UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Carian mengenai topik dasar-luar

Dapatkan berita terkini mengenai dasar-luar dari Astro Awani

Dasar luar negara harus bebas - PM Anwar Ibrahim

Dasar luar negara harus bebas - PM Anwar Ibrahim

Jelas Perdana Menteri, hubungan tradisional dengan AS dan Eropah akan diteruskan namun kita tidak boleh menafikan hak kita untuk menyuarakan pandangan dan hak yang mewakili sentimen rakyat Malaysia
Thu Nov 21 2024
Bekas Menteri Luar Prak Sokhonn kembali galas jawatan

Bekas Menteri Luar Prak Sokhonn kembali galas jawatan

Perdana Menteri Hun Manet telah melantik semula ahli politik veteran, Prak Sokhonn sebagai Menteri Luar yang baharu untuk memacu dasar luar negara Kemboja, lapor Fresh News.
Tue Nov 19 2024
Kekejaman zionis: EU kecam serangan Israel hingga 15 paramedik maut di Lubnan

Kekejaman zionis: EU kecam serangan Israel hingga 15 paramedik maut di Lubnan

Kesatuan Eropah (EU) mengecam serangan rejim Israel di Baalbek, Lubnan pada Jumaat.

Ketua dasar luarnya, Josep Borrell menerusi hantaran di X berkata, serangan ke atas petugas kesihatan dan kemudahan perubatan adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Sat Nov 16 2024
Penyertaan BRICS, strategi Malaysia kurangkan risiko global - Pakar

Penyertaan BRICS, strategi Malaysia kurangkan risiko global - Pakar

Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, langkah Malaysia untuk menyertai BRICS menggambarkan Malaysia sentiasa cakna terhadap perubahan dalam landskap perdagangan global dan mengambil strategi bijak untuk mengurangkan sebarang risiko yang mungkin berlaku.
Mon Nov 11 2024
Nilai dasar luar di bawah kepimpinan Trump

Nilai dasar luar di bawah kepimpinan Trump

Dalam video ini, Nazri Kahar yang kini berada di Beijing, bertemu dengan Pengarah Eksekutif Institut Asia Eropah, Universiti Malaysia, Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah. Mereka membincangkan kemungkinan perubahan dasar besar di Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Donald Trump dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia, sebuah negara kecil yang bergantung kepada perdagangan. Saksikan wawancara eksklusif ini untuk memahami lebih lanjut tentang strategi yang perlu dilaksanakan oleh Malaysia dalam menghadapi perubahan global.
Fri Nov 08 2024
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar

Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar

Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Thu Nov 07 2024
Dasar luar Malaysia kekal meskipun jadi rakan BRICS

Dasar luar Malaysia kekal meskipun jadi rakan BRICS

Dasar Luar Negara yang diamalkan Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik, walaupun sudah menjadi rakan dalam gabungan BRICS baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Wed Nov 06 2024
A.S. Memilih: Siapa pun menang Pilihan Raya Presiden, dasar luar Malaysia tidak berubah

A.S. Memilih: Siapa pun menang Pilihan Raya Presiden, dasar luar Malaysia tidak berubah

Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan siapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), tidak akan mengubah dasar luar Malaysia kepada negara itu.
Wed Nov 06 2024
Dasar AS di Asia Barat dijangka kekal tanpa perubahan

Dasar AS di Asia Barat dijangka kekal tanpa perubahan

Dasar Amerika Syarikat terhadap konflik di Asia Barat, khususnya hubungan dengan Israel dan Palestin, dijangka kekal tidak berubah walaupun selepas pilihan raya presiden

Menurut Saqib Sheikh, seorang Felo Penyelidik Melawat di Asian Strategy, baik Kamala Harris mahupun Donald Trump, tidak menunjukkan indikasi akan melaksanakan perubahan ketara terhadap dasar luar Amerika Syarikat di rantau itu.
Wed Nov 06 2024
BRICS tak jejas dasar luar Malaysia

BRICS tak jejas dasar luar Malaysia

Sebagai negara berdaulat, Malaysia bebas untuk memilih organisasi yang ingin disertai, berdasarkan pertimbangan amat terperinci, yang mampu memberi manfaat kepada negara.
Wed Nov 06 2024
Dasar luar Negara tidak akan berubah - Timbalan Menteri Luar

"Dasar luar Negara tidak akan berubah" - Timbalan Menteri Luar

Timbalan Menteri Luar berkata dasar luar Malaysia tidak akan berubah walaupun menjadi rakan BRICS. "Tambahan pula, kita menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan, kita akan memainkan peranan yang hebat di peringkat antarabangsa," katanya #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Wed Nov 06 2024
AS Memilih: Jangkaan dasar luar AS pasca pilihan raya Presiden

AS Memilih: Jangkaan dasar luar AS pasca pilihan raya Presiden

Perbincangan ini membincangkan strategi Malaysia dalam mengekalkan hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Amerika Syarikat di tengah kemungkinan perubahan kepimpinan AS, dengan fokus pada keseimbangan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran geopolitik.
Wed Nov 06 2024
Fokus Minggu Depan: Impak dasar luar dan strategi Malaysia imbangi kuasa besar

Fokus Minggu Depan: Impak dasar luar dan strategi Malaysia imbangi kuasa besar

Menjelang Pilihan Raya Presiden AS; Dasar luar AS di bawah pentadbiran baharu (sama ada Kamala Harris atau Donald Trump). Bagaimana ia akan memberi kesan ke atas Malaysia dan negara lain di Asia & ASEAN. Bagaimana Malaysia dapat mengimbangi hubungan antara China, AS, Rusia.
Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, Pensyarah Kanan CMIWS, UiTM

Sun Nov 03 2024
Fokus Minggu Depan: Jangkaan Dasar Luar Washington di bawah pentadbiran baharu

Fokus Minggu Depan: Jangkaan Dasar Luar Washington di bawah pentadbiran baharu

Menjelang Pilihan Raya Presiden AS. Bagaimana jangkaan hubungan AS dan Malaysia termasuk negara ASEAN di bawah kepimpinan baharu AS; sama ada Kamala Harris atau Donald Trump yang dipilih jadi presiden.
Sat Nov 02 2024
Indonesia nyatakan hasrat sertai gabungan BRICS

Indonesia nyatakan hasrat sertai gabungan BRICS

Indonesia menyatakan hasratnya untuk menyertai kumpulan BRICS. Menerusi Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan berkata, hasrat tersebut merupakan manifestasi kepada dasar luarnya yang bebas.
Fri Oct 25 2024