Twitter hari ini mengumumkan pengambilalihan sebuah syarikat pemasaran mobile dari india iaitu Zipdial.
Pengambil alihan itu dianggap sebagai satu petanda baik bagi ekosistem keusahawanan di India memandangkan Twitter dianggap sebagai satu syarikat global berprofil tinggi.
Menurut Forbes, pengambilalihan itu bernilai hampir AS$30 juta.
Pengumuman pengambilalihan itu dibuat melalui blog rasmi dan Twitter india hari ini.

Walaupun Zipdial masih dianggap sebagai syarikat start-up, platform pemasaran secara mobile mereka dianggap berpotensi dalam jangka masa panjang.
Zipdial membolehkan pengguna membuat panggilan tidak terjawab atau 'missed-call' ke sesuatu nombor.
Selepas menghubungi semula, pengguna akan menerima maklumat lanjut mengenai sesuatu jenama atau tawaran dalam bentuk SMS.
Zipdial merupakan salah satu perkhidmatan dengan fokus terhadap negara membangun memandangkan pengguna mungkin tidak mempunyai servis data tetapi mereka masih boleh kekal mendapatkan info tentang sesuatu tawaran produk atau perkhidmatan.
Menurut Twitter dengan pengambil-alihan Zipdial, mereka akan membolehkan lebih ramai pengguna dari seluruh dunia mendapatkan kandungan relevan daripada Twitter pada telefon bimbit.