Kelab bolasepak ternama Inggeris, Liverpool, mengiktiraf tahap sokongan peminat mereka yang tinggi seperti di Indonesia menjadi sebab Liverpool berstatus kelab terkemuka di dunia.

Sehubungan itu, Liverpool yang sedang dalam siri kunjungan jelajah Asia tiba buat kali pertama dalam sejarah kelab mereka di Jakarta petang Rabu.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, dalam sidang akhbarnya awal petang Khamis mengakui sokongan hebat penyokong sejak tiba di lapangan terbang lagi menyedarkan beliau dan pemain Liverpool betapa pentingnya amanah untuk menghormati dan memelihara status istimewa ini.

Brendan Rogers
Brendan Rodgers: "Indonesia mempunyai kelab peminat LFC terbesar di dunia"

Bagi Brendan, jumlah peminat di Indonesia yang begitu besar jumlahnya dan keghairahan sokongan yang mengkagumkan menjadi antara perbincangan utama beliau dengan pemain.

"Sebagai pengurus bolasepak, saya berasa amat bangga mendapat penghormatan untuk berada di sini. Terutamanya ini kunjungan sulung. Liverpool (FC) tidak pernah ke sini. Ini negara yang hebat dan saya begitu teruja untuk beberapa hari mendatang ini."

Brendan,Liverpool
Sebahagian wartawan yang sabar menunggu sebelum berlangsungnya sidang media

Mengulas mengenai pertemuan Liverpool dengan pasukan impian (dream team) Indonesia Sabtu ini, Brendan sudahpun membuat penelitian terhadap strategi dan kekuatan pasukan lawan walaupun perlawanan itu sebenarnya sebahagian daripada persiapan fizikal pasukannya untuk musim baru Liga Perdana Inggeris.

"Berkenaan pasukan lawan, terdapat beberapa pemain yang menjadi ancaman. Jelas sekali penyerang mereka yang cukup baik dan beberapa pemain yang bakal kembali daripada skuad bawah 23 tahun. Kami akan cukup berwaspada. Bagaimanapun ini sebahagian persiapan fizikal pasukan dan ia tentunya suatu ujian getir bagi kami dalam aspek itu."



"Berkenaan pasukan lawan, terdapat beberapa pemain yang menjadi ancaman. Jelas sekali penyerang mereka yang cukup baik dan beberapa pemain yang bakal kembali daripada skuad bawah 23 tahun. Kami akan cukup berwaspada. Bagaimanapun ini sebahagian persiapan fizikal pasukan dan ia tentunya suatu ujian getir bagi kami dalam aspek itu."

Brandan dan Liverpool
Sebahagian peminat bolasepak Liverpool di luar dewan sidang akhbar

Perlawanan bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta dan dijangka akan di hadiri penyokong tegar Liverpool di Indonesia dengan jumlah melebihi 60 ribu orang walaupun asalnya terdapat kekhuatiran terhadap minat kehadiran di bulan Ramadan.


Nora, Wartawan Jakarta TV