menurut laporan media antarabangsa, yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat semasa dan bekas pegawai.
Dong menjadi menteri pertahanan ketiga berturut-turut yang disiasat atas dakwaan rasuah, menurut laporan media antarabangsa, yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat semasa dan bekas pegawai.
Israel akan cabar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu
Israel memaklumkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa ia akan mencabar waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant berkaitan tindakan mereka semasa perang Gaza, menurut pejabat Netanyahu pada Rabu.
Langkah itu susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah perang, termasuk pembunuhan, penganiayaan, serta penggunaan kebuluran semasa konflik Gaza.
Langkah itu susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah perang, termasuk pembunuhan, penganiayaan, serta penggunaan kebuluran semasa konflik Gaza.
ICC mohon waran tangkap pemimpin tentera Myanmar
Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu mengumumkan permohonan waran tangkap terhadap pemimpin tentera Myanmar, Min Aung Hlaing, atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan penganiayaan Rohingya.
Bagaimanapun, Junta Myanmar menegaskan bahawa negara tersebut bukan anggota ICC dan tidak mengiktiraf bidang kuasanya.
Bagaimanapun, Junta Myanmar menegaskan bahawa negara tersebut bukan anggota ICC dan tidak mengiktiraf bidang kuasanya.
MADANI: Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar 10,000
Festival Idea Putrajaya menyasarkan 250,000 pengunjung dan menawarkan 10,000 peluang pekerjaan.
Pendidikan: Permohonan matrikulasi 2025/2026 dibuka mulai Ahad ini
Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Dis ini hingga 28 Feb 2025.
Hubungan Malaysia-AS masih baik - PM
Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) dari segi diplomatik masih baik dan meneruskan semua perkongsian komprehensif dan kerjasama termasuk mengadakan pertemuan.