SHENZHEN: Gergasi teknologi China, Huawei melancarkan sistem operasi (OS) telefon pintar dikenali sebagai HarmonyOS.
Langkah itu dilihat sebagai usaha Huawei menyesuaikan diri selepas kehilangan akses kepada perkhidmatan mudah alih Google.
Amerika Syarikat (AS) dua tahun lalu meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan.
Sejumlah 100 model telefon pintar Huawei akan dikemas kini dengan sistem HarmonyOS.
Sistem tersebut turut tersedia untuk model tablet dan skrin pintar tertentu pada suku keempat tahun ini.
"Pengalaman pengguna menggunakan HarmonyOS mengatasi pengalaman di era Android.
"Kami berjaya menyelesaikan isu, misalnya masalah peranti menjadi perlahan selepas beberapa lama di era Android.
"HarmonyOS ada lebih banyak fungsi dan lebih berdaya tahan, dan ia bakal menjadi sistem operasi terhebat di era 'internet of things' (internet benda) ini."
Pelancaran sistem operasi ke peranti pengguna Huawei dilakukan selepas syarikat itu disenarai hitam Amerika Syarikat (AS).
Ini menjadikan beberapa perhidmatan penting termasuk Google dan cip komputer dilarang didagangkan bersama Huawei.
AS menuduh Huawei membantu menjalankan intipan untuk kerajaan China, dakwaan yang dinafikan syarikat itu.
Senarai hitam itu menjadi tamparan hebat buat Huawei memandangkan ia bergantung banyak teknologi penting daripada AS.
Astro Awani
Wed Jun 02 2021
Gergasi teknologi China, Huawei melancarkan sistem operasi (OS) telefon pintar dikenali sebagai HarmonyOS. -AP
Rasionalisasi diesel beri kesan minimum terhadap inflasi - BNM
Kesan daripada rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan baru-baru ini kekal terkawal susulan langkah-langkah mitigasi kerajaan.
Paetongtarn Shinawatra rancang tingkatkan kualiti hidup rakyat Thailand
Paetongtarn menzahirkan kegembiraannya hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua wakil rakyat yang mengundi beliau.
Barang milik Muhammad Nidza Afham tidak hilang, henti sebar spekulasi - KP Selangor
Polis menafikan berlaku kehilangan dokumen atau barang milik Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar seperti yang ditularkan.
AWANI Ringkas: PM seru penjawat awam jadi benteng negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suspek serang dua wanita di surau di Kelana Jaya dituduh Isnin ini - Polis
Seorang lelaki yang menyerang dua wanita di kawasan Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran Sekolah Rendah Agama di Kelana Jaya akan dituduh Isnin.
Pelarasan gaji: Penjawat awam perlu berkhidmat dengan dedikasi, berintegriti - Aktivis sosial
Penjawat awam perlu utamakan kebajikan awam dengan menangani masalah, menjawab aduan dengan segera serta menguat kuasa undang-undang secara berkesan.
Gaji penjawat awam: Julat peningkatan gaji penjawat awam 16.8% hingga 42.7%
Anwar berkata, julat peningkatan pendapatan akan diterima penjawat awam adalah 16.8 peratus hingga 42.7 peratus mengambil kira faedah berganda.
Pemain bola sepak amatur tunjuk kerambit dipenjara 14 hari
Tindakan seorang pemain bola sepak amatur menunjukkan senjata kerambit semasa perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhi lelaki itu hukuman penjara 14 hari.
[TERKINI] Dua pesawat TUDM bawa rakyat Palestin yang cedera selamat tiba di Pengkalan TUDM Subang
Dua pesawat Airbus A-400m milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor kira-kira pukul 2 petang tadi.
Pesawat pertama mendarat pada pukul 2 petang manakala pesawat kedua mendarat beberapa minit kemudian.
Pesawat pertama mendarat pada pukul 2 petang manakala pesawat kedua mendarat beberapa minit kemudian.
Lelaki didakwa edar 765 gram heroin
Seorang lelaki didakwa mengedar dadah jenis heroin dengan anggaran berat 765 gram, minggu lepas.
HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS
HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%.
Huawei lancar sistem operasi HarmonyOS
Sistem tersebut turut tersedia untuk model tablet dan skrin pintar tertentu pada suku keempat tahun ini.
Huawei perkenal sistem operasi 'HarmonyOS'
Menurut Yu, HarmonyOS dicipta agar beroperasi lebih pantas dan selamat berbanding sistem operasi Android.