Mon Feb 13 2023
Borak Anak Muda (BAM): Belanjawan 2023 | Bila sistem kesihatan Malaysia nak 'upgrade'?
Antara masalah yang dihadapi oleh kakitangan KKM adalah sistem yang tidak cekap, tekanan dan bebanan kerja, gaji yang tidak setimpal dan kekurangan kakitangan di tempat-tempat kritikal. Namun sampai bila masalah ini akan kekal dalam sistem kesihatan Malaysia? Borak Anak Muda bersama Dr. Farhan Rusli, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Dr Shafiqah bin Mohamed Shamsuri, Doktor Luar Pesisir.
Borak Anak Muda: Diplomasi digital untuk belia
Dalam era globalisasi ini, diplomasi digital muncul sebagai medium yang memainkan peranan penting dalam menyatupadukan anak muda Malaysia tanpa mengira sempadan budaya dan etnik. Apa pendekatan inovatif yang membolehkan belia berinteraksi dan berkongsi pandangan di platform digital?
Borak Anak Muda: Melestarikan warisan dan khazanah negara untuk setiap generasi
‘Ini Warisan Kita’ merupakan satu daripada inisiatif Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk melestarikan warisan dan khazanah negara yang kaya merangkumi kepelbagaian adat dan budaya etnik serta kemajmukan dari segi kepercayaan dan latar bahasa. Diskusi penuh bersama Pengarah Keretapi Sarong, Shamsul Bahrin Zainuzzaman dan Presiden MPP Kebangsaan UTHM, Wan Amsyar Hadie Wan Mahadi.
Borak Anak Muda: Liga Uniti: Perpaduan Merentas Sukan
Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan menyemai semangat kerjasama berpasukan dan mengukuhkan jalinan perpaduan Keluarga Malaysia melalui platform sukan. Perkongsian penuh bersama bekas jaguh olahraga kebangsaan, Zaidatul Husna Zulkifli.
Borak Anak Muda (BAM): Rukun Negara simbol keseimbangan hidup belia moden
Nabilah Khaleeda, Nina Rozman bersama Adnan Yunus, Persatuan Pendidikan Diversiti membincangkan isu menitikberatkan lima asas Rukun Negara sebagai panduan dalam menjalin perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Borak Anak Muda: Belanjawan 2023 | Hampir muflis, langkah seterusnya?
Golongan muda semakin muflis awal? Bagaimana nak elak muflis? Diskusi penuh bersama Hafidzi Razali, Pengarah Bersekutu, BowerGroupAsia dan Jason Wee, Pengasas Bersama Persatuan Pendidikan Diversiti. #Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
Borak Anak Muda: Belanjawan 2023 | Digitalisasi, apa belia faham?
Belia mampu jadi penggerak utama digitalisasi namun apa yang mereka faham mengenainya dan bagaimana mereka boleh manfaatkan sepenuhnya teknologi, inovasi dan digital? Diskusi penuh bersama Nik Abbas Zawawi, UX Lead, FPT & PETRONAS dan Hamayoon Nayel, UX Lead, FPT & PETRONAS.
#Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
#Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
Borak Anak Muda: Belanjawan 2023 | Inisiatif lindungi, perkasa wanita
Ramai pakar ekonomi meramalkan tahun ini menjadi lebih mencabar dari segi ekonomi berbanding tahun sebelum ini yang turut memberi kesan terhadap wanita. Diskusi penuh bersama Lilian Kok, Pengurus Kanan Program, All Women's Action Society (AWAM) dan Ainie Haziqah, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA #Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
Borak Anak Muda: Belanjawan 2023 | Mudahkan akses belia miliki rumah
Cabaran ekonomi beri kesan langsung kepada pembeli rumah dan semakin ramai belia mahukan proses pemilikan rumah yang mudah diakses. Insentif dan inisiatif dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 diharap dapat mendorong pertumbuhan pasaran hartanah.
#Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
#Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
Borak Anak Muda: Sesuaikan sistem pendidikan ikut keperluan industri
Sistem pendidikan perlu diteliti secara holistik agar dapat memastikan sistem yang ada adalah sesuai dengan norma baharu. Borak Anak Muda bersama Dr. Anuar Ali, Ketua Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar, Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, UiTM dan Siti Fara Fadila Abd. Razak, Pensyarah, Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan UNITEN untuk membincangkan langkah yang boleh dilaksanakan dalam Belanjawan 2023 bagi memperkasakan sistem pendidikan terutama di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
#Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
#Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
Borak Anak Muda: Mantapkan transformasi Sabah & Sarawak
Sabah dan Sarawak semakin mendapat perhatian dan diberikan keutamaan dalam setiap aspek pembangunan. Bagaimana Belanjawan 2023 mampu tingkatkan transformasi Sabah dan Sarawak? Borak Anak Muda bersama Adi Putera, Pegawai Penyelidik, IDS Sabah dan Khairul Anwar Shazali, Aktivis Belia.
#Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
#Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
Borak Anak Muda (BAM): Belanjawan 2023 | Bila sistem kesihatan Malaysia nak 'upgrade'?
Antara masalah yang dihadapi oleh kakitangan KKM adalah sistem yang tidak cekap, tekanan dan bebanan kerja, gaji yang tidak setimpal dan kekurangan kakitangan di tempat-tempat kritikal. Namun sampai bila masalah ini akan kekal dalam sistem kesihatan Malaysia? Borak Anak Muda bersama Dr. Farhan Rusli, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Dr Shafiqah bin Mohamed Shamsuri, Doktor Luar Pesisir.
Borak Anak Muda: Kenaikan kos sara hidup jejas poket anak muda
Perbincangan tentang kepentingan untuk memahami lebih mendalam apa yang belia mahukan saat dihimpit isu kos sara hidup dan langkah kerajaan dalam memberi tumpuan utama kepada usaha mengangi isu kos sara hidup dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di dewan rakyat nanti bersama Danial Abdul Majeed, Ahli Politik dan Syamellya Norazizi, Aktivis Politik/ Belia dalam program Borak Anak Muda. #Belanjawan2023 #BorakAnakMuda
Borak Anak Muda: PRU15 | Kenapa ramai anak muda miskin bandar?
Kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang ketika ini menjadi punca ramai anak muda yang bekerja di ibu negara dianggap sebagai miskin bandar selepas gaji bulanan yang diterima mereka tidak mencukupi untuk menampung kehidupan harian. Lebih mengejutkan,mereka langsung tidak mampu membuat sebarang simpanan bulanan selepas gaji sekitar RM1,800 hingga RM2,500 sebulan habis digunakan untuk perbelanjaan harian dan menjelaskan segala komitmen. Bersama pengasas, Aimanul Haq dan jurulatih, Khairul Azman, dari kumpulan e-sukan Team Haq mewakili suara anak muda di Malaysia bagi mengulas lanjut tentang isu ini.
Borak Anak Muda: PRU15 | Tiket mahal, macam mana nak balik mengundi?
Harga tiket pengangkutan pulang mengundi naik mendadak, anak muda yang paling terkesan. Faizal Redza Redzuan, Pengurus Kanan Operasi Maju TMAS dan Alzari Mahshar, Pengasas bersama #UndiRabu menegaskan pengawalan harga, bantuan dana dan pemberian subsidi adalah antara langkah yang paling wajar dilaksanakan.
#MalaysiaMemilih #BorakAnakMuda #PRU15
#MalaysiaMemilih #BorakAnakMuda #PRU15
Borak Anak Muda (BAM): PRU15 | Tebalkan Poket Rakyat
Apabila tiada ilmu perniagaan di dada, kegagalan demi kegagalan dilalui pengusaha Tepen Yong Tau Foo, Jarir Harun sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.