Datuk Nicol Ann David sekali lagi mengharumkan nama negara.

Atlet bertaraf dunia ini mencipta rekod baharu apabila bertahan sebagai pemain squasy nombor satu dunia selama 106 bulan dalam senarai Persatuan Squasy Wanita (WSA).

Rekod itu diumum pada Kejohanan JP Morgan Tournament of Champions di New York.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi ucapan tahniah menerusi Twitter bersama #ratuskuasy dan #queenofsquash.



Pengguna media sosial lain tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas kejayaan Nicol.





Atlet berusia 31 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu muncul pemain nombor satu dunia sejak Januari 2006 sekali gus mengatasi rekod 105 bulan yang dicipta Susan Devoy dari New Zealand yang dipegangnya sejak Februari 1993.