Beck menjadi perbualan hangat di media sosial selepas memenangi kategori album terbaik pada Anugerah Grammy ke-57.

Ada pihak yang tidak mengiktiraf atau mengenali Beck, walaupun penyanyi, pemuzik dan penerbit itu sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam industri muzik.

Rapper, Kanye West pula menyatakan Beck sepatutnya menghormati hasil seni dan memberikan anugerah album terbaik yang dimenanginya kepada Beyonce.

Beck mengatasi bukan sahaja Beyonce, malah menewaskan Ed Sheeran, Sam Smith dan Pharrell Williams dalam kategori album terbaik.

Bagi yang mengenali Beck, mereka menganggap ia satu penghormatan yang tinggi kepadanya. Bagaimana pula dengan anda?

Adakah album Morning Phase oleh Beck layak untuk memenangi anugerah album terbaik?