UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Carian mengenai topik tiga-penjuru

Dapatkan berita terkini mengenai tiga-penjuru dari Astro Awani

Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar

Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar

Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Thu Nov 07 2024
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM

Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM

Ketua Pusat Pengajian Asia Barat IKMAS UKM, Dr. Abdul Rahim Ahmad berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam. Jelasnya, kejayaan Trump ini perlu menjadi pemangkin negara-negara Islam untuk memperkuat kekuatan sendiri. #DialogTigaPenjuru
Thu Nov 07 2024
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute

Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute

Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat hanya akan memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin. Jelasnya, Trump sebagai presiden bagi penggal kedua ini juga akan merumitkan konflik dunia termasuk di Laut China Selatan. #DialogTigaPenjuru
Thu Nov 07 2024
Dialog Tiga Penjuru: Trump 2.0, Apa Nasib Gaza?

Dialog Tiga Penjuru: Trump 2.0, Apa Nasib Gaza?

Donald Trump kembali ke White House, sejauh mana janji untuk menghentikan perang ke atas Gaza dapat direalisasikan atau sekadar retorik? Apa pula tumpuan Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab-Islam di Riyadh 11 November ini? Cadangan resolusi penyingkiran Israel daripada UN, adakah semudah dijangka? Dialog Tiga Penjuru Khamis 8.30 malam
Thu Nov 07 2024
Susulan pengharaman UNRWA, Israel wajar dilucutkan keanggotaan PBB - GPM

Susulan pengharaman UNRWA, Israel wajar dilucutkan keanggotaan PBB - GPM

Pengerusi Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Dr. Jufitri Joha berkata Israel wajar dilucutkan keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) susulan tindakan negara haram itu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi menyekat operasi Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA). Jelasnya, tindakan tersebut adalah wajar berikutan pelanggaran berterusan Israel terhadap undang-undang antarabangsa. #DialogTigaPenjuru
Thu Oct 31 2024
Israel haramkan UNRWA untuk nafikan hak rakyat Palestin pulang ke tanah air – MERCY Malaysia

Israel haramkan UNRWA untuk nafikan hak rakyat Palestin pulang ke tanah air – MERCY Malaysia

Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faisal Mohd Perdaus berkata tindakan Israel meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi menyekat operasi Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA) adalah untuk menafikan hak rakyat Palestin pulang ke tanah air. Jelasnya, dendam Israel terhadap badan dunia itu telah lama membuak kerana keberadaan pertubuhan itu mengesahkan kekejaman yang menimpa penduduk Palestin. #DialogTigaPenjuru
Thu Oct 31 2024
Israel dijangka lancarkan operasi ke kem pelarian, susulan pengharaman UNRWA - MAHAR

Israel dijangka lancarkan operasi ke kem pelarian, susulan pengharaman UNRWA - MAHAR

Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari berkata Israel dijangka akan melancarkan operasi ketenteraan keatas kem-kem pelarian yang diuruskan oleh Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA), selepas badan dunia itu dinyahkan daripada bumi Palestin. Jelasnya, Rang Undang-undang (RUU) yang diluluskan bagi mengharamkan pertubuhan berkenaan adalah bagi memastikan Israel tidak dipertanggungjawabkan keatas sebarang kezaliman yang bakal berlaku kelak di fasiliti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan. #DialogTigaPenjuru
Thu Oct 31 2024
Dialog Tiga Penjuru: Pengharaman UNRWA, zionis putuskan ‘talian hayat’ Gaza

Dialog Tiga Penjuru: Pengharaman UNRWA, zionis putuskan ‘talian hayat’ Gaza

Apa lagi Zionis? Terbaru mereka mengharamkan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) daripada beroperasi. #UNRWA yang ditubuhkan oleh #PBB telah memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan dan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dan pelarian di seluruh Asia Barat. Bagaimana masyarakat antarabangsa harus bertindak segera?
#DialogTigaPenjuru 830 mlm ini.
Thu Oct 31 2024
Dialog Tiga Penjuru: Belanjawan 2025 | Siapa golongan ‘maha kaya’

Dialog Tiga Penjuru: Belanjawan 2025 | Siapa golongan ‘maha kaya’

Siapa sebenarnya golongan ‘maha kaya’ dan bagaimana mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara?

