Hishammuddin kini dalam rangka lawatan kerja ke Kemboja sempat meluangkan masa untuk melawat kompleks kuil terkemuka, Angkor Watt.
Tindakan spontan beliau itu dirakam kamera lain, mungkin salah seorang pegawainya dan kemudian ia dimuat naik ke media sosial termasuk di Twitter dan Facebook.
Foto itu mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial yang memuji sikap merendah diri Menteri itu.
Hishammuddin dalam Facebooknya turut merasa kagum bila berpeluang untuk melihat sendiri monumen antara yang disenaraikan sebagai antara tujuh keajaiban dunia di sana.
Hishammuddin hari ini turut menandatangani jalinan kerjasama antara Mindef Malaysia dengan Kementerian Pertahanan Kemboja.