APPLE sebelum ini telah memperkenalkan pembantu maya mereka tersendiri dinamakan Siri pada tahun 2011.
Diperkenalkan pada iPhone terlebih dahulu, ia seterusnya diperluaskan dan diintegrasikan pada Mac, selain turut hadir bersama Homepod.
Melaluinya, pengguna boleh bertanyakan soalan, dan ia akan memberikan respon berkaitan.
Namun, dengan ledakan arena kecerdasan buatan yang dikuasakan dengan model bahasa raya, Siri dilihat jauh ketinggalan berbanding perkhidmatan seperti ChatGPT dan sebagainya.
Antara kelemahan utama adalah ia tidak boleh sambung sesuatu perbualan atau pertanyaan – dan pengguna perlu bertanyakan sesuatu perkara dengan semua kata kunci sepenuhnya.
Menyedari perkara ini, Apple kini dilaporkan memfokuskan kepada pembangunan model kecerdasan buatan mereka tersendiri, dan bakal memperkenalkan Siri yang ditambah baik pada WWDC 2024 kelak.
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan – dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja.
Siri sendiri tidak menerima perubahan yang besar dari tahun ke tahun, dan pengenalan integrasi sokongan kecerdasan buatan janaan pada Siri akan membawa pelbagai kaedah penggunaan baharu.
Untuk menguasakan perkara ini juga, peranti baharu iPhone kelak dijangka hadir dengan sokongan memori lebih tinggi.
Untuk mengekalkan kelebihan dengan fokus privasi, Siri dijangka akan mengoperasikan pelbagai pertanyaan dan perbualan pada peranti, dan bukan menggunakan pelayan sepenuhnya seperti OpenAI atau Google.
Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan WWDC 2024 pada bulan Jun kelak untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan Apple melalui kemaskini Siri. -Amanz
Amanz
Sat May 11 2024
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja. -Amanz
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Apple dijangka kemas kini Siri dengan keupayaan AI generatif
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja.
Marvel Studios, Disney lancar trailer baharu siri 'Loki
Jika sebelum ini drama bersiri terbitan Disney dan Marvel Studios WandaVision berjaya menarik perhatian pengikut filem dan komik Marvel, kini tiba pula giliran Loki untuk membuat kemunculan.
Rowan Atkinson dedah tidak gemar watak Mr. Bean
Atkinson mula memegang watak komedi ikonik itu sejak era 90-an, dan sedang menyiapkan filem animasi terbaharunya.
Game of Thrones cipta rekod, terima 32 pencalonan Anugerah Emmy
GoT sudah memegang rekod sebagai siri yang paling banyak memenangi trofi Emmy, dengan 42 kemenangan.