APPLE hari ini berkongsi lanjut berkenaan kedai fizikal rasmi pertama mereka di Malaysia, dipanggil Apple The Exchange TRX.
Ia akan dibuka secara rasminya pada 22 Jun 2024 ini, sekali gus memudahkan para pengguna tempatan dalam mendapatkan pelbagai produk Apple di sana.
Selain jual-beli produk Apple, Apple Store juga mempunyai ruangan perkongsian ilmu dinamakan 'Today at Apple' dengan pelbagai sesi pembelajaran dan aktiviti berbeza, dan turut mempunyai ruangan untuk membuat temujanji khusus dalam mempelajari lanjut berkenaan sesuatu produk Apple.
Apple The Exchange TRX ini mempunyai seramai 160 tenaga kerja, dan Apple mengatakan mereka mempunyai ahli yang meliputi 10 bahasa – sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dalam bahasa yang selesa bagi mereka.
Apple turut menyatakan Apple Store di Malaysia ini menggunakan tenaga lestari sepenuhnya – seperti bangunan Apple yang lain.
Rekaan yang mesra cahaya luar digunakan, hasil penggunaan pelbagai kaca, di samping turut menggunakan siling bangunan berasaskan kayu balak.
Dengan pembukaan Apple Store di Malaysia juga, pihak Apple turut mengaktifkan Apple Pickup – membolehkan pembelian dilakukan di web Apple, dan barangan diambil-terus di Apple Store.
Amanz
Thu Jun 20 2024
![Apple Store pertama di Malaysia guna tenaga lestari sepenuhnya Apple Store pertama di Malaysia guna tenaga lestari sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718860047_AppleStore.jpg)
Seperti bangunan Apple yang lain, Apple The Exchange TRX menggunakan tenaga lestari dengan rekaan yang mesra cahaya luar, hasil penggunaan pelbagai kaca, dan siling bangunan berasaskan kayu balak. - Foto Amanz
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
Polis teruskan operasi di lokasi kedua
Polis meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah lagi kawasan di Perak.
Calon UMNO DUN Nenggiri diumum tempoh terdekat
Calon UMNO yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah seorang anak tempatan dan mempunyai jawatan dalam parti.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Apple Store pertama di Malaysia guna tenaga lestari sepenuhnya Apple Store pertama di Malaysia guna tenaga lestari sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718860047_AppleStore.jpg)
Apple Store pertama di Malaysia guna tenaga lestari sepenuhnya
Ia akan dibuka secara rasminya pada 22 Jun ini, sekali gus memudahkan pengguna tempatan mendapatkan pelbagai produk Apple.