ISU kepulangan pemain remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor pasti menjadi tajuk utama media arus perdana untuk sekurang-kurangnya sebulan.
Meskipun PKNS Selangor sudah mengesahkan kemasukan Nazmi bersama kelab Selangor itu, persoalan utama,.. iaitu mengapa dia mahu menamatkan kontrak dengan SC Beira Mar, tidak dijawab ketika sidang media pada Sabtu.
Sehari sebelum sidang media itu, hampir kesemua media arus perdana melaporkan rasa kecewa pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee serta Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad terhadap kepulangan mengejut Nazmi.
Secara tidak langsung, ia mungkin menimbulkan prasangka kurang baik terhadap Nazmi.
Namun, sumber yang rapat dengan Nazmi mendedahkan faktor sebenar mengapa permata muda bola sepak negara itu, mengambil keputusan untuk pulang dan menerima lamaran PKNS Selangor.
S-C Beira Mar yang berpangkalan di Aveiro sebenarnya menghadapi masalah kewangan dan ia mungkin kesan daripada krisis kewangan Euro yang turut melanda Portugal selain Greece.
"Tiada siapa yang tahu, Nazmi hanya menerima 500 euro untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan keadaan itu amat menyulitkannya," kata sumber itu.
Nazmi juga dikatakan terpaksa keluar dari kediamannya dan menumpang di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mempunyai wang untuk membayar sewa.
Difahamkan bapa Nazmi, Mansor Mustapha ada merujuk kepada FAM mengenai kemungkinan membawa anaknya pulang dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda A kendalian Kim Swee tidak lama sebelum ini.
Bagaimanapun, FAM dikatakan sukar membayar yuran perpindahan buat Nazmi kepada Beira-Mar yang dianggarkan sekitar 50,000 euro dan ia mendorong Mansor, untuk berbincang dengan PKNS atas nasihat ejen Nazmi, Marco Guimareas.
Justeru, kesimpulan isu ini adalah mudah, iaitu PKNS sedia membayar yuran perpindahan dan Mansor mahu mengambil pendekatan terbaik demi menyelamatkan karier anaknya.
"Mansor risau dengan situasi anaknya di Portugal dan tidak mahu karier Nazmi terjejas hanya kerana Biera Mar menghadapi masalah kewangan.
"Kerana itu, dia mengambil keputusan membawa anaknya pulang dengan PKNS sebagai pasukan baru Nazmi.
"Meskipun kembali ke saingan Liga M, sudah pun terdapat usaha membawa Nazmi kembali ke luar negara pada masa depan dan PKNS, turut menyuarakan kesedian melepaskannya jika mendapat peluang yang baik," kata sumber yang rapat dengan Nazmi itu.
Tindakan Mansor dan juga Guimareas mungkin tampak membelakangi FAM, tetapi ia adalah mengikut garis panduan sah FIFA dalam urusan jual beli pemain seperti yang dinyatakan ejen itu.
Apa pun, diharapkan FAM selaku badan induk bola sepak negara bersikap telus dengan pengurusan PKNS dalam usaha kelab itu menurunkan Nazmi untuk saingan Liga Super.
PKNS selaku pasukan baru Nazmi pula, wajar melepaskan pemain itu jika dia menerima tugasan bersama skuad kendalian Kim Swee selepas ini.
Perkembangan ini memberi gambaran jelas,....bahawa Nazmi pulang bukan kerana masalah peribadi seperti digembar-gemburkan dan juga bukan kerana tawaran lumayan PKNS.
Presiden Kelab Bola Sepak PKNS Selangor, Noor Hisham Ghouth sebelum ini mengakui akan merujuk dengan FAM, kerana mahu segera menurnkan Nazmi untuk aksi Liga Super berdepan Felda United 16 Febuari depan.
Kelab itu, melabel Nazmi sebagai pemain amatur bawah umur 21 tahun yang boleh segera didaftarkan dalam pasukan.
Namun, FAM dijangka mempunyai hujah tersendiri untuk tidak segera memberi kelulusan buat Nazmi beraksi.
Terdapat kemungkinan besar, FAM tidak akan mengiktiraf Nazmi sebagai pemain amatur bawah 21 tahun kerana dia sudah mempunyai kontrak profesional bersama Beira-Mar.
Jika ini berlaku, Nazmi akan hanya boleh diturunkan pada April, apabila pintu perpindahan kedua pemain Liga M dibuka dan pemain ini tidak akan beraksi dalam saingan kompetitif untuk tempoh dua bulan.
Justeru, di sini perlu ada tolak ansur dari semua pihak terbabit bagi memastikan karier Nazmi tidak terjejas selepas pulang ke tanahair.
Harapan penulis ialah, Nazmi meraih pengalaman berharga dengan kepayahan yang dilalui di bumi Portugal dan terus berusha mengembangkan karier di luar negara selepas ini.
Jika Nazmi meraih peluang kedua ke Eropah selepas ini,..pemain dari Lembah Keramat ini pasti lebih matang untuk mengharungi kesukaran bergelar pemain profesional di benua itu.
Fadzrie Hazis
Sat Feb 02 2013
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Krisis kewangan punca Nazmi Faiz pulang ke Malaysia?
Meskipun PKNS Selangor sudah mengesahkan kemasukan Nazmi bersama kelab itu, persoalan utama,iaitu mengapa dia mahu menamatkan kontrak dengan S-C Beira Mar, tidak dijawab.
Nazmi Faiz mengaku sukarela tamatkan kontrak dengan kelab Portugal
Selepas heboh mengenai kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor ke tanah air, pemain itu tampil membuat penjelasan bagi menjawab persoalan yang bermain kalangan peminat sukan tempatan.