Usaha para selebriti ini sedikit sebanyak mempengaruhi pengikut mereka yang ramai di laman sosial untuk melakukan perkara sama.
Antara yang mendoakan keselamatan buat penumpang dan kru QZ8501 ialah pengacara dan pelakon, Awal Ashaari.

Pengacara TV, Datuk Aznil Haji Nawawi juga menginsafi insiden yang berlaku dan menggunakan #islamkembalibersatu

Penyanyi terkemuka, Datuk Siti Nurhaliza dan pelakon, Erra Fazira turut berkongsi doa mereka di Instagram.

