1. Perasaan rendah diri (inferiority complex) rakyat Malaysia sukar dikikis.
2. Pengenalan slogan “Malaysia Boleh” berjaya sedikit sebanyak meningkatkan kepercayaan rakyat Malaysia akan kebolehan mereka. Tetapi masih ramai yang anggap orang lain terutama yang berkulit putih serba boleh sehingga tidak percaya ada apa-apa kelemahan pada mereka.
3. Dalam bidang pembuatan kereta, British sudah tidak berupaya lagi. Jenama seperti Morris, Singer, Standard, Austin, sudah megaku kalah dan tidak dikeluarkan lagi. Kereta mewah British yang ada seperti Rolls Royce, Bentley dimiliki dan dibuat oleh orang Jerman. Jaguar dan Rover dimiliki oleh Tata, India.
4. Di Amerika Syarikat, Detroit, bandar otomobil yang dahulu mengeluarkan berjuta-juta kereta sekarang sudah bankrap dan tidak lagi mengeluarkan apa-apa kereta. Semua kilang ditutup dan pekerja berpindah ke tempat lain.
5. Kita akui Jepun dan Korea sudah jadi pengeluar kereta berkualiti.
6. Tetapi hanya 30 tahun dahulu kereta Jepun dikatakan dibuat dari tin Milo, dan kualitinya amat rendah. Kereta Korea juga tidak dapat dijual di Malaysia dan di pasaran dunia kerana kualiti rendah.
7. Sekarang China mengeluarkan kereta dan kita import kereta mereka. Tetapi tak ramai orang Malaysia membeli kereta China. Satu hari kita semua akan beli kereta China kerana ia tidak diperbuat oleh orang Malaysia.
8. Proton berusia 28 tahun. Tetapi kereta pertamanya laris di jual dan hingga kini masih dilihat di jalan-jalan. Memanglah kualiti kurang baik pada mula tetapi pengeluaran Saga pertama diteruskan hampir 15 tahun kerana permintaan daripada rakyat Malaysia.
9. Ada kala kecacatan terdapat seperti cermin tingkap tidak dapat dibuka atau ditutup. Proton dapat sistem cermin automatik dari pembekal asing. Hari ini masalah ini tidak ada lagi. Lain-lain kecacatan juga sudah diperbaiki. Perkara seperti ini berlaku juga kepada jenama Jepun hingga terpaksa ditarik balik ratusan ribu. Sesiapa pun di Malaysia tidak berhenti membeli jenama Jepun ini. Sebabnya kerana buatan bukan Malaysia.
10. Jangan perkecil kebolehan jurutera dan pekerja Malaysia – terutama Melayu. Mereka berkebolehan. Jika dipimpin oleh pengurusan cekap, hasil keluaran mereka amat baik. Tetapi kadang-kadang pengurusan tidak begitu cekap dan banyaklah masalah yang memberi nama buruk kepada Proton.
11. Sila cuba kereta Proton terkini, Preve dan Suprima S. Alatan yang dipasang lebih baik dan berfungsi juga lebih baik dari Proton dahulu, bahkan jenama lain.
12. Tentulah harga dinaikkan sedikit tetapi masih lebih murah dari jenama lain.
13. Kikislah kepercayaan bahawa kita, terutamanya Melayu adalah bangsa yang jahil dan tidak berkebolehan. Kita boleh. Yang menyebabkan kita kadang-kadang kurang berjaya bukan kerana tidak boleh, tetapi kerana tidak mahu. Sikap pelanggan yang tidak yakin akan kebolehan kita juga melemahkan semangat pekerja kita.
14. Manusia mana pun yang mendapat kemahiran akan jadi cekap. Kalau tidak diberi peluang mendapat kemahiran, yang pintar pun tidak dapat membukti kepakaran mereka.
15. Berlaku adillah kepada barangan dan pekerja kita. -- chedet.cc
________________________________
* Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Artikel mula diterbitkan di laman blog beliau, Chedet.cc.
** Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Tun Dr Mahathir Mohamad
Sun Jan 26 2014
![Berlaku adillah kepada barangan dan pekerja kita Berlaku adillah kepada barangan dan pekerja kita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/41390656174_120x90.jpg)
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![UMNO Selangor perlu berubah -- Dr. Mahathir Mohamad UMNO Selangor perlu berubah -- Dr. Mahathir Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/51353396378_120x90.jpg)
UMNO Selangor perlu berubah -- Dr. Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad menggariskan tiga perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO Selangor untuk kembali memenangi hati rakyat.
![ABIM minta Dr. Mahathir tarik kenyataan dan bertaubat ABIM minta Dr. Mahathir tarik kenyataan dan bertaubat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71366538330_295x200.jpg)
ABIM minta Dr. Mahathir tarik kenyataan dan bertaubat
Sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya berhati-hati mengulas soal perundangan syariah, kata ABIM.
![Isu Memali: Dr. Mahathir jawab Musa Hitam Isu Memali: Dr. Mahathir jawab Musa Hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/51367936874_295x200.jpg)
Isu Memali: Dr. Mahathir jawab Musa Hitam
Dr. Mahathir kata beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya itu menasihati beliau supaya menangguhkan lawatan kerja ke China.
![Kenapa Musa Hitam buka semula cerita Memali? Kenapa Musa Hitam buka semula cerita Memali?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/81396712235_120x90.jpg)
Kenapa Musa Hitam buka semula cerita Memali?
Sejarah yang betul itu penting bagi Musa kerana ia melibatkan nama baiknya. Tetapi apakah ertinya kepada sejarah negara ini?
![Musa Hitam perjelaskan lagi isu Dr M dan Memali Musa Hitam perjelaskan lagi isu Dr M dan Memali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/41395991205_295x200.jpg)
Musa Hitam perjelaskan lagi isu Dr M dan Memali
Kenyataan media Tun Musa Hitam berhubung isu Memali susulan majlis diskusi anjuran kerajaan negeri Kelantan bertemakan Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang
![MH370: Tun M pertahan usaha pihak berkuasa Malaysia MH370: Tun M pertahan usaha pihak berkuasa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/51367936874_295x200.jpg)
MH370: Tun M pertahan usaha pihak berkuasa Malaysia
Katanya, mengkritik memang mudah tetapi apa yang berlaku tidak pernah terjadi sebelum ini.
![Anti Hadis Anti Hadis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51362050981_295x200.jpg)
Anti Hadis
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dilabel sebagai penyokong Kassim Ahmad memberikan pandangannya tentang isu anti hadis.
![Berlaku adillah kepada barangan dan pekerja kita Berlaku adillah kepada barangan dan pekerja kita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/41390656174_120x90.jpg)
Berlaku adillah kepada barangan dan pekerja kita
Tun Dr. Mahathir Mohamad menulis tentang sikap rakyat tempatan kepada kereta nasional, Proton.
![BN boleh kalah PRU-14 kalau perkenal semula ISA, kata Saifuddin Abdullah BN boleh kalah PRU-14 kalau perkenal semula ISA, kata Saifuddin Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/61360735554_295x200.jpg)
BN boleh kalah PRU-14 kalau perkenal semula ISA, kata Saifuddin Abdullah
Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu berpendapat cadangan mewujudkan semula ISA itu menggambarkan pemikiran yang terkepung.
![Mustahil ISA diperkenalkan semula, kata Menteri Dalam Negeri Mustahil ISA diperkenalkan semula, kata Menteri Dalam Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387093804_295x200.jpg)
Mustahil ISA diperkenalkan semula, kata Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata kerajaan bagaimanapun sedia meneliti semula undang-undang sedia untuk penambahbaikan demi keselamatan negara.