Sun Dec 15 2024
Mangsa berkurangan kepada 40 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 40 orang sahaja setakat jam 6 pagi Isnin, dengan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di dua negeri terjejas iaitu Pahang dan Johor
AWANI Ringkas: Polis Kuala Lumpur jalankan siasatan dalaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 16 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Disember 2024
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 40 orang setakat 6 pagi Isnin
2️⃣ Polis Kuala Lumpur jalankan siasatan dalaman
3️⃣ Dagangan bursa dijangka lemah
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 40 orang setakat 6 pagi Isnin
2️⃣ Polis Kuala Lumpur jalankan siasatan dalaman
3️⃣ Dagangan bursa dijangka lemah
#awaniringkas
Kos haji naik atau kekal diketahui hari ini
Berapa kos menunaikan haji bagi tahun depan, sama ada naik atau kekal, akan diumumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman di Kuala Lumpur pada Isnin.
Surat tawaran haji mula keluar hari ini
Selepas 12 tengah hari, Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini akan mula mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji kepada jemaah Malaysia yang terpilih bagi menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun depan.
Polis kesan remaja perempuan 14 tahun hilang
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly Ahmad dalam satu kenyataan berkata kanak-kanak yang dikenali sebagai Nur Afizah Ahmad Wafid itu hilang selepas keluar dari rumahnya di Petaling Jaya pada jam 3 pagi Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly Ahmad dalam satu kenyataan berkata kanak-kanak yang dikenali sebagai Nur Afizah Ahmad Wafid itu hilang selepas keluar dari rumahnya di Petaling Jaya pada jam 3 pagi Jumaat.
Mangsa berkurangan kepada 40 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 40 orang sahaja setakat jam 6 pagi Isnin, dengan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di dua negeri terjejas iaitu Pahang dan Johor
Tunjuk isyarat lucah, polis siasat anggotanya
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya sudah mengenal pasti anggota berkenaan yang kini bertugas di dalam kawasan di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya sudah mengenal pasti anggota berkenaan yang kini bertugas di dalam kawasan di ibu negara.
Filipina arah penduduk pindah, waspada letusan Kanlaon
Filipina mengarahkan pihak berkuasa tempatan pada Ahad untuk melengkapkan proses pemindahan penduduk dalam zon bahaya sekitar enam kilometer daripada Gunung Berapi Kanlaon menjelang Isnin.
Arahan itu dikeluarkan Pengarah Pejabat Pertahanan Awam di Wilayah Visayas Barat, Raul Fernandez berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu.
Arahan itu dikeluarkan Pengarah Pejabat Pertahanan Awam di Wilayah Visayas Barat, Raul Fernandez berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu.
Rusia guna askar Korea Utara serang kedudukan Ukraine
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa Rusia mula menggunakan askar Korea Utara untuk melancarkan serangan terhadap kedudukan Ukraine di wilayah Kursk.
Ukraine tawar bekalan makanan kepada Syria
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, telah mengarahkan kerajaan pimpinannya untuk menyediakan mekanisme penghantaran makanan ke Syria.
Menerusi hantaran di X, Zelensky berkata Ukraine sedia membantu Syria dalam mencegah krisis makanan, terutamanya melalui program kemanusiaan ‘Grain from Ukraine’.
Menerusi hantaran di X, Zelensky berkata Ukraine sedia membantu Syria dalam mencegah krisis makanan, terutamanya melalui program kemanusiaan ‘Grain from Ukraine’.
UK umum bantuan £50 juta untuk Syria
Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan pakej bantuan kemanusiaan bernilai £50 juta bagi membantu rakyat Syria.
Menerusi satu kenyataan rasmi, kerajaan UK berkata langkah itu bertujuan menangani krisis kemanusiaan dan membina kestabilan jangka panjang di Asia Barat.
Menerusi satu kenyataan rasmi, kerajaan UK berkata langkah itu bertujuan menangani krisis kemanusiaan dan membina kestabilan jangka panjang di Asia Barat.
Israel tolak konflik dengan Syria – Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan Israel tidak berminat untuk terlibat dalam konflik dengan Syria.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Netanyahu berkata tindakan ketenteraan Israel di Syria bertujuan menghalang
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Netanyahu berkata tindakan ketenteraan Israel di Syria bertujuan menghalang
Qatar selar tindakan haram Israel di Bukit Golan
Kementerian Luar Qatar menyelar tindakan Israel yang memperluas penempatan haramnya di Bukit Golan yang diduduki.
Menerusi kenyataan rasmi, Qatar berkata tindakan itu membuka satu lagi lembaran dalam siri serangan rejim itu ke atas Syria dan pelanggaran secara jelas terhadap undang-undang antarabangsa.
Menerusi kenyataan rasmi, Qatar berkata tindakan itu membuka satu lagi lembaran dalam siri serangan rejim itu ke atas Syria dan pelanggaran secara jelas terhadap undang-undang antarabangsa.
Israel sasar 61 lagi lokasi di Syria
Israel menyasarkan 61 lagi lokasi di Syria dalam siri serangan terbaharunya di negara itu pada Ahad.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), serangan melibatkan beberapa gudang ketenteraan di Homs serta beberapa bandar lain dan kawasan pergunungan Qalamoun berhampiran ibu kota Syria,Damsyik.

2 juta pelarian Syria di Lubnan, Mikati seru pulang ke tanah air
Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati menyeru agar lebih 2 juta pelarian Syria yang mencari perlindungan di negaranya agar kembali ke tanah air mereka, selpas kejatuhan Bashar al-Assad.