Tahap pengadilan Liga M, ranking dunia skuad kebangsaan dan susulan kepulangan pemain remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor antara tumpuan utama media arus perdana minggu ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penagdil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Astaman Abdul Aziz melontarkan pendekatan untuk memperkenalkan sistem merit bagi memantau tahap pengadilan pemain tempatan.
Pedekatan ini jelas satu langkah positif, kerana ia memberi kesedaran buat pengadil bahawa mereka sentiasa dipantau dan tindakan boleh diambil sekrianya melakukan kesilapan besar dalam mana-mana perlawanan.
Aksi Selangor-ATM pada pusingan pertama Piala FA lalu, mencuri tumpuan kerana pengadil perlawanan itu, membatalkan layangan kad merah kepada pemain Selangor Abdul Shukor Jusoh dan tamat perlawanan, situasi menjadi tegang antara pemain kedua-dua pasukan tersebut.
Kesilapan seperti ini, tidak wajar berlaku pada saingan di peringkat Liga M yang sudah pun profesional sejak 1994 dan sudah pasti, ia turut menjejaskan imej dan kredibiliti pengadil tempatan.
Justeru, pendekatan yang bakal diambil Jawatankuasa Pengadil FAM adalah tepat pada masanya.
Rangking dunia FIFA skuad senior kebangsaan yang dikeluarkan minggu ini, menunjukkan kemerosotan daripada 158 dunia ke 159 dunia, tetapi ia mungkin sudah dijangka selepas kekalahan di tangan Qatar, pada aksi pertama kelayakan Piala Asia.
Saya percaya ramai peminat masih tidak meneydari, mengapa ranking dunia skuad kebangsaan masih merudum walaupun kita sudah meraih kejuaraan Piala Suzuki AFF dan dua kali berturut-turut meraih emas Sukan Sea.
Penjelasannya mudah sebenarnya, perlawanan di Piala Suzuki AFF hanya diiktiraf FIFA sebagai aksi persahabatan antarabangsa dan ia tidak memberi pungutan mata yang banyak berbanding, aksi di kejohanan utama anjuran FIFA atau AFC, seperti kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia, serta perlawanan di pusingan akhir kedua-dua kejohanan itu.
Saingan peringkat Sukan Sea pula terbatas buat skuad bawah 23 tahun kebangsaan dan pungutan mata ranking FIFA tidak merangkumi saingan pringkat ini.
Ada kemungkinan besar, ranking kita akan lebih baik seandainya, skuad kebangsaan berjaya menewaskan Singapura ketika pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada 2011 dan mara, sehingga pusingan ketiga atau keempat kelayakan Piala Dunia.
Kerana faktor ini, saya tidak bersetuju dengan kenyataan pengendali kebangsaan, Datuk K Rajagobal sebelum ini, yang mengatakan "Ranking Tidak Penting".
Minggu ini juga, saya dijemput rancangan Sorakan 12 terbitan Astro Arena yang dihoskan bekas pelatih di meja sukan Astro Awani, Ahmed Sharazad Sani dan topik perbincangan berkisar terhadap skuad kebangsaan di kelayakan Piala Asia dan juga pemain natrulisasi.
Dalam rancangan itu, saya menekankan bahawa skuad negara kini tiada pilihan lain, selain daripada meraih kemenangan dalam aksi kedua kelayakan berdepan Yemen pada 22 Mac.
Kekalahan pada perlawanan itu mungkin, menyulitkan impian dan sasaran Rajagobal untuk mara ke pusingan akhir di Australia yang juga sasaran utamanya selepas kejayaan Piala Suzuki 2010 dan kegagalan di kelayakan Piala Dunia 2014.
Seperti peminat tempatan, sudah pasti masih terdapat secebis harapan melihat Harimau Malaya kembali mengaum di Stadium Shah Alam apabila berdepan Yemen, biarpun masih terdapat kelemahan yang didedahkan ketika berdepan Qatar tempoh hari.
Hakikatnya, kita sebenarnya belum menunjukkan kemajuan di peringkat antarabangsa sejak kejayaan di Piala Suzuki 2010 dan kegagalan di kelayakan Piala Dunia serta kekalahan pertama di kelayakan Piala Asia tampak menyokong hujah ini.
Kerana itu dalam rancangan Sorakan 12, saya setuju dengan cadangan mengambil pemain natrulisasi bagi perancangan jangka pendek berkesan buat peningkatan skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa.
Bukan mahu memperkecilkan kemampuan pemain kebangsaan dalam skuad kebangsaan, tetapi saya percaya kemasukan pemain natrulisasi berkualiti turut mampu membantu perkembangan pemain-pemain negara dengan memberi panduan dan teladan di atas padang.
Namun, biarlah pemain natrulisasi yang diambil mempunyai tahap keupayaan dan pengalaman yang lebih tinggi berbanding pemain tempatan demi kemajuan skuad kebangsaan.
Apa pun, satu kekangan utama dalam mengambil pemain natrulisasi ialah soal kewarganegaraan.
Malaysia tidak membenarkan warga negaranya, memegang warga negara dua negara dan ia peraturan yang wajar kita hormati.
Justeru, jika FAM mahu sekali pun mengambil pemain natrulisasi, pemain-pemain yang ditawarkan tempat mungkin akan berfikir panjang kerana pemain tersebut perlu melepaskan taraf kerakyatan asalnya.
Di negara maju seperti Portugal dan juga Sepanyol, pemain natrulisasi seperti Pepe, Deco dan juga Marcos Sena masih memegang taraf kerakyatan Brazil.
Mungkin faktor pengambilan pemain natrulisasi tidak akan timbul, sekiranya kita mempunyai ramai pemain yang beraksi di luar sempadan Liga M.
Dalam senarai skuad kebangsaan kini, hanya Safee Sali mempunyai pengalaman itu, hasil dua musim mengerah kudrat dalam kancah Liga Super Indonesia bersama Pelita Jaya.
Namun, kemelut dalaman bola sepak republik itu, memaksa bekas pemain Selangor itu untuk pulang dan kini bersama Johor Darul Takzim dalam saingan Liga Super.
Kerana itu, secara peribadi saya kecewa apabila Nazmi Faiz Mansor pulang secara mengejut dari Portugal.
Minggu ini, media arus perdana tempatan mendapat penegsahan dari kelab Nazmi di Portugal,S-C Beira Mar bahawa dia minta untuk pulang atas faktor peribadi.
Selaku penulis sukan, saya berharap Nazmi akan mempamerkan pengalaman yang diraih apabila mula beraksi dengan PKNS Selangor dalam Liga Super, April ini dan terus merintis kemungkinan untuk kembali beraksi di luar negara.
Mungkin Nazmi terlebih dulu, wajar mensasarkan tempat dengan kelab-kelab Liga Perdana Thailand, yang mempunyai tempat dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.
Jika berjaya, mungkin dia mampu menarik perhatian kelab-kelab Liga J atau Liga K sebelum merintis kemungkinan untuk kembali ke bumi Eropah.
Seandainya gagal, nama pemain muda dari Kuala Lumpur ini mungkin akan hanya memasuki lipatan sejarah bola sepak negara, sebagai satu lagi prospek yang gagal menyerlah di luar negara.
Fadzrie Hazis
Sat Feb 16 2013

#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Sistem merit pantau tahap pemain tempatan
Tahap pengadilan Liga M, ranking dunia skuad kebangsaan dan susulan kepulangan pemain remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor antara tumpuan utama media arus perdana minggu ini.