Thu Mar 20 2025
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 20 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
OCI TerraSus hasilkan polisilikon untuk pelaburan RM1.17 bilion di AS
Melalui pelaburan RM1.17 bilion OCI Holdings di AS, OCI TerraSus akan berusaha untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin utama global dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dengan melabur dalam teknologi canggih dan memanfaatkan kelebihan strategik Sarawak dan Malaysia
RIUH: Pemacu pertumbuhan industri kreatif & keusahawanan
RIUH Raya Kita edisi 2025 menampilkan lebih 120 jenama tempatan, penggiat kreatif dan penghibur, meraikan kreativiti dan bakat Malaysia semasa musim perayaan. Acara ini mempamerkan gabungan fesyen, seni, F&B dan gaya hidup, menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik sambil menyokong industri tempatan.
Malaysia hasrat jadi sebahagian daripada ‘kisah semikonduktor’ India – Liew
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong turut menekankan bahawa banyak syarikat asing yang kini melabur di India sebenarnya telah lama beroperasi di Malaysia, sekali gus membuka peluang kepada hubungan perniagaan tiga hala.
Pasaran modal meningkat kepada RM4.2 trilion pada 2024 berikutan minat belian kukuh - SC
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan dan teratur, sambil terus melaksanakan peranan asasnya dalam membolehkan dan memudahkan penjanaan modal untuk membiayai ekonomi domestic.
CILTM Sabah sokong pertumbuhan Labuan sebagai hab maritim serantau
Doughty berkata salah satu inisiatif utama yang dibincangkan adalah penyertaan dalam Persidangan dan Pameran Minyak, Gas Tenaga Sabah (SOGCE) 2025, pada Julai ini.
GLIC disaran buat DDI RM120 bilion dalam lima tahun untuk pacu ekonomi - PM Anwar
Anwar berkata selain RM440 bilion dalam pelaburan pasaran awam di bawah program pelaburan sedia ada, pelaburan tersebut turut tertumpu kepada sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).
Versa kumpul RM30 juta untuk kembang simpanan, platform pelaburan
Dana terbaru Versa diperoleh melalui pusingan pelaburan siri a - pusingan pembiayaan peringkat awal yang direka untuk membantu syarikat pemula mempercepatkan pertumbuhan.
Perdagangan Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion
Jumlah dagangan mencatat pertumbuhan berterusan 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion, didorong oleh peningkatan eksport (+6.2 peratus) kepada RM118.3 bilion dan import (+5.5 peratus) kepada RM105.6 bilion.
Label SIRIM pada semua minyak enjin bermula 7 April
Semua produk enjin kenderaan yang dijual di pasaran perlu mempunyai label pematuhan diperakukan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan (SIRIM) bermula 7 April.
Prestasi S&P 500: Sehingga 20 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Wall Street melonjak selepas Fed kekalkan kadar faedah
Wall Street melonjak selepas Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah tidak berubah, sambil memberi isyarat kemungkinan pemotongan kadar tahun ini di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi. Pelabur menilai pendirian Fed bersama dasar tarif Presiden Trump yang boleh mempengaruhi inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Indeks S&P 500, Nasdaq, dan Dow ditutup lebih tinggi dengan jangkaan pemotongan kadar dalam beberapa bulan akan datang.
Fed kekal berhati-hati di tengah ketidaktentuan tarif
Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan memberi isyarat pemotongan sebanyak 0.5% menjelang akhir tahun. Namun, Pengerusi Fed, Jerome Powell, menegaskan bahawa keputusan selanjutnya bergantung kepada kejelasan dasar pentadbiran Trump. Fed turut menyemak unjuran inflasi kepada 2.7% dan menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi kepada 1.7%. Saham AS meningkat susulan kenyataan ini, manakala pedagang melihat kemungkinan besar pemotongan kadar bermula Jun.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 20 Mac 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 20 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
APHM tolak beku kos hospital swasta: Apa implikasinya?
APHM menolak cadangan pembekuan kos hospital swasta selama tiga tahun! Apa maksudnya untuk masa depan penjagaan kesihatan di Malaysia? Dengan kos operasi yang terus meningkat, APHM mencadangkan pendekatan baru untuk mengawal inflasi perubatan sambil memastikan ubat-ubatan kekal mampu milik dan inovasi terus berkembang. Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana ini boleh mempengaruhi anda dan keluarga anda!