Apakah yang berlaku dalam pertemuan semula antara dua kekasih, Rangga dan Cinta selepas 12 tahun penamat filem ikonik Ada Apa Dengan Cinta?
Pasti ramai yang masih mengingati pesona filem cinta remaja, Ada Apa Dengan Cinta yang pernah ditayangkan pada 2002.
Aplikasi permesejan sosial, LINE Indonesia membawakan drama mini Ada Apa Dengan Cinta 2014.. sambungan kepada kisah Rangga dan Cinta selepas pertemuan terakhir mereka di lapangan terbang di mana Rangga bertolak ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran di sana.
Baru dimuatnaik semalam (6 November) di laman Youtube LINE Indonesia, sekuel itu mengumpul lebih 92 ribu tontonan.
Siri iklan dalam bentuk drama mini ini menyaksikan Rangga, lakonan Nicolas Saputra kini bekerja sebagai wartawan di New York manakala Cinta, didukung oleh Dian Sastrowardoyo bekerja di sebuah syarikat majalah di Jakarta.
Pelakon lain yang menjadi rakan Cinta iaitu Ladya Cherill (Alya), Adinia Wirasti (Carmen), Titi Kamal (Maura) dan Sissy Priscillia (Milly) turut membuat kemunculan.
Meskipun drama ini adalah untuk memperkenalkan khidmat baru aplikasi LINE iaitu Find Alumni, ia berjaya mengusik nostalgia penonton dengan imbasan masa lalu yang dipetik daripada adegan filem asal.
Umaira Uyop
Fri Nov 07 2014

LINE Indonesia bikin drama mini sekuel kepada Ada Apa Dengan Cinta?

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Sudah berusia 40 tahun, Nicholas Saputra tak pernah sunyi hidup solo
Nico mengaku tidak pernah berasa sepi hidup bersendirian malah dirinya tenang di rumah tanpa ditemani individu lain.

Dian Sastrowardoyo kini bergelar pensyarah
Dian menjadi pensyarah jemputan yang mengajar atau membimbing mahasiswa dua kali dalam satu semester di Universiti Indonesia.

Berkata tidak kepada orang buat Nicholas Saputra rasa 'sangat berkuasa'
'Rahsia' kehidupan Nicholas kekal privasi adalah dengan mengatakan tidak kepada banyak pelawaan atau permintaan yang datang.

Rasa macam remaja semula, Melly Goeslaw imbau kenangan lama!
Perjalanan konsert penyanyi versatil Indonesia, Melly Goeslaw tidak berasa lama dengan rangkaian lagu popularnya.

Selepas bapa meninggal dunia, Dian Sastrowardoyo terfikir untuk bunuh diri
Ayahnya meninggal dunia pada 1995 dan beberapa hari sebelum itu terjadi, ibunya pula ke luar negara untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Ceritalah ASEAN - Ada Apa Dengan Cinta: Lebih daripada sebuah filem
Kedua-dua filem romantik komedi anak muda ini sudah pun menjadi ikonik dan dikait rapat dengan identiti pasca-Reformasi Indonesia.

Sekuel 'Ada Apa Dengan Cinta' akhirnya direalisasikan
Dian Sastrowardoyo, di laman Instagram, cukup teruja mengumumkan penggambaran filem berkenaan yang akan bermula hari ini.

Interchange: Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian
Wawancara eksklusif bersama Nicholas Saputra, pemeran watak Belian dalam filem terbaru Dain Said, Interchange di lokasi penggambaran filem itu di Kuala Lumpur.

AADC: Warga media sosial 'troll' Rangga, Cinta di Twitter
Drama mini 'Ada Apa Dengan Cinta?' terus trending. Beberapa peminat menghasilkan jalan cerita parodi yang kini mewarnai garis masa Twitter.