Filem ‘Exodus Gods and Kings’ dilaporkan diharamkan tayangannya di Mesir dan Maghribi selepas badan penapisan Mesir mengharamkan penayangan filem itu kerana mengandungi fakta sejarah yang menyimpang.

'Exodus Gods and Kings' lakonan Christian Bale kononnya menceritakan kisah hidup Nabi Musa.

Antara kandungan yang dipertikaikan dalam filem itu adalah bangsa Yahudi yang membina piramid dan Lautan Merah terbelah dua akibat gempa bumi.

Walaupun pihak berkuasa pawagam Maghribi memberi lampu hijau untuk penayangan filem tersebut di negara itu, kerajaan membuat keputusan untuk mengharamkannya sehari sebelum pembukaan.

'Exodus Gods and Kings' arahan Ridley Scott menelan belanja AS$140 juta turut diharamkan di Malaysia.