UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Carian mengenai topik jabatan-pendidikan-negeri-melaka

Dapatkan berita terkini mengenai jabatan-pendidikan-negeri-melaka dari Astro Awani

#AWANIJr: Usia bukan penghalang cinta

#AWANIJr: Usia bukan penghalang cinta

Penampilan pertama Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, Joshua Goh,12, dalam Program Jom Baca Bersama 10 minit yang dilaksanakan serentak di seluruh negara secara dalam talian pada 23 April 2020 di kediaman masing-masing.Warga SK Duyong juga turut serta dalam program ini secara atas talian. Siaran TVPS Hang Tuah Channel pada kali ini sangat istimewa dengan penampilan khas Dr Mohd Azam Ahmad, Pengarah JPN Melaka yang memberikan komentar hasil dapatan Program Jom Baca Bersama 10 minit peringkat Negeri Melaka, yang mana 90 peratus penyertaan dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Beliau berharap program membaca ini diperluaskan lagi dalam apa jua bentuk atau kaedah pembacaan agar setiap lapisan masyarakat didik dengan tabiat suka membaca sejak dari kecil.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
Sat Mar 19 2022
#AWANIJr: Guru bersetanjak berbicara

#AWANIJr: Guru bersetanjak berbicara

"Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu" begitulah tema Hari Guru Tahun 2020. Walaupun dalam tempoh PKPB, Pengacara Hang Tuah Channel, Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul Izwan, 12, menyulami jasa-jasa guru SK Duyong dalam mendidik anak bangsa.

Hj Mohd Fares Hj Mustafa selaku Guru Besar SK Duyong menzahirkan rasa terima kasih atas khidmat bakti warga guru terutama dalam mendepani normal baharu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau berharap para guru sentiasa memegang amanat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Dr Mohd Azam Ahmad yang mahukan para guru berubah mengikut perkembangan semasa dalam mendidik para pelajar.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
Sat Mar 19 2022
#AWANIJr: Lambaian kasih, tuan

#AWANIJr: Lambaian kasih, tuan

"Jasamu dikenang, budimu disanjung" , begitulah ungkapan yang dapat disimpulkan kepada Timbalan Pengarah JPN Melaka , Tn Hj Mohd Rashid Hj Sidek,60 , yang telah bersara wajib . TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong, Melaka telah dijemput untuk bersiaran dalam majlis bersejarah ini buat kali pertama di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel NurAfiqah Auni Mohd Zaidy, 12, berkesempatan menemubual beliau yang menitipkan pesanan kepada warga pendidik Negeri Melaka. Persaraan beliau merupakan satu kehilangan besar kepada JPN Melaka serta seluruh warga pendidik negeri Melaka kerana beliau merupakan penggerak Program NILAM Negeri Melaka. TVPSS Hang Tuah Channel dan warga SK Duyong mengucapkan "Selamat Bersara Tuan & Terima Kasih".
Wed Mar 16 2022
#AWANIJr: Waris Hang Tuah diiktiraf

#AWANIJr: Waris Hang Tuah diiktiraf

Pemilihan silat seni sebagai kebitaraan Sekolah Kebangsaan Duyong, Melaka tidak dapat disangkal lagi. Pasukan Silat Seni SK Duyong bersama SMK Munsyi Abdullah telah membantu Pasukan Silat Seni Negeri Melaka merangkul Juara Keseluruhan Pertandingan Silat Seni Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 12-14 September di Manjung, Perak. Malahan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka turut mengiktiraf kejayaan ini dengan berkongsi kejayaan Pasukan Silat Seni Negeri Melaka dalam Perhimpunan Bulanan JPN buat pertama kalinya setelah 5 tahun Silat Seni menyumbang dalam kemenjadian murid di SK Duyong,Melaka. Detik ini dirakamkan oleh Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel NurAfiqah Auni Mohd Zaidy,12 bersama jurukamera Hang Tuah Channel Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,11 di Dewan Bestari, JPN Melaka.
Wed Mar 16 2022
Seks dalam kelas: Jabatan Pendidikan Negeri diarah siasat segera

Seks dalam kelas: Jabatan Pendidikan Negeri diarah siasat segera

Jabatan Pendididkan Negeri Melaka dan Daerah diarah untuk menyiasat dakwaan kononnya dua pekerja pembersihan melakukan seks di dalam bilik darjah.
Sat Feb 13 2016