Thu Aug 01 2024
Ismail Haniyeh disemadi di Qatar hari ini
Pemimpin tertinggi yang juga Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu Israel di Tehran, Iran akan disemadi di Doha, Qatar hari ini.
Rakyat Malaysia teruja tetapi bimbang tentang AI, kata kajian Ipsos
Satu kajian Ipsos yang meliputi 32 negara telah mendedahkan bahawa walaupun rakyat Malaysia teruja dengan potensi AI, kebimbangan tentang jaminan pekerjaan dan kadar perubahan teknologi juga berleluasa.
Malaysia harap Afrika Selatan setuju Malaysia sertai BRICS
Malaysia menzahirkan hasrat agar Afrika Selatan bersetuju menyokong penyertaan negara ini bagi menganggotai kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara yang disentuh ketika menerima kunjungan hormat bekas Menteri Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama Republik Afrika Selatan Dr Naledi Mandisa Pandor di pejabatnya pada Khamis.

Peralihan tenaga perlu adil dan inklusif – TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa Malaysia perlu memastikan tiada satu pun sektor atau kelompok masyarakat yang tercicir tatkala negara beralih ke tenaga boleh diperbaharui.
Warga Israel berhimpun di Tel Aviv, kenang konflik 7 Oktober
Beberapa ahli keluarga tebusan dan penunjuk perasaan berkumpul di Tel Aviv pada Khamis bagi menandakan 300 hari sejak serangan 7 Oktober ke atas Israel Selatan sehingga mencetuskan perang di wilayah Palestin.
Penunjuk perasaan memasang papan tanda "300" yang dibakar dan melepaskan beberapa tanglung di langit.
Penunjuk perasaan memasang papan tanda "300" yang dibakar dan melepaskan beberapa tanglung di langit.
UNSC gesa usaha diplomatik elak konflik Asia Barat
Negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa usaha diplomatik dipertingkatkan untuk mengelak konflik meluas di Asia Barat susulan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Iran pada Rabu lepas.
Pembunuhan Ismail Haniyeh disifatkan sebagai merugikan
Pembunuhan Ketua Politik pasukan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh disifatkan sebagai satu tindakan yang merugikan semua pihak yang inginkan genjatan senjata.
Jenazah Ismail Haniyeh tiba di Doha
Dalam pada itu Jasad Ismail Haniyeh tiba di Doha, Qatar pada Khamis sebelum pengebumian dan pengebumiannya pada Jumaat.
Anggota Hamas, termasuk bekas ketua kumpulan, Khaled Meshaal dilihat berdiri di landasan lapangan terbang antarabangsa Doha, Lounge Menteri menunggu untuk menerima keranda.
Anggota Hamas, termasuk bekas ketua kumpulan, Khaled Meshaal dilihat berdiri di landasan lapangan terbang antarabangsa Doha, Lounge Menteri menunggu untuk menerima keranda.
Ismail Haniyeh disemadi di Qatar hari ini
Pemimpin tertinggi yang juga Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu Israel di Tehran, Iran akan disemadi di Doha, Qatar hari ini.
Remaja bunuh tiga kanak-kanak di Southport didakwa
Remaja lelaki didakwa membunuh tiga kanak-kanak dalam serangan pada Isnin di Southport didakwa pada Khamis.
Tiga suspek serangan WTC New York, Pentagon mengaku bersalah
Tiga lelaki yang dituduh merancang melakukan serangan pada 11 September bersetuju untuk mengaku bersalah lapor New York Times yang memetik pegawai Pentagon.
Cuaca panas di Shanghai, suhu cecah 40 darjah celsius
Biro meteorologi Shanghai mengeluarkan amaran merah pertamanya untuk gelombang haba pada Khamis apabila suhu di hab kewangan China itu meningkat kepada 40 darjah celsius.
Anggota tentera giat bina jambatan besi di Wayanad
Anggota tentera India bertungkus lumus menyegerakan pembinaan jambatan besi bagi menghubungkan kawasan yang terjejas teruk akibat tanah runtuh di Wayanad, Kerala India.
Malaysia antara 10 destinasi mesra kripto
Ini susulan pembentukan bakat tempatan, serta kos untuk mengambil pekerja tempatan adalah lebih kompetitif berbanding dengan negara jiran.
Malaysia perkenal sistem pemberitahuan pelanggaran data cegah penipuan
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pemberitahuan itu mesti dikemukakan oleh pengguna data yang mengalami insiden kebocoran data peribadi, termasuk ancaman penggodaman.
Pindaan tidak beri kuasa mutlak kepada pegawai AADK
Ujian dan perakuan daripada pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar masih diperlukan dalam proses mendapatkan perintah rawatan serta pemulihan ke atas penagih dadah di bawah pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.