Wed Feb 19 2025
Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan KP (Pencegahan) baharu
Pengarah Kanan Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Lapangan Terbang Phnom Penh adakan latihan simulasi
Latihan tindak balas kecemasan yang mensimulasi kemalangan pesawat dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Jumaat.
ADMM bincang pemusatan ASEAN - Mohamed Khaled
Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kekal sebagai platform penting untuk mempertahankan dan membincangkan pemusatan ASEAN dalam persekitaran global dan serantau yang semakin berkembang.
Negara BRICS berdepan kemungkinan kenaikan 150 peratus Niaga AWANI
Negara-negara anggota BRICS berpotensi menghadapi kenaikan tarif sehinga 150 peratus daripada Amerika Syarikat. Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran tersebut selepas mendakwa kesatuan itu cuba menghancurkan Dolar.
Kumpulan 20 harus pupuk kerjasama capai sasaran
Berbaki lima tahun lebih sebelum tarikh akhir 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan Ronald Lamola menekankan peranan kumpulan 20 (G20) dalam memupuk kerjasama mencapai sasaran ini.
Indonesia mahu tarik pelabur di World Expo Osaka 2025
Indonesia berhasrat menarik pelaburan dalam industri pembuatan lestari dengan menyertai World Expo 2025 Osaka pada April depan.
Greece beri amaran, impak terhadap import zon Eropah
Greece memberi amaran tarif baharu Amerika Syarikat ke atas import zon Eropah boleh memberi impak yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi di rantau itu.
Kekuatan ekonomi domestik kurangkan kesan konflik perdagangan AS
Penurunan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dijangka menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara, namun kekuatan ekonomi domestik mampu menjadi penampan kepada kesan negatif tersebut.
Sektor perikanan pemacu ekonomi di Sabah
Sabah terus memperkukuhkan industri perikanan dengan memberi fokus kepada peningkatan rantaian bekalan perusahaan akuakultur selain pemeliharaan ikan melalui pertanian kontrak yang memberi fokus kepada pasaran eksport.
Untung bersih Petronas Gas naik kepada RM1.84 bilion
Petronas Gas Bhd (PGB) merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM1.84 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 berbanding RM1.82 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Harga makanan terkawal, inflasi kekal pada 1.7 peratus
Kadar inflasi Malaysia kekal pada tahap 1.7 peratus pada Januari 2025, dengan inflasi kumpulan makanan dan minuman merupakan sebahagian Indeks Harga Pengguna (IHP) catat kenaikan lebih perlahan bulan lalu.
Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan bermula 24 Feb – PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mula prosiding tertutup berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam pada 24 Februari ini.
KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual - KP Pendidikan
Isu seperti buli, tekanan kerja dan gangguan seksual akan ditangani secara tegas di semua peringkat bagi mewujudkan kesejahteraan dan ekosistem yang baik di dalam institusi pendidikan termasuk di sekolah.
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.
Kes tercekik 'gummy': Hujan renyai iringi pengebumian Mohamd Fahmi
Jenazah murid tahun empat, Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohamda Fakhruddin yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang pada petang Jumaat.