Bagaimana boleh kita fahami tindakan kerajaan untuk mengenakan cukai dividen dan menarik subsidi petrol untuk golongan ‘maha kaya’ dalam #Belanjawan2025?

Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam


Thu Oct 24 2024
Netanyahu teruskan perang untuk selamatkan tengkuk sendiri - Pakar

Netanyahu teruskan perang untuk selamatkan tengkuk sendiri - Pakar

Pensyarah Pengajian Sejarah Queen Mary University of London, Dr. Rowena Abdul Razak berkata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meneruskan perang ke atas Palestin dan Lubnan semata-mata untuk mengelakkan dirinya digulingkan melalui proses demokrasi dan politik dalaman. Jelasnya, Netanyahu ketika ini berdepan banyak bangkangan yang boleh membawa kepada pertuduhan mahkamah dan pemenjaraan. #DialogTigaPenjuru
Thu Oct 17 2024
Israel gunakan Doktrin Dahiya, gempur Lubnan – Bekas Duta Besar ke Lubnan

Israel gunakan Doktrin Dahiya, gempur Lubnan – Bekas Duta Besar ke Lubnan

Bekas Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Datuk Dr. Ilango Karuppannan berkata Israel menggunakan Doktrin Dahiya dalam operasi ketenteraannya ke atas Lubnan dengan menyasarkan infrastruktur dan lokasi tumpuan awam. Jelasnya, doktrin ini dengan sengaja menyasarkan nadi ekonomi agar orang awam memberontak dan menggulingkan Hezbollah. #DialogTigaPenjuru
Thu Oct 17 2024
Ketidakstabilan Asia Barat, vakum kuasa memudahkan penguasaan kuasa asing – IRIS Institute

Ketidakstabilan Asia Barat, vakum kuasa memudahkan penguasaan kuasa asing – IRIS Institute

Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata ketidakstabilan yang melanda Asia Barat boleh membawa kepada vakum kuasa yang memudahkan penguasaan kuasa asing di rantau berkenaan. Jelasnya, senario ini merupakan cita-cita kuasa-kuasa besar bagi mendapatkan akses kepada sumber bumi di negara-negara bergolak terbabit. #DialogTigaPenjuru
Thu Oct 17 2024
Dialog Tiga Penjuru: Israel Menggila Di Lubnan, Tentera Pengaman Diserang

Dialog Tiga Penjuru: Israel Menggila Di Lubnan, Tentera Pengaman Diserang

Israel terus angkuh dan melampaui batas menyerang tentera pengaman UNIFIL, bagaimana dunia seharusnya bertindak?

Sejauh mana undang-undang antarabangsa boleh beri jaminan keselamtan UNIFIL yang kekal di semua kedudukan walau diserang oleh Israel?

Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Thu Oct 17 2024
Dialog Tiga Penjuru: Adakah ICJ, ICC gagal sekat Israel?

Dialog Tiga Penjuru: Adakah ICJ, ICC gagal sekat Israel?

Memasuki tahun kedua genosid di Gaza, apa sebab rejim Zionis begitu ‘kebal’ daripada sistem undang-undang antarabangsa?

Apa lagi tindakan undang-undang boleh diambil untuk heret Israel ke muka pengadilan dunia atas jenayah genosid dan perang kemanusiaan?

Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Thu Oct 10 2024
Dialog Tiga Penjuru: Perang Asia Barat, ‘endgame’ Zionis?

Dialog Tiga Penjuru: Perang Asia Barat, ‘endgame’ Zionis?

Perang makin meluas di Asia Barat, sejauh mana peranan dunia mengurangkan ketegangan konflik dan apa cabaran terbesar dalam menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa terutama berkaitan dengan kepentingan dan perlindungan orang awam? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Thu Oct 03 2024