Buat pertama kali dalam sejarah, Gabenor California, Amerika Syarikat Jerry Brown mengehadkan penggunaan air di negeri tersebut.

Arahan dikeluarkan setelah kemarau yang melanda sejak 4 tahun lalu hampir mencapai kemuncak susulan kekurangan jumlah salji yang turun.

Penduduk diarah mengurangkan penggunaan air sebanyak sehingga 25 peratus.

Kawasan padang bangunan kerajaan akan diganti dengan landskap tahan kemarau manakala seluruh bandar tidak dibenarkan menyiram rumput hiasan.

Penduduk pernah disaran mengurangkan penggunaan air sebanyak 20 peratus, Januari 2014 namun sasaran gagal dicapai.

Situasi ini dapat maklum balas daripada penduduk yang meluahkannya di media sosial.










Brown pernah mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan di California tahun lepas selepas beberapa tahun dilanda kemarau.

Sementara itu, saintis tidak menafikan kemarau yang terjadi akibat kekurangan taburan hujan dan panas melampau adalah akibat pemanasan global.