Mula menjadi tumpuan di platform media sosial Twitter dan Facebook ialah foto-foto aksi nakal figura adi wira daripada filem 'The Avengers' dan beberapa karakter Marvel lain.

Kemunculan foto-foto kreatif itu dilihat sesuai dengan pembukaan filem 'The Avengers - Age of Ultron' yang bakal menjengah panggung pada 1 Mei ini.

Figura dengan aksi kreatif ini adalah karya jurufoto yang kian popular kini iaitu Edy Hardjo.

Sentuhan jurufoto dari Jakarta ini membuktikan mainan aksi figura adi wira bukan hanya untuk kanak-kanak.

Menggunakan daya imaginasi dan kreativiti, setiap patung figura miliknya dibawa ke tahap lebih tinggi.

Bagi peminat yang ingin mengikuti karya-karya Edy, anda boleh layari laman Facebook rasminya facebook.com/hrjoephotography.