Thu Nov 28 2024
37,189 mangsa banjir melibatkan 11,385 keluarga setakat 9.32 pagi - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Waktu Pertanyaan Menteri sempat memberi perkembangan terkini situasi banjir di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak dan Johor.
PM memaklumkan setakat jam 9.32 pagi jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 mangsa, melibatkan 11,385 keluarga di 6 negeri serta 322 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.
PM memaklumkan setakat jam 9.32 pagi jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 mangsa, melibatkan 11,385 keluarga di 6 negeri serta 322 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.
AWANI Ringkas: NADMA diarah perkemas penyelarasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sarawak tingkat pegangan dalam Affin Bank
Kerajaan negeri Sarawak mengukuhkan pegangannya dalam Affin Bank Berhad, susulan keputusan Boustead Holdings Bhd dan LTAT untuk melupuskan 26 peratus pegangan mereka dalam kumpulan perbankan itu.
Menteri Pertahanan China disiasat tuduhan rasuah
Menteri Pertahanan China, Dong Jun, sedang disiasat sebagai sebahagian daripada siasatan anti-rasuah besar-besaran yang melibatkan kepimpinan tertinggi Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
Dong menjadi menteri pertahanan ketiga berturut-turut yang disiasat atas dakwaan rasuah, menurut laporan media antarabangsa, yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat semasa dan bekas pegawai.
Dong menjadi menteri pertahanan ketiga berturut-turut yang disiasat atas dakwaan rasuah, menurut laporan media antarabangsa, yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat semasa dan bekas pegawai.
Israel akan cabar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu
Israel memaklumkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa ia akan mencabar waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant berkaitan tindakan mereka semasa perang Gaza, menurut pejabat Netanyahu pada Rabu.
Langkah itu susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah perang, termasuk pembunuhan, penganiayaan, serta penggunaan kebuluran semasa konflik Gaza.
Langkah itu susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah perang, termasuk pembunuhan, penganiayaan, serta penggunaan kebuluran semasa konflik Gaza.
ICC mohon waran tangkap pemimpin tentera Myanmar
Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu mengumumkan permohonan waran tangkap terhadap pemimpin tentera Myanmar, Min Aung Hlaing, atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan penganiayaan Rohingya.
Bagaimanapun, Junta Myanmar menegaskan bahawa negara tersebut bukan anggota ICC dan tidak mengiktiraf bidang kuasanya.
Bagaimanapun, Junta Myanmar menegaskan bahawa negara tersebut bukan anggota ICC dan tidak mengiktiraf bidang kuasanya.
MADANI: Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar 10,000
Festival Idea Putrajaya menyasarkan 250,000 pengunjung dan menawarkan 10,000 peluang pekerjaan.
Pendidikan: Permohonan matrikulasi 2025/2026 dibuka mulai Ahad ini
Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Dis ini hingga 28 Feb 2025.
Hubungan Malaysia-AS masih baik - PM
Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) dari segi diplomatik masih baik dan meneruskan semua perkongsian komprehensif dan kerjasama termasuk mengadakan pertemuan.
Bencana Banjir: JKM bersedia aktifkan 8,481 PPS di seluruh negara
Sebanyak 8,481 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menempatkan 2.1 juta mangsa banjir di seluruh negara.
Bencana Banjir: NADMA diarah perkemas penyelarasan Persekutuan, Negeri
NADMA telah diarah untuk memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan Negeri untuk memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir dan penduduk di kawasan terkesan menjadi keutamaan tertinggi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (November 2024 – Mac 2025).
[TERKINI] Warga emas korban banjir pertama di Terengganu
Seorang lelaki warga emas menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas ditemui lemas di Kampung Amer, Besut pada Khamis.
Mangsa Tuan Jusoh Tuan Hassan,66 tahun dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.
Mangsa Tuan Jusoh Tuan Hassan,66 tahun dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.
Jumlah mangsa terus meningkat kepada hampir 32,000
Mangsa banjir meningkat di seluruh negara, dengan Kelantan paling teruk terjejas setakat jam 12 tengahari
Jumlah keseluruhan mangsa kini mencecah 39,677 orang daripada 12,107 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor, dan Perak.
Sebanyak 345 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka untuk menampung mereka yang terjejas.

Pendirian tentang kezaliman konsisten tidak kira agama, kumpulan etnik - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan pendirian Malaysia terhadap keganasan di seluruh dunia tidak mengira latar belakang agama, politik dan kumpulan etnik.
Walaupun Malaysia tidak suarakan secara terbuka, PM mengambil peluang dalam pertemuan empat mata dengan mana-mana pemimpin menjelaskan pendirian Malaysia tentang kedudukan masyarakat yang tertindas atau dizalimi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Pertimbangan ekonomi tidak menjejaskan pendirian, sokongan terhadap Palestin - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa termasuk keganasan, kezaliman, penindasan, penjajahan di Palestin dan Gaza akan terus disuarakan.
"Saya tidak fikir pertimbangan ekonomi walaupun sangat penting boleh menjejaskan, mengurangkan dan mengekang pendirian kita dalam menyuarakan tuntutan keadilan buat rakyat Palestin khususnya di Gaza," jelasnya.

Perdagangan dua hala Malaysia-AS meningkat kepada RM264.28 bilion - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Januari hingga Oktober 2024 jumlah perdagangan dua hala Malaysia dan AS telah meningkat 29.1 peratus kepada RM264.28 bilion daripada RM204.78 bilion bagi tempoh yang sama pada 2023.
PM juga memaklumkan projek-projek yang telah dan sedang diuruskan adalah sebanyak 1,321 dengan pelaburan sebanyak RM204.78 bilion.
PM juga memaklumkan projek-projek yang telah dan sedang diuruskan adalah sebanyak 1,321 dengan pelaburan sebanyak RM204.78 bilion.