Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir pada Kejohanan Terbuka Skuasy British 2015 di Airco Arena di Hull, England pada Khamis.
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan kali keenam apabila berjaya menewaskan pemain tuan rumah Emma Beddoes 11-9, 9-11, 11-8 dan 11-5 dalam masa 53 minit.
"Prestasi Emma benar-benar baik, terutama di hadapan penyokong sendiri yang mendorong beliau. Saya tahu ia akan menjadi sukar dan ia benar-benar berlaku.
"Saya berjaya bermain dengan baik pada penghujungnya dan mengawal permainan saya," kata Nicol sebagaimana yang dipetik dalam laman web rasmi kejohanan, http://allambritishopensquash.com.
Nicol akan menghadapi tentangan seorang lagi pemain Inggeris yang juga pilihan ke-13, Sarah-Jane Perry dalam perlawanan suku akhir itu.
"Esok, saya akan bertemu Sarah-Jane yang telah mencapai kejayaan hebat. Saya akan memastikan saya mengawal perlawanan dan saya tidak sabar untuk perlawanan itu," kata Nicol.
Terdahulu, Sarah-Jane berjaya menempah tempat ke suku akhir selepas menyingkirkan Donna Urquhart dari Australia dengan kemenangan 11-5, 11-7, 7-11 dan 11-6 pada pertemuan pusingan kedua.
Pada Rabu, pemain nombor tiga negara, Delia Arnold mencatat kemenangan sensasi kedua berturut-turut selepas berjaya menewaskan pemain Hong Kong Annie Au sekali gus mencipta 'keputusan terbaik' buat dirinya dalam perlawanan pusingan kedua.
Delia menjadi pemain pertama layak ke suku akhir buat kali pertama. Beliau akan bertemu pemain nombor dua dunia, Raneem El Welily pada 1 tengah hari waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia, Jumaat).
Sementara Nicol akan bertemu Sarah-Jane dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 6.15 petang waktu tempatan (1.15 pagi waktu Malaysia, Sabtu).
Bernama
Fri May 15 2015
Nicol (gambar) merangkul kejuaraan kali keenam apabila berjaya menewaskan pemain tuan rumah Emma Beddoes 11-9, 9-11, 11-8 dan 11-5. -Gambar fail
AWANI 7:45 [23/1/2025] – Mesyuarat kabinet pada Jumaat| Cadangan risda pembeli tunggal| Davoscast 14 minit AWANI| Tuntut hutang
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Essan Yahya
1. Tunggu keputusan Kabinet, tol percuma musim perayaan untuk B40, M40
2. 89 peratus peneroh getah pekebun kecil, apa Risda buat?
3. Bimbang impak kalau Trump ‘menggila’? PM jawab strategi Malaysia dalam Davoscast 14 minit Awani
4. Anak dah mati, along ugut mak bapa, rumah dibaling bom botol
1. Tunggu keputusan Kabinet, tol percuma musim perayaan untuk B40, M40
2. 89 peratus peneroh getah pekebun kecil, apa Risda buat?
3. Bimbang impak kalau Trump ‘menggila’? PM jawab strategi Malaysia dalam Davoscast 14 minit Awani
4. Anak dah mati, along ugut mak bapa, rumah dibaling bom botol
Pengawal peribadi mengaku tidak bersalah tunjuk pistol terhadap pekerja kedai emas
Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan pistol terhadap dua pekerja kedai emas semasa rompakan di sebuah pusat beli-belah.
AWANI Ringkas: ibu bapa Zayn Rayyan fail notis batal pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Industri getah perlu lakukan revolusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Januari 2025
1️⃣ Industri getah perlu lakukan revolusi
2️⃣ Ibu bapa jadi sasaran along
3️⃣ Prabowo puji kabinetnya
#awaniringkas
1️⃣ Industri getah perlu lakukan revolusi
2️⃣ Ibu bapa jadi sasaran along
3️⃣ Prabowo puji kabinetnya
#awaniringkas
EU tolak dakwaan Presiden Trump mengenai defisit perdagangan AS
Suruhanjaya Eropah menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat mengalami defisit perdagangan sebanyak US$350 bilion dengan Kesatuan Eropah.
Malaysia teliti perkembangan dasar baharu Trump - Mohamad
Kabinet akan membincangkan perkembangan terkini berkaitan dasar baharu pentadbiran Trump termasuk cadangan tarif import yang akan dikenakan terhadap beberapa negara.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Ketua Jabatan Polisi dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff berkata berdasarkan simulasi, seseorang pekerja dengan gaji minimum RM1,700 juga boleh mencapai simpanan RM1 juta menjelang usia persaraan.
Siar perlawanan EPL secara haram, kafe pool didenda RM175,000
Dalam keputusan bertarikh 7 Januari, mahkamah memihak kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, dengan menganugerahkan ganti rugi statutori berjumlah RM175,000.
Pengurus projek mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM50,000.
Nicol mara ke suku akhir terbuka British
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan kali keenam apabila berjaya menewaskan pemain tuan rumah Emma Beddoes 11-9, 9-11, 11-8 dan 11-5.