Tidak asing dengan inovasi h'eadphone', cermin mata, telefon pintar, tablet dan sebagainya..penyanyi dan usahawan teknologi, will.i.am terus bereksperimentasi kali ini melalui jam tangan.

Bekas anggota kumpulan Black Eyed Peas itu melancarkan jam pintar yang membolehkan seseorang membuat panggilan telefon, menghantar pesanan ringkas melayari laman media sosial serta mendengar muzik.

Peranti itu dinamakan Puls.

will.i.am mengambil masa lebih dua tahun untuk merealisasikan ciptaan ini bersama pasukan jurutera syarikatnya, i.am+.

Tidak seperti jam pintar lain, Puls tidak perlu dipadankan bersama telefon pintar kerana ia mampu berfungsi sendiri.

Malah penggunaan baterinya juga agak lama iaitu selama 5 jam.

Berukuran dua inci lebar dengan bentuk unik dan menepati citarasa masa kini, Puls turut dilengkapi dengan kawalan suara menyerupai Apple Siri yang digelar Aneeda.

Bagaimanapun masih belum dapat dipastikan bila peranti itu akan menjengah pasaran tempatan.

puls

(Gambar dari laman web rasmi will.i.am)